Followers

September 21, 2012

Happy 10th Anniversary To Me :)


Syukur Alhamdulillah.
Terima Kasih ya Allah atas apa yang telah engkau berikan.
baik dugaan, maupun kegembiraan.
*sambung senyum*

September 20, 2012

Children Gallery @MAG, Sasana Kijang

korang tau tak ada tunnel bernila sejuta ringgit?
tau tak? tau tak?
haaa moh la nak khabar nih.
ada uolls, tunnel tu dibina dengan RM RM bernilai 1juta ringgit.

kaktin penah memvisit tunnel ni semasa ia masih in progress
katapon, org kuat tunnel adalah kawan baik kaktin.
baik kerh? heh. baikla jugak. baik boleh declare bff tak abgbots?
tihtihtih. rasanya lebih dari bff kot no.
alaaa kaktin n abgbots ni org kampung.
arwah ayah beliau dulu, kawan ayah kaktin.
pusing-pusing mmg kenai pon.

ok berbalik pada citer tunnel sejuta ringgit.
kaktin ajak en.nahar datang.
lucky dia mau join, makanya kami 4 beranak pon memulakan pengembaraan.
sarah n aaliyah achikmimi hangkut balik umah dia.




tersembul biji mata nengok ke duit-duit yg 'ditanam' dalam pembikinan tunnel tu.
jap nak boh objek yg menjadi tulang belakang dalam pembikinan tunnel ni.
taraaaaaaa.......


hensem kan dia.
hehehhehe en.azhar sila jangan saman saya.
blog saya ni adoooo, so possibility pihak media nak jumpa pic ni adalah sangat kurang.
kata artisss kan.

ada macam-macam aktiviti dalam children gallery ni.
silalah bawak anak memasing datang.
yang takder anak pon molek jer nak datang.
mmg sangat-sangat unik, takder di mana-mana hanya di MAG, Sasana Kijang.
amboiiiiii kemain promote. dapat kamsen kah?

settled di children gallery, kaktin hangkut anak-anak n en.nahar melawat gallery numismatic pula.
anak-anak dah biasa datang gallery nih.
en.nahar lah dok mengkagum tengok duit-duit lama, baru, duit negara sendiri, negara luar dsb.

sapa nak tengok gegambar leh klik kat SINI.
sapa boleh, boleh lah.
sapa takleh bagitau kaktin yer :)


September 19, 2012

No More Top-up For You, Abang ;p

oh, abang tu is referred to my husband en.nahar.
saya panggil dia abang. abang adalah standard term kata panggilan for suami di malaysia.
selain abang, ada belambak lagi kata panggilan lain.
tapi itu, lain kali lah hurai.

en.nahar sekarang menggunakan iphone4 kaktin.
dia ni plak, pakai prepaid.
line tu dia pakai sejak sarah dalam kandungan lagi.
kurang lebih 10tahun lepas.
yang lagi kelakarnya, simcard tu kami jumpa dalam lif midvalley.
taula, dulu-dulu nak beli line hotlink memang mahalllll *tekankan sikit lidah baru dapat efek.
berjodoh lama dengan simcard ni. sampai skang.
simcard ni plak ada voicemail.
suara pompuan berbahasa india.
nampak sangat owner dia dulu seorang india.
tapi, sejak-sejak line prepaid pon kena register, line tu dah bernama atas en.nahar.

eversince dia pakai smartphone bersama simcard tu,
asiklaaaa dok merungut kredit dia hilang.
tapi sungguh pon, topap RM30 seminggu settled.
kegilaan apakah ini abang.
(mungkin pasai phone yg smart tu, ada apps yg running kot?)
pastu, zassss 2 saat dia sms sama kaktin 'boh topap 30'.
wah, ayat tu mmg glams lah dalam fon kaktin.
mementang kaktin ada access to mb2u 24/7.
sedappp jer arahan dia kan.

tapi kini tidak lagi.
last saturday, kaktin paksa dia pi tukar from prepaid to postpaid.
bertempat di maxis centre the gardens.
kaktin amik line yg paling murah.
250mb data + 100min calls + 100sms ke memana talian = RM50 sahaja.
setidak-tidaknya, postpaid line is murah than prepaid.
tukar/upgrade simcard ke mini simcard for free.
cumanya kena bayar RM50 utk di off set dalam first bill later.
kita tengok first month dulu cemana,
gamak tak membantu mmg la kena tukar ke celcom.
celcom dia nyer data plan unlimited.
mmg best lah.
tapi knowing en.nahar dia bukan nak browse apa pon sangat.
dan, bila dah bertukar ni secara automatik voicemail itu pon terpadam.
lega. heh.

sekejapan di maxis centre, en.nahar ajak cari casing baru for his iphone.
oooohhh rindunya nak guna iphone. huhuhuhu.
sapa yang penah guna iphone, pastu bertukar agak kehilangan satu nikmat dunia.
tapi itu dunia jerla pon. takkan boleh diusung ke akhirat. lagha. muahahaha.
tula, gedik. dulu sapa soh tukar.
*android is lame. yes lame. sapa setuju angkat fon memasing!
skang itu encik sudah suka sama itu iphone kerana kameranya yg ngetop abis.
sobssss. takperlah bang, tini pasrah.
mana tau, esok lusa ada rezeki tini beli iphone 5 eh. bang :)




dia suka sama casing cap capdase.
mulanya kaktin rasa agak mahallah.
RM68 for one unit, tapi bila di buka dan digayakan.
ada memacam lagi dalam kotak tu.
ada soft jacket, pouch, pastu screen protector  dan juga seketul
objek utk jadikan iphone itu tegak berdiri or melintang.
arrrgghh tak tau la nak describe cemana. korang tgk kat pic bawah ni.



so memang berbaloi gak aarr beli.
ikutkan skrin protector jer dah berbelas ringgit.
pouch lagi. ok lulus.
moh beli cap capdase lagi.
ujung-ujung entry promote capdase secara free. hiks.
layansszzz.....


WW : Orang Yang Hebat :)


credit : SINI
cc : mayahsopiah
      payietmanjola  dan  diri sendiri
keep on smiling bebeh :D


September 17, 2012

Buku Nota/Scrap Book/Guest Book Custom Made Eksklusif Melethops Kebaboom

hari ahad lepas.
kaktin accidentally ter join kakros n frens dating.
just the two of us + kakfaza + kaklydia.
plan asal, kaktin nak pi jenjalan soping mall.
sekali, tempat dating diorg tu jauh dari soping mall. tsk. pasghah.

 :: pic kredit @celine fahmi :) ::

pot pet pot pet sembang, sejam lebih kendian memasing mau pulang.
kakfaza hulur sebuah buku comels.
she made it by herself.
OMG! sangat-sangat-sangat eksklusif oh.
sapa nak boleh pm kaktin kat fb or email me sarahaaliyah@yahoo.com.
kaktin dapat seketul ni for free.
dah org memberi, kita membalas budi la yer.
sangat sesuai untuk segala jenis function sebagai doorgift pon.
juga untuk kegunaan peribadi.
material, kulit nya kertas + kain.
dijahit bagi menyambung helaian2 mukasurat.
kemas. gagah. cantik. sila lah beli. hiks.




i've told yah!
:D


September 16, 2012

Why would you hate on someone who corrects you? They are helping you improve your character. Dont be like Iblis and be arrogant.

tajuk kat atas tu kredit pada pemilik twitter @muslamist troll.
di RT oleh @atiefadlee.
best kan tajuk dia.
sangat makan dalam

MONOLOG :


bukan apa, kkdg kita bila terasa kena tego terus nak emo.
baru terasa, bukan bebetul teguran tu utk kita lagi.

contoh : terbaca status fb/twit di twitter/entry kat blog yg di post oleh sesapa,
pastu terasa. pastu mulalah. emosi tak tentu hala.
itu contoh yg mmg terasa untuk diri sendiri.
belum terasa yg bagi pihak contoh bg pihak family/saudaramara/sahabathandai lagi.
terasa yang ni lagi bahaya.
pasai, di sini keberangkalian menjadi batu loncatan
berapi bagi memanaskan keadaan yang sedia ada panas akan terjadi.

walhal, yang ditaip di situ adalah sekadar general.
tidak memetik nama individu mana-mana pon.
dan, jika difikir oleh akal yang sihat teguran itu ada benarnya,
tak payahlah nak siram minyak gas atas bara yang hampir padam.
tak memasal api akan marak kembali.
tak mendatangkan apa-apa kebaikan pon.
apa kata terima, kunyah dan hadam.
kemudian cuba untuk perbaiki diri.

KakTin kata : InsyaAllah. saya cuba :)




September 10, 2012

11 terrific years = 4 great depts = 9 fabulous bosses

wah diam tak diam arini dah 10hb sept.
8hb sept lepas genap sebulan kaktin di ofis baru.
ofis baru, bos baru, bilding baru dan ofismate baru.
tapi masih bernaung di bawah majikan lama lah.
pendek kata, i love u bnm. #eh.

so far, alhamdulillah semua pon baik-baik aja.
bos kaktin sekarang saaanggatttlah baik.
lemah lembut dan cantik orangnya.
bila dah kata cantik, pastilah perempuan. melayu.
if happened my colleague from jit read this, i am sincere ;)

mengimbas balik 11 tahun bersama bnm.
banyak suka duka yang kaktin tempuhi.
kalau suka jer memanjang tak adventure la kot kan.
start dengan sstini iaitu di jps.
memula kaktin jaga hod yg bernama mr.cyk.
kejap jer kaktin jaga dia ni dalam 3 bulan jer mcm tu.
kaktin diminta bertukar bos. kena jaga sm iaitu mdm.csk.
masih di dept yg sama, kaktin bertukar bos lagi.
masa ni, sm sudah bertukar jadi dd.
dd yg dimaksudkan ialah pn.nwk.

sepanjang dgn pn.nwk kaktin sangatlahhh suka.
beliau baik. sangat pemurah. dan beliau sgt menjaga
kebajikan staf esp kaktin. ok i like.
tp tulah, bila dah best tetiba mgmt buat rombakan.
kaktin dapat bos baru lagi.
pn.aak. aik, di jps semua pon ada k.
cyk, csk, nwk n aak.
hihihihi dan masa nilah, tetiba niat nak bertukar angin singgah.

kaktin bertukar ke sttini plak, selepas sstini.
kaktin jaga bos lelaki, eurasian.
ala-ala mat saleh, tapi pandai cakap melayu.
nama beliau mr.b.
2 tahun stgh di sini, mcm-mcm yg kaktin lalui.
suka dan duka. tapi boleh dikatakan duka la banyak. sobs.
alhamdulillah, Allah itu maha mendengar.
Dia uji kedukaan kaktin sekejap, lalu Dia bagi gembira kepada
kaktin selepas 2 tahun setengah.
kaktin ditukarkan ke jpw pula.
lalu menyandang id cmtini.

di sini kaktin kena jaga dua bos.
satu pn.mmt dan pn.kg.
memula cam ketakutan gaklah nak jaga 2 org bos.
pasai tak biasa. tapi lama-kelamaan sokayyy jer.
pn.mmt tak banyak kerenahnya manakala pn.kg tersangatlah baik.
tak lama lepas itu, pn.mmt pencen lalu bertukar bos lagi iaitu mr.sks.
mr.sks pon tak banyak benda yg dia nk kaktin buat.
bab-bab filing, dia lebih selesa buat sendiri.
so, kaktin banyak fokus kepada pn.kg.
knowing pn.kg atau lebih mesra dipanggil kaklong mmg banyak
benda yg dia suruh n minta kaktin buat.
tapi itu tak membebankan kaktin pon.
kaktin suka jer. sibuk. sampaikan masa berlalu setiap hari tak terasa.
kerana pn.kg jugaklah kaktin dapat bertukar lagi dept.
sblm-sblm ni bertukar dengan post yg sama, tp kali ni ada up sikit.
job scope yg sama, cuma nama post yg berbeza.
bos kaktin yg terbaru ialah pn.aa.

apa-apa pon, kaktin happy.
walau bertukar ofis, kkwn kaktin yg sedia ada masih bersama.
kalau nak together-gether, tak diorg dtg SK, kaktin pi jer HQ.
bukan jauh pon, sekangkang monyet jer.
kalau drive tu, belum sempat tukar gear ke gear 5 dah sampai dah.
hehehehe happy one month anniversary to me at JIT!


September 03, 2012

31 Ogos 2012 - Ke Shah Alam, Anis Irdina Hanafi Akikah and Open House

31 ogos korang, korang pi mana?
cuti lama kot.
3 hari.  kaktin ada jemputan seperti di atas.
en.nahar cuti, tapi dia kemalasan mau follow.
katanya, nak pi pi sendiri.
sedih.

berbekalkan pic google map yg napee bg di email.
pengembaraan kaktin pon bermula.
yer, kaktin failed sungguh area shah alam.
pasai kaktin tak study kat uitm shah alam.
heh, motip dan related nya area shah alam dengan study kat uitm shah alam?
fine. abaikan.


sesat jugak ooiiiii.
last-last tembus kat centro mall klang sana.

ok kita mulakan semula.
cari balik tol batu tiga.
dan, akhirnya alhamdulillah sampai jua.

masa kaktin sampai, ada rafidz, mazian n syaiful.
pastu, ada plak jiran kaktin kawan sepermainan kat situ.
rupanya, masri ni member si anis wifenya napee.
kecik sungguh dunia.
tak jumpa kat kola, mai jumpa kat shah alam.

:: najihah jer mau pos-pos, yg lelain adoooo ::

anis ni terror deco, baking n ada supply mascot jua.
kalau tak salah, wedding planner pun boleh.
pendek kata, segala-mala lah dia terror.
sapa rasa nak guna khidmat dia boleh rujuk di blog beliau.


:: yan + kaktin ::

nah. candy bar yg melethops neh.
ada cupcakes, red velvet cake and segala jenis candy jua coklat.
mmg tertarik menarik da bomb lah!
tak sesia sesat barat nak sampai sini.

yg sebenonya, kaktin kenal si anis ni di alam blog lama dulu.
selalu usha blog dia bikin-bikin kek.
tak sangka, sudahnya she's married dgn opismate kaktin ni ha.
si napee ni plak, kawan baik si rafidz.
kaktin dulu dok sebelah rafidz, tapi takderla tego-tego pon si napee ni.
last-last berjumpa kami di dept. kaktin skang.


:: zamihartini vs anis hartini ;) ::

:: anis irdina yg comelest :)) ::

:: door gift for kids :;

:: bunga telur bebear for kaktin ::

terima kasih daun keladi yer anis - napee.
tahun depan ada rezeki jemput lagi :p


heart my community