Followers

September 18, 2011

Lawatan Tak Sempat Belajar ke Museum and Art Gallery, Sasana Kijang BNM

pepagi tadi, ber bbm dengan amin.
ajak dia memeriahkan majlis ke MAG.
dia on jer. just bawa anak teruna dia yg sulung.
sikenit ameer tinggai dengan apak kat rumah.
so, zassss ajer lah.

memula cam konpius pasai jalan masuk dedua pon tutup.
seb baik sarjan norzan kuar dari guard house.
rupanya jalan masuk ada sikit yg perlu dibaiki.
so, selamatlah kami masuk.



sampai kat level 2 muzium, anak-anak terus berlari-larian.
mak-mak just boleh tengok gitu-gitu jer.
aku dok fokus ke fatihah la, takut dia lari kemana-mana.


abis segenap pelosok kat numismatic tu kami jelajah.
belek-belek duit dari seluruh dunia.
duit malaysia dari pelbagai siri dsb.

terima kasih pada puan siti ramlah yg bnyk bagi petunjuk tadi.
dari memula tapak sasana hinggalah menjadi bilding yg gah sekarang.
asal bentuk sasana adalah dari cengkerang siput.
dan juga elemen-elemen songket diadaptasikan di sini.



:: yang penting post ::




budak-budak ni, org soh tgk duit diorg lagi gemar berlari-lari.
last-last port depan neh.
tengok duit RM5.


ini budak paling tak makan saman.
jenuh kepong dia. berlari jer kejenya. haisshh.
dah kena marah, tersemon dia kat situ. hiks.


penat berlari kita terjah kafe nya pulak.
varieties of food dgn harga yg berpatutan.


ice blended mocha tu RM1.50 jer segelas.
nasi lemak pakej dengan jus stoberi = RM5.80.
ada rendang ayam, telur + ikan bilis.
sokayy la kot kan.


so, pada sesapa yg taktau nak bawa anak jenjalan
boleh konsider ini money museum yer.
tak perlu belanja memahal.
kat sini semua pon just nice!
mari...mari...mari.....

p/s : nnt kita mai lain amin. kita pi lanai kijang plak.
budak kecek takleh masuk lanai :)


September 17, 2011

1 Syawal - Hari Raya :)

yer yer kaktin tak balik kampong on first raya.
ini tahun kedua kaktin beraya di perantauan.
tapi, ini tahun tak sedih sangat pasal ada anak-anak dara
yg sudah besar dan boleh diajak bersembang.
so, kurang sikitlah kesedihan ittewww.
ok tipu, sedih la jugak. heh.

:: abaikan dapow yg belemoih itu ::

malam raya, rebus nasi impit.
nasi impit instant jer pon.
psssttt, nak gitau satu rahsia.
nasi impit ni, beras dia yg tahun lepas punya.
seb baik ok lagi. hihihihi. kalau tak beraya kat spital la
kami anak-beranak keracunan. hiks.


bangun pagi terus bekpes kuih raya dengan nasi impit + serunding.
kemain seronok depa.
paling seronok sarah n aaliyah la, dah tak payah posa.
pastu kerah depa nak amik pic.
punyalah payah. mcm-mcm aksi depa buat.


ini jerlah yg boleh gagah pon.
pose yg lain semua kelaut.
gambar sefamily takdop, pasai takder org nak tlg amikkan.



pic dgn en.nahar, sarah yg tolong snapkan.
pandai anak ibu :)

 :: yg ni pon, sarah yg amik ::

en.nahar balik jer dari solat aidilfitri dia terus pi keje.
kaktin n anak-anak bersiap ke taman melati.
beraya sakan jugak kami walaupun kat KL ;p



September 12, 2011

29 Ramadhan : KakTin bekerja yo?

yer yer kaktin bekerja pada raya eve lepas.
berbekalkan najihah meneman kaktin di opis.
dedua bos + bos besaq ada jer bekerja.
staf lain boleh kira dgn jari.
rasanya opis kaktin ada la 3org yg keje termasuk kaktin.


pada mulanya ini budak ok-ok lagi la.
layan ipad, pastu makan-makan kepek.
dalam kul 10am tetiba ajak kaktin balik.
apakah???
dahla kaktin aritu merangkap semua.
yerla, opis kaktin ni musim-musim perayaanlah membizi lain macam.
kaktin pujuk dia soh lena.
lagian dia kata dia sejuk.


kaktin selimut dia ngan blazer, pastu kutip bantal-bantal opismet.
kasi dia tido beralaskan kotak yg dirembat dari rosdi.
bantal merah tu pon, kaktin rembat rosdi punya jugak.
bantal oren tu plak, hasil rembatan dari ciktipah.
korang-korang, kaktin pinjam yer. heh.

tapi idoklah dia tido pon.
kaktin janji nak bawak dia gi sogo.
sikit-sikit dia tanya 'ibu, bila nak pi disko?'
aiyoyoyo bukan disko la nak ooiii, sogo. huhuhu.
sogo jadi disko. apo-apo jerlah.
Alhamdulillah, bertahan jugak dia hingga jam 5pm.
dan kami pon berduet pulang.

28 Ramadhan : pagi di midveli, petang pula di pyramid

semangat membuak-buak nak update blog neh.
tetiba semangat itu dtg semasa sedang membuat proses penyahtinjaan.
so marilah kita mulakan dengan cerita pada 28 ramadhan yg lalu.

as usual, pagi en.nahar bekerja demi mencari sesuap nasi.
kaktin pon memboring dok rumah.
sesiap anak beranak ke midveli kita.
pada mulanya nak tgk cerita cars, tapi cerita zookeeper
plak yg kena dengan timing kami waktu itu.
makanya zasss ajalah.
cerita ok-ok laaaa. kaktin gelak la jugak.
pas abis cerita singgah k4 jap.
beli dynamo, softlan and axion.

sampai di rumah belek-belek plastik dynamo takdo.
aiyoooo dimana la plak?
sarah bajet kaktin tertinggai di kaunter bayaq parking.
so pasrah.
petang en.nahar balik dari kerja.
kaktin gitau mau pegi midveli semula mau tanya sama org kaunter.
en.nahar memalas. dia soh kaktin gi sendiri berbekalkan fatihah seorang.
oklah, demi dynamo yg berharga RM20 (offer. harga sebenar RM28) kaktin pon rela jer.
sesampai di kereta, bukak pintu belakang.
cantik jer dia port atas kusyen kete. fuh. mmg nak jadi rezeki aku ler.
so, tak jadi pi naik balik kat rumah.
terus jadi agenda memujuk en.nahar berbuka kat luar.
makanya ke pyramid pulak kita yer.

:: sementara tunggu waktu berbuka ::


:: having real fun @popeyes ::

kami anak beranak berbuka di popeyes.
ni second time kaktin makan di popeyes.
masa first time try di midveli mcm tak bes jer.
ini kali try TERBAEK!
anak-anak pon suka.
ingat kot takkan abis, sekali licin ko.
bagus. itu yg kita mau.
so, boleh pegi lagi yer nanti :)


September 10, 2011

PCku sudah seperti sediakala. yeayyy!!!

tadi afif sefamily mai.
merangkap beraya n nak tengokkan pc kaktin tu la.
dia bawa baby debotnya.
aiyooo memang debot pon.
kakinya sangat gomok. sesuai jika ditokak bila geyaammm.
sesuka hati aku jer nak tokak anak orang kan.


hah amacam? geram tak???


nah close-up paha beliau yg nyummmm-nyummmm.
hahhaha matiklah pos kaki anak org sesuka hati.
baru berusia 4 bulan.
afif n family ni pada asalnya kaktin kenal wife nyer, linda.
tu pon kebetulan kami meneman anak memasing sakit
di spital pantai, bangsar pada 3 tahun lepas.
mmg tak penah jumpa pon dengan si afif neh.
tah cemana boleh kamceng di alam maya.
makanya tali silaturrahim pon terjalin. gittewww.

oleh kerana pc sudah baik, kaktin skang sedang gigih
mengupdate blog cerita raya dsb.
korang bebila free singgah-singgah la yer. hiks.

September 07, 2011

org beraya dpt kuih raya/duit raya, aku dpt tikus takder ekoq ;p

kalau tak salah hari raya ke-4 kot.
ikut adik kaktin n family ke pekan loqstaq.
we olls amik lunch kat mcD star parade.
mata meroaming, pastu terperasan ada it fair.
belek-belek wireless mouse mcm memurah jer.
roger payiet, tanya dia wether nak tak.
dia on jer. so grab la 2 ketul.

dah balik, si jocko plak berkicau kat twitter nak jugak.
so kasi repeat malam tu beli lagi seketul.
harga yg dipamerkan RM36 seketul.
dapat kurang RM33 ok la kot kan.

nak dijadikan citer, aritu saja 3 shopping malls kami redah.
yg bestnya, parking kat loqstaq murah.
semurah 60sen.
selain tetikus kaktin ada gak beli casing iphone 4
semurah 3pcs = RM12.
murah kan kan kan.
cam bestlah dok loqstaq ;p



:: kaki kecit sekadar hiasan ::


heart my community