Followers

November 28, 2013

Owh My Suami!


:: abaikan nama aabgsyg tu, kekonon letak double 'a' 
so that dok atas sekali dalam contact list ::

en.nahar bercuti seminggu ini.
makanya dia lepak rumah jer.
yang menyepraiskan lagi diriku boleh plak dia
tak hantar anak-anak ke taska.
kiranya dia jaga they'oll kat rumah.

nak dijadikan cerita pon, anak-anak tinggai 2 jer.
si najihah n fatihah.
sarah n aaliyah ada kat klang sana.
rumah kakros. kaktin enrolled diorg kelas agama.
pegi pagi, balik petang selama sebulan.
makanya ikut perancangan sebulan lah diorg kat klang.
gembira jer diorg pasal kat klang ada geng.

smlm, kaktin rasa cam best jer kalau dapat makan nasi panas2.
terus call en.nahar soh dia tolong masakkan nasi.
balik kang, kaktin masak lauk.
at first he refused. tup tup masuk msg kat whatsapp.
nasi dah masak yo!
terus kaktin kona pi kena bakeri nak beli bebahan buat kek marble.
makanya terhasil lah lauk2 makan nasi n kek marble.
suweeet kan suami kittteww?


November 27, 2013

Terlepas Peluang Buat Duit dengan Nuffnang

tsk...tsk...
tula akibat tak cek email frequently.
inilah akibatnya.

ini kisah sponsored post nestle yg ditawarkan oleh nuffnang lah.
diorg email notification ke email yahoo kaktin.
tak plak ingat sebila i switched to that email add.
haih.


nampak tak inbox ribu-ribuan jadi kenang-kenangan tu.
mmg sesuai la dengan muka kan.
sapa soh tak cek.
hik hik hik. my bad - my bad.


:: email pemberitahuan, bukan email award pon lagi. so, pls ::

alaaa tapi, if you respon pon kaktin entah kan dapat entah kan tidak.
kata blog adooooo. pocoyo jer la lebey!
hiks.


November 26, 2013

Alolololo....


semalam najihah datang opis.
sian dia. bosan katanya dok taska.
kekocik dah pandai membosan uolls.
sabar nak sabar. masih panjang perjalanan hidup kau.
jika diizinkan-Nya ;)

makanya, kaktin hangkut la dia mai opis.
gembira bukan main. behave lak tu.
sesambil mulut pot pet pot pet tanya itu ini.
tanya auntie maya lah, uncle payiet lah.
diorg dok opis usang sana nak.
ibu jer dok opis canggih ni haaa...#pitam.

pic atas tu, dia minta post it nak conteng.
lepas tulis tu dia lekat kat kalendar dengan pesanan,
"jangan tanggalkan tau bu"



suwit kan anak ku ini. hiks.


November 25, 2013

T-shirt Kaki Lima


ehem. ada sesapa berminat dengan tshirt ni tak?
ada baaaaaaaaaaaanyaaaak lagi design lain yg cantek2.
korang boleh pilih.
sila pegi ke SINI dan belek telek order ya :)


November 24, 2013

Sony Dwi Kuncoro bukan lawan Dato' Lee Chong Wei

DLCW juara Terbuka Hong Kong 2013 menewaskan SD Kuncoro dalam final yg paling singkat 33mins.

Tahniah Dato'!

November 22, 2013

The Adventure of KakTinTin PonPon


petang tadi melambat balik.
takder la lambat sangat pon dalam 30min jer dari biasa.
dalam jam 6pm, bergerak keluar dari ofis.
turun jer susur depan pejabat hutan fuh traffic tak bergerak langsung.

kalau korang tgk route yg kaktin tanda oren tu.
ha, tu la laluan biasa kaktin.
ikut mahameru tembus jalan bangsar naik balik NPE.
bayau RM1.60 within 20-30mins gitu sampai rumah.

oleh kerana potensi tak bergerak tu mcm selamalamalamalamanya ja,
tho ambulance colombia asia time ni la dia meong-meong-meong
nak lalu. sampai kaktin tak tau dah nak amik kiri ke
kanan ke nak bagi dia lalu
makanya kaktin amik laluan yg ditanda merah = A.

lepas jer kaktin belok masuk, kaktin nampak ambulance tu
masih stuck dalam jem tersebut. fuh.

belok masuk semantan - seksyen 16 pj, stret hala seksyen 15,
belok masuk jalan depan hilton pj, masuk jalan utara/barat watsoever,
jumpa bulatan othman, panjat flyover jalan templer tembus balik
jalan klang lama dan akhirnya, fuh kesat peluh.
alhamdulillah jalan tak jem pon. smooth.

mmg kaktin buat pilihan yg tepat.
yes. saya mesti pilih!
within 40mins kaktin sampai rumah.
sokayyy la kot.
jadinya, pada sesiapa yg pegi balik keje nya dipandu oleh
orang lain, bawa-bawa la bersyukur yo :)
*peace*


Abu dan Asap

Me : mak aih kuatnya bau asap ni. abu, kamu bau tak asap?

Abu : errmmm entahla kak, saya ni dari luar. Diri sendiri mmg dah berbau asap.

Me : oh ya, betul gak kamu kan 'abu' ;p

Pagi yang sunyi nyi nyi

Pagi ni jaga ja tengok jam 6:24am.
Pfftttt tak penah-penah jaga seliwat ini.
Terus zassss bangun.
Tapi takderla rushing pon.
Katapon cuti sekolah.

Dalam pada tu boleh plak decide takmo naik hiway.
Alang-alang liwat biar liwat terus.
Lalu jalan gasing.
Traffic clear jer pon.

Biasa kalau lalu npe stret jerla kan.
Ini pagi rezeki usha polis trafik comey dan muda.
Hiks.


November 21, 2013

Kalau nak positif, biar selamanya positif. Jangan di hujung-hujung toLOL jugak jadinya. Kesian.


ok, kau please make sure nyanyi selow2 na.
dan juga make sure semua yg join pon ada pertalian darah. ahahahaha.
jangan nyanyi kuat2 takut berdosa.
toLOL! [nah amik balik setepek].


dah takder orang nak tego dah kot kau skang ni.
kalau tak, for sure ada org tolong peringat.
suara tu aurat dan hukum ttp hukum.
main-main dengan hukum no. ishk.


dan skang terbukti.
kita semua minum susu lembu.
tapi apa ke bangang sgt kau ni,
tula dulu belajar tak abis, mana fatwa ko cipta ni
yang sapa minum susu lembu boleh declare adikberadik susuan?
#paybacktime!


November 19, 2013

Jazzercise

sementelah dah mok-mok-kebabom-bom-bom-pau ni,
kaktin ada la suarakan keinginan nak join kelas jazzercise
yg di instruct kan oleh ofismate kaktin ni ha.

tapi, sampai saat la kaktin tak pi-pi pon lagi.
dengan alasan ciptaan 'beb, ko pi gym lunch hour
balik opis after 2pm, caner nak join ko?'

#okbai.

November 16, 2013

ND = bukan Nora Danish, tapi Nahar Dahalan

bebaru ni kan musim anak-anak dapat result.
result upsr la, result akhir tahun lah.
pastu, kecoh la mak-pak dengan hari anugerah cemerlang plak.
tak terkecoli aku lah.
siap, beli kasut baru, tudung baru.
gigih jahit lencana/nama.
punyala nak nmpk anak kita tu best di mata sendiri.
peduli apa mata org lain bukan ka.

memula tu, sarah-aaliyah ada placing kat sekolah agama.
pastu plak, aaliyah dpt no.3 kat sekolah kebangsaan.
bangga dak?
gila oiii tak bangga.
tapi, kalau ikutkan pencapaian.
ibu depa ni, dulu. dulu la tetiap tahun naik stage amik hadiah.
masa darjah satu lagi la, peperiksaan penggal pertama semua 100%.
dak aih, bukan nak riak ka takbur ka.
nak cerita saja. lagipon sekolah rendah jerla pon.
naik sekolah menengah, hampa jangan tanya.
banyak main. wakawakawaka.

ni kaktin, nak boh video anak-anak amik hadiah.
sebagai ibu kan, tetiba tersentap.
bila pengacara announce nama anak binti ayah saja.
nama mak mana???

jawab member opis kaktin, nama kau sok depa announce
time upacara pengkebumian.
pffftttt......







yerlaaaaa...anak mohd. nahar jerla. uhuks. #sentap


November 14, 2013

Masih Terkesima. Alhamdulillah Anak-anakku :)

aha nilah nak cerita.
kisah anak-anak.
mula dengan hari jumaat lepas.
dapat info yg hari tu report card day for sekolah agama diorang.
mulanya macam nak soh en.nahar jer pi amik,
tapi naluri ibu meruntun soh aku amik cuti.
makanya kita amik halfday petang saja.

dimulakan dengan kelas najihah, 1 fatimah.
kelas pertama dalam aliran darjah satu, SRA taman datuk harun.
komen ustazahnya.
seorang yang aktif dalam kelas.
dan tak pernah menimbulkan masalah.
lega. tho dapat no. 17/33 org murid.
najihah mengekalkan kedudukannya dalam kelas pertama
juga tahun depan dalam darjah 2 fatimah.
tahniah!

terusan kaktin mencari kelas aaliyah pula.
sekali tengok waris ramai yg q, kaktin try pegi kelas 4 ali dulu.
kelas sarah.
elok jer duduk depan ustazah beliau.
surat jemputan dulu yg disuakan.
umpama nak menitis airmata.
walaupon percentage nya tak brp menggalakkan,
tapi sarah dapat no. 3 dalam kelas!
satu pencapaian yg boleh dibanggakan.
makanya tahun hadapan dia ditempatkan dalam kelas 5 osman.
naik satu kelas.
tahniah!

dan, akhirnya nak tak nak kita ke kelas aaliyah pula.
3 aisyah.
pon, dapat jemputan jugak.
ya Allah tak tergambar betapa gembiranya hati ibu ini.
aaliyah dapat no. 2 pulak dalam kelas nya.
dan, percentage aaliyah pon bagus.
tahun depan naik kelas, kelas 4 umar.
tahniah!

yang menjadi persoalannya, dah nk abis sekolah dah pon tahun ni.
sekolah kebangsaan punya result tak dapat2.
sekali, petang ni pi amik diorg kat taska
aaliyah bagitau dia dapat no. 3 pulak sekolah kebangsaan.
ya Allah, rasa cam tak percaya.
dan dia dapat naik kelas pertama tahun depan
mungkin ada yg
akan menganggap ini poyo ahahaha betul kaktin sepertinya
tak menyangka mereka menyahut cabaran kaktin di awal tahun hari itu.

memang kaktin ada offer, kalau dapat no. 1-3 n dpt naik kelas.
ada sesuatu yg misteri dan best korang akan dapat.
masalahnya, kaktin pon tak tau nk bg apa ni.
ahahahaha takpalah. tengok lah nanti.
tanya jer dorang nak apa eh ;)
#babai...



:: sarah & aaliyah ::



p/s : baju baru dah ada nk pi majlis ni. kikikiki....


November 12, 2013

Breakfast Sedap di Kuala Kedah

kaktin kalau balik kedah, mmg tak tahan perut punya.
apa ada depan mata sebat.
yang takder depan mata kita pi cari lalu ngap ngap.
yang penting nafsu makan terisi dengan klimaks sekali.

balik kali ni potong sikit, bila petang sabtu tu air berenti.
terus takder, titik-titik pon takder.
adeh, nasibla cuaca mcm ala-ala tak panas.
petang jer hujan lebat. sokayyyy kita bertahan jerla yer.
malam tu kaktin saja la roger kkwn sekolah rendah ajak bekpes sama esoknya.
depa pon ok-ok jer.

pagi ahad tu, kaktin belasah nasi lemak bunjut dengan kuih keria.
pastu melepak jerlah.
sampai la un n dik e call ajak breakfast.
masa tu baru dalam kul 930am.

kami berjumpa di gerai gulai ikan temenung sebelah pelantaq naik
ikan berdekatan marina.
ishklaaaa sorga makanan la situ.
nak nak plak ada org tolong serve n bayar!
ahahaha tq dik e. me owe u much :)


nah lauk kita breakfast arini yer anak-anak.
ikan temenung goreng, gulai ikan temenung dan yg terbaeekkk
takder di mana-mana sambal belacan. pergghhhh.

kaktin order teh ais. pon sedapppppp mmmpphh.
giler la kaktin ni kalau bab makan. kikikiki....


nampak macam simple kan.
nasi putih + toyu + laukpauk.
tapi percayalah korang orgasma berganda-ganda.
ada yang komen kat pic ni bila kaktin up kat fb + ig.
breakfast ke lunch ni?

:: kaktin n un. pic dik e takder la plak. haih dpt makan terus lupa ::

kaktin pon tak tau nak jawab gumana.
yang penting terdampar. aarrrghhh....
kat KL takder gini der.
ahahahahaha.


sekonyong-konyong kaktin nampak dik e lintas jalan pi gerai sebelah.
sekali dia bawa balik sepinggan apom lenggang uolls!
fresh. gebu. manih. rangup. segala-gala lah.
heavennya. jom balik kedah lagi jom!


Serabut!

O la kaktin O.
bukan 0 [kosong/sifar].
O sejenis huruf bukan nombor.

haisshhh pepagi jer bikin emosi.
ni kisah nk check-in kan flight mak2 dan ayah.
depa nak mai ujung minggu ni.
dah susunatur dah nk tido serba semalam kat semua rumah
anak-anak kat KL ni.
bukan apa, nak jugak jaga hati anak-anak kan.
nanti kang ada yang sentap susah.

depa nak mai sempena konvokesyen zamirul.
adik bongsu yang paling bongsu.
tapi anak mak yang lagi satu.
dah book flight diorg bulan lepas lagi.
tapi, takmo la check in awal-awal.
so pepagi ni check-in kan dan email boarding pass ke pakndak.
nnt dia tolong print.

dah emosi flight datang tak lepas2 nk check in.
rupanya booking number ia start dgn O.
kaktin dok la taip 0. sampai bebila pon tak lepas.
pffttttt.....

tapi now dah lepas so sekian la emosi di pagi hari.
ok. bai.

:: O - O bukan 0 [kosong]. pasghah ::


November 11, 2013

Cuti Deepavali

cuti la sangat.
ni la ha misinya. misi minta permission nk balik kedah dgn kakros.

kata pon deepavali jatuh hari sabtu.
dah mmg cuti pon, dan tak dapat cuti ganti ke hapa.
tsk. sedih.

sepakat balik kedah malam tu dgn kakros.
esok pepagi deepavali tu zasss satu avanza.
kakros anak banak n aku anak banak.
aku ditugaskan memegang baby ruzain yg gomok.


nampak tak pipi dia. dah sama labuh dgn pipi auntie njang dia.
huhuhuhu sadis la bila badan naik ni. emosi manjang. nyampah.

kami amik breakfast kat hentian sg.buloh.
makan nasi lemak bunjut jer.
yg penting nasi lemak ia is sedap.
masa ni mmg ramai giler la geng bikers motor besaq.
sambil terdetik dalam hati, tah tah ada fareeza kat sini.
nahhhh sekali nampak sorang umat tu baru bukak helmet dia.
panjang umoq, mmg dia. ahahaha terus keloi nama penuh.
dan apa lagi amik gambaq jom.


minah ni minat merempit.
bawa motor besaq, kawan dgn artis sesado.
masih single n available. sapa nak boleh isi borang yer.
borang terhad. ahahahaha.
dan perjalanan pulang pon diteruskan.

kami balik ni ala2 seprais la.
mmg tak bagitau mak ayah sesapa pon.
elok sampai sp, kakros pon call la mak.
sesaja la cek lokasi, buat nya mak takdak kat rumah baru padan muka kami.
seprais la sangat kan.
sekali mak baru nk balik pas makan kenduri.

pastu aku plak call mak bgtau kata ada member nak tumpang parking
kete kat rumah. dia nak p langkawi.
mak pon apa lagi cargas la menunggu.
setiba-tiba, ek eh awat naik kete ros! kata mak.
ahahahaha terus la membising satu taman anak-anak aku balik oooiiiii. gittteww.
dan aktiviti membadak di kampung di teruskan.
TBC......


November 08, 2013

PUSPANITA HI-TEA : Dazzling Denim

:: menciwi inner magic baru ::

1 november lepas, kaktin terjebak dengan puspanita hi-tea.
bertempat di MPH, LK maka berkompol lah ahli2 puspanita kijang di sini.



sesampai di tempat kejadian, makanya bermula lah acara bergambar dulu.
as usual, kaktin - maya - linda menghuru-harakan crime scene sebelum org lain sampai dan meramai.


:: kaktin - maya - linda - kakdina ::

selepas posing, maka acara pon bermula sekitar jam 515pm.
bermula dengan bacaan doa, nyanyian lagu puspanita...puspanita...tenaga isteri dan wanita.
lepas tu ucapan sikit then persembahan.

pastu apa lagi mari kita makan!


kawan kaktin si linda menang best dress ko.
tak sesia la dia mms gambo ke kaktin tanya pendapat kena
tak dgn tema 'dazzling denim' tu.
ofkos! macam comel jer...macam comel jer. #lawakhambar.
kaktin pon menang lucky draw lagi yeayyyy.

makanan as usual melambak.
satey, dim sum, mee kuah, laksa johor.
yang penting durian roll kaktin sorang 7 ketul.
bahahahaha mana ko tak gemok ooiiii.
apa-apa pon enjoylaaaaa.



:: kaktin n lina ::


:: macam kelakar pic ni, org dok nyanyi lina n shida pos-pos kat ujung tu ::
kikikikilala

acara tamat tepat jam 710pm.
berdezasss balik PJ, pasal ada misi yg kaktin perlu setelkan dgn en.nahar malam tu jugak.
#propa.


November 07, 2013

OSEM : Dinner & Result

dah selamat sampai n submit segala tulip/kertas soalan dan treasures,
memasing pon membawa diri la masuk bilik.
kaktin sebilik dgn hani la ofkos.
danny takder rumet, sementelah team-mate kami yg sorang tu
tak jadi join due to family matters.
tapi, kira bersyukur alhamdulillah dapat gak join
menggembirakan diri sempena TH ini tahun.

check in masuk bilik apa lagi, booom booom pau la.
elok terjaga lapar la pulop.
makan jerlah segala jenis roti n air kotak yg kami bawa
bekalan sempena tak lunch punya la nk selesaikan misi takmo
kena penalty sebelum dinner yg dijangka bermula jam 8pm.
ahahaha bajet konfiden boleh menang.
konfiden itu wajib!


ni jerlah gambar masa dinner.
yang penting gambar sekumpulan wajib snap.
buat kenang-kenangan.
danny dah chop nk team dgn kaktin gak next year.
chewaaah semangat ko dann. mcm kan best benau team kita ni kan.
as expected team OSEM takder placing pon.
tapi banyak gak yg kami betul + treasures.
so, tak kisah. janji dah buat yg terbaeekkk.
yang penting kaktin n hani menang lucky draw. yeayyy!!!
settled dinner balik bilik tido la. apo lagi.

esok paginya, mokcik hani takmo bangun awal.
makanya kaktin n danny jerla berduet amik breakfast dulu.
pastu kami pi jenjalan tepi pantai.
sesambil kaktin snap pic ni guna panorama shot.


macam cantik jer...macam cantik jer...macam best jer...macam best jer.
ahahaha pocoyos kau kaktin.
kaktin dgn danny ni takleh jumpa, asal jumpa jer mesti nak gelak pepecah perut.
walhal, takder apa yg kelakar pon.
yer, kami kenal sejak kaktin first day join bnm yer.
kira close la, especially dengan arwah kakpah.
alfatihah buat arwah.

sebelum bertolak balik, kaktin sempat la snap pic banner TH tahun ni
dari pintu balkoni bilik kaktin.


tepat 11:00am kami pon bertolak pulang ke KL.
semoga ketemu lagi yer selesa beach.
OSEM!


OSEM : Drive for Distinction

tanggal 26hb Oct 2013, kaktin dan 2 org lagi rakan sekerja kaktin
terjebak dengan treasure hunt anjuran persatuan opis kaktin ni.
at first, kami ada 4 org.
tapi tula kan kalau dah takdir takder jodoh kami
berjemaah join, makanya takderlah.
tinggal lah 3 ketul saja di bawah nama kumpulan OSEM.
osem la sangat.

sesudah subuh kaktin n hani dari shah alam.
sampai sk tepat jam 7am.
danny dah sampai lalu berkumpul dalam auditorium sk
untuk taklimat jalan raya n bacaan ikrar jua mengambil
tool set memasing.


settled dalam audi, semua dikejarkan di ruang depan lobi sk untuk acara group photo.
kemain lama ha nk setting katapon nk handle 300 org dalam satu gambar.
korang pk la sendiri. yang takmo dok depan.
yg nak berdiri takmo duduk. yg nak duduk takmo berdiri.
yg begitu, begini hah jenuh la nk melayan.


kaktin n hani pon amik la kesempatan pos-pos sendiri.
sesambil photographer dok susunatur peserta.


hah, nmpk tak betapa hazab nyer photographer kena diri atas tangga tinggi tu?
tapi bila dah siap, 2 saat jer bersurai.
masa nk susunatur kemahen makan tahun.

:: OSEM : danny, kaktin n hanifah ::
:: gambar terpaksa dicropkan kerana unsur2 gemuk melampau. tsk ::


OSEM yang senantiasa gembira tho sebelum dan selepas memburu.
gambar atas adalah gambar sebelum.
gambar bawah gambar dah selamat sampai di selesa beach resort, port dickson.
kan, gembiraaa jer walaupon sepanjang perjalanan kami onak dan duri kami tempuhi.
tapi takderla sampai gaduh tarik2 rambut ke apa.
janji sepakat insyaAllah membawa berkat.
walaupon tak menang! ahahahaha.
yang penting kami enjoiccessss......

nanti-nantilah sambung dinner yer. zassssss....



heart my community