Followers

January 07, 2010

sarah di kelas 1 berlian..guru kelasnya seperti adiktiri boboy..heh


:: senarai nama murid tahun 1Berlian ::

demi memastikan bebetul sarah di kelas 1Berlian, aku rujuk lagi papan kenyataan sekolah. masa ni kami baru pas makan lepas dengar segala taklimat. aku pun dah tgk kelas dia time ni. dia dpt tpt agak belakang. dan dia jugak dah berkenal-kenalan dgn murid lain. so, tak perlu susah hati di situ. peramah macam ibu dia jugak la kot no?



:: barisan guru kelas yg dipertanggungjawabkan
menjaga tahun 1 pada tahun ni ::
:: berdiri 2 dari kanan, cikgu jamil ::

masa sesi memperkenalkan guru kelas, semua guru tersebut kena naik atas stage. tiba giliran guru kelas sarah ada suara-suara sumbing yg kedengaran termasuk aku. kami mcm laaaa kurusnya. heh jahatkan. yeap, cikgu dia yg lelaki tu. kurus kan. terus aku terimbau adiktiriboboy. ada iras-iras laaaa. nama cikgu ni cikgu jamil. assalammualaikum cikgu, saya ibu sarah. tolongla kasi tunjuk ajar sama anak saya yer. i'm sorry cikgu!



:: itu ibu sarah! ::

memula mmg aku bertekad nak soh dia pakai tudung di sekolah kebangsaan. rasa cam tak lengkap lak kalau pakai baju kurung tidak bertudung. tapiiiiii anak aku ni lasak. lepas dia lari² main² sudah berpeluh. terus...cabut...dogiang. huhuhuhu sabo jerla.


hari pendaftaran dan orientasi - part II


masuk dlm kawasan sekolah, terus port kat kantin dulu. tak tau hala tuju yg sebenar. usha kiri kanan upernyer kena berhimpun kat dewan. aku dok bayang dewan tu tertutup, upernya tak, kawasan terbuka. tapi oklah, takderla kepam berpeluh keti bilamana ramai-ramai berkumpul.

lepak-lepak dlm dewan, tetiba ada announcement bagitau yg majlis akan bermula kul 8.15am plak instead of 8am. guru aka pengacara soh p makan dulu kat kantin. aku pun mmg melapar zasss ke kantin. beli mihun goreng sepinggan ngan air teh tarik secawan. kami share-share jer.

dah sudah balik ke dewan, kena cari nama lak kat kertas pehtu sign. memula kalau tak salah aku nmpk nama sarah di kelas 1Mutiara, ujung-ujung bila diorg announce dia di kelas 1Berlian lak. mana-manala. janji dia ada tempat cukup.

haaa kat sekolah ni untuk darjah satu ada 3 kelas, 1Delima, 1Berlian dan 1Mutiara. for the time being budak-budak just di masukkan ke kelas secara rawak. lepas 3 minggu dari sekarang akan ada ujian nak tentukan mereka masuk kelas pertama, kedua dan seterusnya. bilangan murid dlm satu-satu kelas pun tak ramai sekitar 30 org jer gitu compared time aku darjah satu dulu almost 50 org satu kelas! tapi, tatapppp aku menten budak pandai. heh. *motip??*



:: backdrop ::




:: sarah dlm barisan kelas 1Berlian ::




:: dlm ramai² ada jugak sorang yg nangis, budak laki ::
:: mak n kakak (baju merah) dia kot tgh tenteramkan dia ::




:: lagi sarah dalam barisan ::




:: 1Delima dan 1Berlian ::
:: q nak masuk kelas ::

lepas cikgu kelas amik mereka² ni masuk ke kelas, ibubapa lak kena dgr taklimat. mcm² yg diinform kepada ibubapa time tu. start dgn PIBG, gurubesar, HEM, ko-kurikulum dsb. aku pun catat la jugak sikit-sikit mana yg penting mana la tau kelak berguna di lain masa.

next......

January 06, 2010

hari pendaftaran dan orientasi - part I



hari ni hari pendaftaran dan orientasi anak sulung aku, sarah nurfarahin. seawal pagi sesiap anto yg lelain ke neseri dan terus zasss ke sekolah beliau. standard la budak2 skang kan, pastilah excited nak masuk sekolah kerana dia sudah menjangkakan alam sekolah pasti berbeza dari alam tadika.



di sekolah ini, iaitu sekolah kebangsaan petaling 1 sarah bakal memulakan pelajaran dan pembelajarannya. semoga dia dpt menyesuaikan diri serta bergaul dgn kawan-kawan dan tak lupa jua belajar rajin-rajin yer!



:: suasana biasa di hari orientasi ::


kisah jiran ting 12

haih ginilah kan. konsep org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa. kkdg naik sogan lak aku ngan si amin nih. alkisah...toiiibbb....heh. si amin ni ekceli teman sekantor achikmimi. masa memula aku pindah sini, dia lum dok sini. dia dok servey2 la umah aku nih. las las dpt la dia seketul umah kat ting 12 blok yg sama.

pehtu, ujung 2008 tak salah. babysitter aku sakit. dia jugakla yg kasi kenal sama neseri budak² ni skang. sudahnyer, anak² se neseri dgn anak beliau jugak, habib. so, ada gakla ketika ketika dia tumpang aku, aku tumpang dia gitu kan. tumpang anto ke neseri. tumpang amik dari neseri gitulah.

tah cemana, di suatu hari yg permai dia call katanya mau dtg umah kasi sesuatu. peh, bukan sesuatu dah. ber sesuatu sesuatu. di kasinya hadiah pada semua anak² aku. ishk....pertolongan yg aku hulur takderla hebat pun. sekadar otw sesama kan. tapi, ini pun jugak namanya rezeki anak-anak kot kan. kita redha dan bersyukur jerla. tq AMIN!



:: najihah dpt buku kaler ngan pensil kaler ::



:: sarah aaliyah pun dpt sama gak ::
:: tapi xtra sorang satu set stationery ::



:: suka la kan, dpt benda baru kan ::



:: haaa fatihah pun dapat jugak ::



:: ini lak rezeki pun dari AMIN ::

mudah-mudahan rezeki kamu sekeluarga sentiasa murah yer min. dan ukhuwah yg terjalin akan sentiasa kekal dan berpanjangan. insya-Allah. aminnnnn *seperti nama mu jua*

January 05, 2010

getting real wet!!!

kasi abis entry desa waterpark. masa ni, fatihah dah on off demam...gamak p berjemur kat sini terusssss.....


dah letih-letih pusing action river (no. 12) aku naik la atas kejap check on fatihah. dia tido besss jer. achikmimi la tukang jaga. takkan memboyot² gitu nak terjun sekali kan. so, ditugaskan jaga baby n beg-beg baju la kekdahnyer.

aku beli nasi goreng + ayam goreng seketul dan segelas air blackcurrant. agak terkejut beruk la total foodies tu = RM10. huhuhu kaya rayala ko tokey ooiii. takper takper makan gakla kan mmg dah syak pun food akan mahal segitu. dah setel makan, dida ajak naik sliding yg tinggi super tube (no. 4). ada dua tube kat situ yg open dan dalam tunnel. dedua pun aku naik. takoooott tapi besssss. mmg enjoice laaa.



:: mereka yg tak dapat/boleh main air ::




:: tak dpt main air, dia baru baik demam ::




:: pelampung kuning dan kami ::

January 04, 2010

Alhamdulillah...saya sudah sihat dan dibenarkan pulang


Terima kasih yang tidak terhingga pada semua.
saya sudah sihat. alhamdulillah.
sudah ada di rumah pun skang.
doa kalian hanya Allah jua yg akan membalasnya. Amin - A-ah

heart my community