cuti sekolah jer pasti akan ada yang tanya.
'eh, tak cuti ker bawa anak jalan'
ya itu soalan standard di musim cuti sekolah.
kaktin mmg takder plan kemana-mana pon.
makanya demi memenuhkan aktiviti cuti sekolah,
kita enjoy weekend jerlah.
jadi ler, dari takdo yer dak.
hari sabtu sekitar jam 10am, sarapan dulu di mamak.
makan nasi lemak dan roti canai.
minum oren jus pepagi. layan.
setel sarapan, gerak ke IKEA.
mau cuba nasib di smaland nyer.
kata pon tempat free kan.
possibility orang meramai pasti tinggi.
nak dijadikan cerita, takder org.
senang la kaktin bolos ke4-4 pranita dalam situ.
sejam, kaktin reronda kosong lam IKEA.
dapat laundry basket, lilin wangi n lilin holder.
abis jer acara di smaland, kami singgah mekdi.
makan ais krim kon sorang satu pastu terus balik rumah.
esoknya ahad, 3 jun birthday aaliyah.
masih mengekalkan sarapan di mamak smlm.
arini semua nekad makan roti canai.
pastu terus zasss ke sogo.
check-in kan diorg kat starz garden tingkat 7 sogo.
itu cashier tak percaya fatihah aka tangteng sudah pon 4 tahun.
yer anak saya sangat kenit.
nak buat cemana, saiz org asia kot. heh.
dalam masa sejam, kaktin pi cari kek.
beli kek sempoi-sempoi jer.
nak potong di rumah n ngap ngap sendiri.
abistu, balik rumah tapau KFC 9 ketul.
tak abis membawa ke dinner.
perut halus kot kami-kami ni.
:: tempatnya boleh tahan ::
:: tangteng yang melasak, tak padan haluih ::
:: sudut membaca ::
:: say cheeeseee teng! ::
:: kek black forest strawberry dari four leaves sogo ::
sekian cerita weekend kaktin :)