smlm, ada buat transaction bayar kedit kad aku guna mb2u. ingat-ingat lupa la amount nyer. pehtu jap ni, cek la kat citibank online. sekali inilah hasilnya…
nasib baik terlebih posen-posen jer, kalau tak terpaksala swipe lagi…haihhhhh
smlm, ada buat transaction bayar kedit kad aku guna mb2u. ingat-ingat lupa la amount nyer. pehtu jap ni, cek la kat citibank online. sekali inilah hasilnya…
nasib baik terlebih posen-posen jer, kalau tak terpaksala swipe lagi…haihhhhh
aku kan..kan..kan..sebenaqnya tak tau nak update apa kat blog nih. kalau tgk kepada last entry aku post 2 mac lepas. peh, berjinggut gakla aku tinggai tanpa update. nak kata takdak bahan, ada jugakla. tapi nak kata ada pun mcm tak berapa interesting pun bahannya. balik-balik cerita yg sama.
hari sabtu lepas, tenet bikin hal. tak taula mungkin P1 jer kot. aku call customer service. she keeps on telling me yg line arini outage, congested tu jer. malas aku nak bertekak lelebih. aku yer kan jerla. so, mmg 24hrs aku tanpa tenet ari sabtu tu.
so, aku main game jerla. game cake mania 3 ni duluuuu aku gila betul main. tp aku main just gitu-gitu jer. memandangkan smlm takleh online, aku sudah set misi mau main dgn mendapat semua bakery super goal. kira paling scorer la. sempat abis 1 setengah level jer. pehtu dah bosan. selang seli ngan main freecell. game mudah. heh.
malamnya, berkobar-kobar tggu pukul 8:45pm. instinct aku kuat mengatakan ada ‘live’ game SELANGOR vs KEDAH. yezzzaaa ada pun. layan. walaupun kedah kalah 4 – 0 di tangan selangor tapi aku tak kesah. bukan aku main pun. kalah menang adat permainan gitu. *statement cliche*
abis game, aku tukar-tukar channel. lagi terjumpa plak 2 movies di 104 n 105. ‘puaka topeng putih’ n ‘che eton pinki’. las las layan ‘puaka topeng putih’. mengisahkan 4 org sahabat pegi mana tah. masuk utan dgn syarat no ‘cellphone’ bengong. kalau aku la, cellphone tu benda pertama aku nak kendong. tak tau permulaan, pasal tgk dah suku jalan. tapi ok laaa for malay film. terkejut-terkejut gakla. ujung-ujung semua mati.
setel movie, korang rasa aku buat apa plak. haiyoooo tidolaaa lagi la mau tanya. heh. tergolek tido ngan budak-budak dpn tv dan mengabaikan suami di bilik. sekian.
kredit untuk adik aku wadi, untuk gambar di atas. dia post gambar ni kat fb dia. pehtu kami adikberadik pakat2 komen. tapi serius laaa aku tak menahan tgk kaki tembam yg belah kiri atas tu. itu kaki milik anak kedua dia. baby adham. pehtu yg kaki kecik dua mengadap tu pastilah milik si kembar achikmimi. amar n amira. yg lagi satu tu kaki adam anak sulung wadi abang pada adham. chilll…
:: unik tak nama2 kami adikberadik? ::
:: ini dia pemilik kaki montel tersebut. baby adham dan mamanya ::
dah lama aku dok minta kuar without kids dari en.nahar. last week dia kasi, aku lak malas. sementelah kakshida ada kat umah, aku ajak dia berduet ngan aku kuar. bukan mintak lama pun dlm 2-3 jam. en.nahar lak cuti ari sabtu tu. pas anto MIL naik bas di jalan duta, aku ngan kakshida pun kuarla. destinasi kami ke midV.
kakshida adalah kakak sulung en.nahar dan achusiti. dia surirumah sepenuh masa. plak tu sgt terror memasak. u name it. masakan kampung, western semua dia terror.
sesampai di midV, kami parking keta kat parking premier the gardens. aku sker parking ni. tak sesak dan kau tkyah jalan jauh-jauh, panas-panas kat basement utk sampai dlm bilding mall. parking ni bebetul selevel dgn signature cinema dan red box.
mula tu aku usha gak movie apa yg terhampir waktu tayangannya. ahah! citer valentines day. tapi kakshida kurang setuju. katanya baik masa tu kita jalan-jalan dan makan dari tonggok lam wayang. lagian tiket untuk sorang menjangkau RM22.
aku pun pk betul gak. terus kami decide mau makan di chilis. nyum nyum.dah lama tak makan kat sini. kami umpama kastemer pertama pada hari tersebut. belek-belek menu main order jer. aku amik fajita trio dgn jus epal dan jus mango.
:: belek-belek menu ::
:: fajita trio ::
:: the condiment ::
cecara mau makan fajita. memula, lapik pinggan anda dgn ‘kulit popiah’ seperti di atas. masukkan daging, ayam dan juga udang digaul bersama ‘condiment’ yg disertakan. ada mayo, buah apa tak tau yg kaler ijo diblend lumat, cheese yg diracik juga salad. sebagai seorg melayu, aku pasti akan letakkan sos cili jugak. typical malay. dah setel semua tu, kasi lipat zasss masuk mulut. uuurrrgghhhh orgasma!
setel di chilis kasi zasssss ice blended mocha beli satu percuma satu di san francisco lak. dah tu tapau big apple donut sorang 6 ketul pulang sudah.
:: pic kedit to google ::
peh, entry pakej nih. masuk mac jer, 1hb dan 2hb adalah tarikh-tarikh yg perlu diingati. 1hb mac harijadi mak aka cikgu salmah manakala 2hb mac plak harijadi ibumertuaku aka pn.jamillah. kalau tak salah, mereka dilahirkan pada tahun yg sama juga tahun 1949.
apa-apa pun, SELAMAT HARI LAHIR buat kedua-dua ibunda ku. semoga panjang umur, murah rezeki dan kami-kami sayang anda berdua.
peh, tajuk tak boleh blah. mcm bnyk nau laaa tempat aku berjalan. walhal dpt ole-ole jer pun. ok stret to the point. dpt fridge magnet from singapore. azhar kasi. mungkin gak aku mintak. heh, kat fb la tapi. tapi kira dia ingat gakla kat kawan dia ni kan. kihkihkih thanx botak!
:: alang-alang amik pic FM, ternampak lak muka sendiri kat cermin. kasi zasss sekalian ::
ole-ole kedua ni dtgnya dari adiktiriboboybongsu. ekceli dia join beradiktiri yg lain ke perlis sana. dibelinya aku hiasan pensil gedang ni 2 ketul. oleh kerana ia 2 ketul, makanya aku simpan jer. takyah kasi budak-budak. almaklumlah, anak ada 4. budak…mana nak reti share-share benda. tq nikolas!!!
:: biasa hiasan kayak gini, gantung la cantik kan? ::
next….wah feel-feel artis lak, ramai peminat kasi souvenir. dpt tpt letak cawan n keychain bugs bunny from aussie. so cuteeeee…mendalah-mendalah tu lah. bukan si pemberi souvenir. hihihihi … ada cerita di sebalik souvenir2 ni. kata si pemberi souvenir, ekceli dia bajet nak kasi FM laaaa…dia ingat mendalah 4 segi tu FM, sekali bila beli dah balik bilik baru pasan, itu mendalah adalah tempat lapik cawan. errrkkk aku pun tak sure function mendalah tu. tapi since benda free org kasi from australia lak tu dan cantik…terima jerla dgn redha dan bersyukur. ada gak org ingat kat kita kanna. tq jocko!!! ok itu jer nak citer untuk entry kali ni. chalow.
:: aku gumbira segumbira rupa itu bugs bunny ::