Followers

February 21, 2011

Sedang baring2 belek henpon

Bila perlu, inilah jadinya.
Godek2 sambil rest2.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sedapnya Tutti Frutti


keluar dari penang village,
ternampak kedai tutti frutti.
apo laie, kasi masuk kasi tanya.
rasa itu ini lebih kurang terus mau.
katanya 500gm = RM5.
so, sila hati-hati ya.
kerana pengepaman tanpa sempadan,
mengundang pembayaran yg berlebihan
di penghujungnya gitu.

adik tu tolong pam semua perisa.
semua pon sedapppp.
nyum nyum nanti mesti nak beli
lagi kalau terjumpa ini outlet di mana-mana.
katapun frost yogurt pasti ada masam-masamnya.
kasi suap budak-budak sorang-sorang. licin. setel.
next agenda pulops biggrin.

Brunch Kami di Penang Village, IOI Mall

pk punya pk, kami terjumpa la ini kedai makan.
kasi masuk, terus kasi order.
fatihah sudah amokan.
taktaula, amok pasal lapaq atau ngantuk.



:: set reunion of 6 ::



:: soup of the day ::



:: nyonya mango chicken ::



:: two style kailan ::



:: deep fried garoup with sweet n sour source ::




:: kerabu mango ::



:: assam prawn ::

katanya of 6, tapi kami makan 10 org.
4 dewasa, 6 kekanak.
air amik semua pon plain water.

berjanji sama kekanak itu, sapa makan nasi setel
nak belanja ais krim pulops.
yes, taktik berjaya.

total food untuk hari itu ialah RM121.
10 air kosong = RM10.
sekian.

Swing-swing Ball @Ampang Superbowl

cerita minggu lepas.
baru rasa nak update. heh.

asalnya nak pi klang,
sekali kakros kata abgipo nak jumpa kawan kat puchong sana.
makanya terjadilah kejadian kita ke IOI saja yok.

dengan tak bekpes proper nyer main zasss jer.
kami ke ampang superbowl @IOI Mall.
amik satu lane kekanak, satu lane dewasa.
pastu pakat swing-swing.


mulanya sarah agak ketakotan mau cuba.
aaliyah ok ok jer. selamber.
najihah tu lagila sker ati dia.
rasa nak baling, baling.


:: ibu kekonon nyer la ::



:: achu merangkap personal trainer. heh ::



:: fatihah yg hanya berlari ke sana- ke mari ::



:: depa takdak size kasut, makanya kaki ayam saja ::

pas boling baru terjah tempat makan.
mau brunch.

February 20, 2011

Welcome to Burlesque :)


uuiiii bes ooo citer neh.
sapa yg rasa nak pi tengok, pi kaih tengok.
mmg kaktin recommend sesangat la.

ada persamaan jugakla dengan citer coyote ugly.
tapi citer ni lagi kelllessss.
lagu n tarian yang menyentap kolbu.
best jugak tengok sorang-sorang.
takder gangguan. heh.

kaktin mmg terkesan dgn scene ali (christina) n jack di suatu pagi.
bila ali dapat tau si jack bukan gay.
kelam kabut cari seluar. muahahaha.
tau malu jugak eh biggrin.
kekekeke agak kelakar la.

christina aguilera yg comel melethoppp.
tak puas mandang rupa paras n body dia yg just nice tu.
so, apo laie sapa-sapa yg rasa nak tengok.
jom tengok. kaktin nak cari dvd dia plak pasni.
adios.

February 13, 2011

Testing : Posting with Smilies, Ngeee....

sejak pc kuar spital,
baru pasan greasemonkey kaktin dah takdo.
menatang apa greasemonkey tu?
adakah sejenis spesis monyet?
agaklaaa...yg pasti kaktin pun tak brp pasti. razz heh.

standardla, kaktin godek sana sini.
last last dptla yg jenis ni

biggrinconfusedcoolcryeekevilexclaimidealolmadmrgreenneutralquestionrazzrolleyesredfacesadsmilesurprisedtwistedwink

jadikler, dari takder yer dok wink.

heart my community