Followers

July 16, 2011

Flat 3A - Seram Melampau!


:: sayalah penerbit filem ini ::

dok tak dok, pepagi alam zasss pi klang.
kakros beli tiket online.
dok meroyan kat status dia nak tgk citer nih.
nak tak nak layankan jerla.

adala beberapa ketul org lam panggung
katapon show pertama kul 11am.
kami p tolong bukak pintu panggung.

cerita ni mmg dah tau, cerita seram.
tapi tak plak xpac seram yg melampau.
walaupun ada here n there ke-tidak-ada-logikanya.
tapi, melethoppps.

every scene penuh dgn adegan saspens.
tapi knowing me yg tgk citer hantu pon gelak,
kaktin menten gelak. muahhahhaha.
ending cerita mmg tak sangkalah begitu.
korang, kalau rasa nak pi tgk n layan citer seram.
dipersilakan tengok citer ni yer :)


:: girls power! ::


July 13, 2011

Top Dad's Cleaning Service

chop chop.
ini bukan entry nak promote perkhidmatan cuci-cuci.
syana, akak tak tipon-tipon awak sampai sudah kan.
bukan apa, en.suami akak @ en.nahar bersungguh²
menolak permintaan akak yg satu ini.
permintaan untuk mengambil servis cuci-cuci
rumah 3jam untuk RM50.

semalam akak hi-lite lagi sekali.
akak kata ke dia, 3hrs for RM50 jer pon bang oooiii.
dia diam apa tak kata.
tetiba dia bangun dari ngadap pc.
masuk bilik air.
tuang sabun lam baldi, rejam-rejam mop.
pastu terus dia mop satu rumah, sental 2-2 bilik air.
setel kerja-kerja tu sumer dia sound akak.
"siap. bak mai RM50".

huhuhuhu. sampai mcm tu sekali.
akak pasrah. akak pasrah.

July 09, 2011

Aku Tau Kau Penat, Tapi Agak-agak La!

arini sabtu.
seharian siang dok umah jer.
tetiba malam, rasa nak keluar.
nak tgk wayang n nak guna voucher yg nuffnang kasi tu.
so ke pyramid la kita.
aku, sarah, aaliyah n najihah saja.
fatihah di rumah. apaknya jaga.

sampai pyramid, kaunter tgv melaut org.
sampai giliran kaktin, ada 3 seat kosong.
nak tgk transformers : 3D.
tu pon seat dia scattered merata-rata.
mana boleh. sapa nak tgkkan anak-anak kaktin neh.
so, ke A&W la kita. minum-minum float
memandangkan baru pas makan nasi kat rumah.

setel makan, jenjalan.
terrrrmasuk jusco. nak beli toiletteries sikit.
sampai turn nak bayar, dah pasan dah.
cashier tu mcm muka memasam melayan pak arab sebelum kaktin.
pastu, si najihah ni plak aktif terlampau.
dia pi tinjau petty cash minah tu.
apa lagi, minah tu tolak bahu dia.
macam kan budak tu nak curi duit dalam pettycash tu.
uish, panas...panas.
kaktin jeling jer minah tu. hey! anak aku tu baru 5 tahun.
ada potensi ker nak cilok duit kau ha!
geram...geram. kaktin capai bbrg kasi jelingan ke dia sedas.
tarak sekolah punya budak. huh.

July 08, 2011

CONTEST : Di Mana Saya Jumpa Jodoh Saya?

kuehbakar sedang adakan contest.
hadiah lumayan, siap dia nak bukukan lagi kisah yg best.
jomlah kita try ramai-ramai sengihnampakgigi.

ENTRY 1 : NAHARTINI - cemana berkenalan?

1hb May 1999. tarikh ni telah membawa aku bertemu seseorg yg amat bermakna dalam idup aku. sapa lagi. en.nahar lalove. pada tarikh tersebut, aku bersama 3 lagi rakan (kakija, ayu n noor) telah menghadiri jemputan perkahwinan member se praktikal di Motorola, seremban. (skang dah jadi ONN semiconductor). kenduri berlangsung di Mantin, N9. member yg dimaksudkan tu bernama mohd. nazrin osman.

berbalik pada citer aku n en.nahar. habis jer kenduri kami berempat pun nak balik la ke umah sewa. masa ni, kami di semester 2, di Fakulti Bahasa Moden, UPM. umah sewa kami masa tu di serdang raya, seri kembangan. masa dlm keta otw, just nak kuar exit serdang, kami yg masa tu adalah anak² dara yg tgh menggewdiks (kecuali sorang si noor dah kawin) sudah notis, satu wira putih yg dipenuhi dgn jejaka² muda belia. hmmm, kalau dah uda bertemu dara kan, what did u expect? harusla pasaan darah muda mula bergelora (wakakaka aiyok, ayat tak boleh blah)gatai.

kejap² wira tu potong keta kami. kejap² wira tu slow, kami plak potong keta tu. aik, melawan nampak. tup tup aku sudah dpt satu idea, aku angkat henpon nokia bagak kepunyaan member aku kakija selaku driver pada hari kejadian (yg masa tu tgh famous dgn line 017-ADAM). sambil kereta bersaing² atas hi-way PLUS tu, aku mula memberi nombor hp tersebut. dgn hanya mengangkat isyarat jaripeace jer harusla sumer² jejaka dlm wira itu memberi perhatian. takmo miss satu nombor pungelakguling.

dan, elok jer keta kami membelok kuar dari hi-way (exit UPM), hp tersebut sudah berbunyi......jelir

ENTRY 2 : NAHARTINI - detik perkenalan dan perjumpaan

dup dap dup dap jantung bila tgk ke skrin hp tu. no tidak dikenali. sah mesti no diorg nyerla. oleh kerana tuan punya hp masih driving, aku ler yg jawab bagi pihak kan. memula yg berckp di sana adalah member dia. mesran jaworld. dah layan sembang ngan mesran seround, tup tup dok dgr ada org sibuk nak berckp gak kat blakang (en.nahar latu). mesran pun kata la kat aku ni ada member dia nak ckp ngan budak yg dok depan, sebelah driver. hah hoh, sapa lagi. aku la tu.

so, aku pun berdebo²love la pasal ada special request nk berckp ngan aku kan *gewdixsss*. aku pun ckp la. aku dah tak ingat la bijik butir perbualan kami. yg aku tau, dia kata nanti dia balik umah dia call semula hp nih. (mesti tuan punya hp sudah kasi jelingan maut la kot). masa tu sapa ada hp kira hebat la. aku masa tu takder hp. samala en.nahar pun takder. yerla, bayangkanla member aku ada hp tu pun. hp bapaknyer beso. dahla beso, berat plak tu. adik sikit pada bata buat umah tu. wakakakak ampun kakija, kalau takder hp hang aku pun takleh kenai ngan nahar kan.

petang tu, tgh layan tv hp kakija pun menjeritla. en.nahar call dari fixline umah sewa dia kat pandan indah. sembang punya sembang dia ajak jumpa. aku tanpa rasa bersalah kasi jer address umah aku kat serdang raya tu. masa tu aku pk. ala, takat mana sgt dia leh cari umah sewa aku nih. kalau tak bebetul mmg takkan jumpa nyer.

upernyer tanggapan aku silap. dalam kul 6pm centu, hp kakija menjerit lagi. en.nahar call dari public phone berdekatan. dia kata dia dah jumpa umah yg ada keta kami naik tadi apasal tak kuar. nangih huwaaaa...cemana plak dia leh jumpa umah nih. takoooottt gigitjari. tula, masa buat tak pk kan. dah org tu dtg mula la takut nak jumpa. setelah kena paksa ngan ayu n kakija, aku pun kuar gakla jumpa dia. dating pertama la kira tusengihnampakgigi.


p/s ayu n noor kata, masa tu muka en.nahar macam wahid senario, dan kebetulan member opis dia pun mmg gelar dia nahario...gelakguling

fikir errmmm...amacam??
ada serupa wahid senario ker??



Aku Dalam Dilema : Perlukah Ku Buang Saja?

saya sangat memerlukan pendapatan kkwn.
lately nih, saya gemar memakai kemeja dan berseluar ke office.
adala sikit koleksi kemeja saya dari raoul dan cuffz.
tapi, masalahnya kolar baju kemeja-kemeja itu kkdg
menjadikan teknik pemakaian tudung saya menjadi huru-hara.
perlukah ku buang saja kolar-kolar itu?

tapi masih dalam dilema kerana mengambil kira faktor sayang
akan kemeja-kemeja berkenaan. uhuks.



emosi...emosi....HELP!

July 06, 2011

CUFFZ Megasale 2011



motip sangat.
dah la berjaman tak update, tetiba update citer pasal sale.
so, pada sesapa yg berminat moh ler kita memeriahkan
preview sale CUFFZ ni yer. jom jom :)

heart my community