Followers

January 31, 2012

Terima Kasih Anak Md. Saleh ;p

alhamdulillah. rezeki rezeki.
ari jemaat lepas, tgh dok memboring depan pc kat opis,
linda buzz kat sametime.
dia tanya ada plan apa-apa tak lunch hour.
kebetulan, mmg blom fix any appointment pon.
rupanya dia nak belanja lunch sempena dengan tet..tet..tet..
sekalian dia ajak mayasopiah sekali.
memandangkan kedudukan linda di sasana sana,
makanya maya dipaksarela mendrivekan diri.
thankyou darling.

sepetak suara mau makan di chilis, bsc.
sesampai jer situ aku terus menonong masuk.
ikut pintu belakang. aku mana tau.
time lunch takleh masuk ikut situ.
rupanya q sedang memanjang ikut pintu depan.
takkan nak kuar kot.
makanya kami duduk gak kat kusi/meja tinggi.
lantak. janji dapat tempat.



linda order quasadillas.



ini plak fajita trio.
aku yg suggest.



jugak ini triple play.
aku suggest jer, dah semua setuju zasssss.
servis manthop. rasa lazat.
berbaloi-baloi!




ini air aku.
tajuk kemain grapeade.
sekali rasa macam ribena cheroi.
tau tak cheroi tu gimana? ribena cair.
tapi sokay laaa. takla penuh sangat perut.
melantak mmg tak hengat dunia.
mementang orang belanja.



:: kaktin, maya n linda ::


kami bertiga pernah belajar di bawah bumbung yg sama.
punya kkwn yg sama.
punya lecturer yg sama.
cuma satu semester jer bersama-sama.

dan sekarang bekerja di bawah satu majikan.
linda tu lagilah, penah jadi roomate aku tu.
seorang sahabat/pendengar/pelindung aku kala aku kesusahan.
chewaaaah. betul linda, aku akan ingat segala kebaikan
yang penah ko hulur kat aku dulu, kini dan selamanya.
friendship foreva!

Menu Majlis Beghendoi Zarith Sofea

tanggal 24 jan 2012, maka berlangsunglah majlis di atas.
mak ada berniat, kalau anak kakmarni ni pompuan
dia nak wat majlis ni.
makanya kita zassssss.

ada 2 pilihan lauk-pauk.
satu lauk nasi minyak, satu lagi plak nasi putih + lauk kampung.
ada pulut kuning dan jugak bubur kacang durian.
semua pon terbaeeekkk!
disediakan oleh jiran sebelah rumah kaktin.
ciknah nama beliau. heh.


:: di hujung sana ikan tamban masin rangup, gulai ikan temenung n tembikai ::



:: acar timun nenas, pajeri nenas dan ulam-ulaman ::



:: sambal belacan ::



:: bubur kacang durian ::

kaktin belasah nasi putih 2 kali.
sambal belacan tu mmg terbaeeklah.
bubur kacang kaktin tak ingat brp kali kaktin belasah.
memang sedap ooiii!!!


January 30, 2012

Kisah Launching Siri Matawang Baharu Malaysia


alerrrr mana aci. ramai jer dah update citer ni kat blog memasing.
bistu, aku yg terlibat lam itu gambar nak wat entry gak.
pada awalnya mmg ada niat nak entrykan jugak,
tapi tahla cam takder aura nak bikin.
sementelah tengah bersemangat ni up kan jerla.

lagian macam nak menjawab persoklan kkwn kaktin jugak.
yer. kaktin disuruh menjaga duit-duit tu oleh one of da manager
semasa photography session.
tukang jaga duit jer tau.
yg sebenar-benar tukang pgg duit 2 org yg kiri-kanan kaktin tu.
yang cantik-cantik n manis-manis orgnya.
tapi, oleh sebab duit-duit tu banyak makanya
photographer from utusan soh pos-pos begini
lalu meminta kaktin jua join bersama pgg duit berikut.

banyak kot pos yg dia amik.
tapi dah oleh kerana pos kami bertiga ni mcm ok,
terus dia kata tak mustahil esok kuar front-page.
chewaaah. tak boleh blah.
pastu-pastu, idokla rasa glam ke haper.
rasa biasa-biasa jer pon.
bukan pasal lawa (lawa ker pon aku neh. heh)
or pandai kipas bos or what-so-ever,
tapi demi department terchenta dan berkebetulan
terjerumus dalam ini cerita. kita zassss jerla.
Terimah Kasih JPW.
Terima Kasih BNM.

cerita penuh pasal matawang baharu ni boleh KLIK sini.

Cuti Raya CNY, KakTin Pulang Ke Kuala Kedah Tercinta

semua pon tau kan, cuti cny aritu agak panjang.
dikesempatan itu kaktin dan anak-anak membawa diri pulang ke kampung.
en.nahar korang takyah tanya dia tak dpt cuti.
keje plak sampai tetengah malam baru balik. sadis.

bertolak dari PJ sekitar jam 8.30pm dan sampai di rumah mak ayah
lebih kurang 3.30pg. hebat jugakla jem di jalanan.
sampai jer, terus hidung menangkap bau yg enak di sebelah rumah.
yer, jiran kaktin mmg jurumasak yg haibat.
bukan tiap kali perayaan jer dia dpt tempahan,
kadang-kadang kenduri-kendara dsb pun org suka tempah nasi
dengan beliau.

terus perut kaktin menggelodak kelaparan.
yes, ada jer nasi n lauk-pauk terus dipanaskan dan nyum...nyum...


nasi kuning, ayam masak merah dan kurma daging. marvellous!
setel makan terus kebabooomm!

pepagi esoknya, ayah as usual balik dari surau.
dia paham benar kegemaran anak-anak pompuannya.
nasi lemak bunjut + kuih keria for breakfast!
yeayyyy....tq ayah.


oh ya, ada agenda utama juga pulang ni.
nak join kenduri beghendoi zarith sofea.
anak perempuan pertama kakmarni.

ada kisah kelakar pasal ni.
hihihihi. kakmarni ni dah ada 3 anak lelaki.
yg sulung form 3, pastu yg no.2 darjah 4 dan yg no.3 plak darjah 1.
katanya, masa dia nak mengandung tu dia telah melakukan jenayah.
iaitu mencuri tudung periuk di rumah jiran beliau yg punya ramai anak pompuan.
muahahaha dan berkebetulan bila dah scan, doktor pon kompom kata baby gal
baru lah dia citer dgn suami n jiran dia tu.
kata jirannya, 'patutlah aku cari tudung periuk aku tak jumpa!'
kehkehkeh. hah, korang jangan nak soh kaktin curi senduk plak
demi mendapatkan anak lelaki. for da time being cukup-cukup la tu. hiks.

January 29, 2012

Keputusan Penuh AJL26

Tempat ketiga : Karma - Faizal Tahir
Tempat kedua : Beribu Sesalan - 3 Suara
Juara : Awan Nano - Hafiz

Persembahan terbaik : Kisah Hati - Alyah
Vokal terbaik : Awan Nano - Hafiz

Tahniah semua pemenang.
3 prediction kaktin kena kecuali FT. Heh.
Dah agak dah lagu m.nasir monang.
AJL terbaeeklah malam neh.

January 19, 2012

Starbucks Coffee 2012 Planner

Lately ni asik teringat2 kopi starbucks jer.
So, mohla kita ke kodainya.

Kaktin ada starbucks card di mana once kita register
akan dapat satu air bersaiz grande berperisa apa saja secara percuma.

Dan setibanya kaktin di situ ternampaklah pulak iklan bila reload kad dgn RM100
Kita akan dapat satu planner worth RM88 secara percuma lagi.
Yeayyy...kaktin pon zasssss.

My favourite is frappucino java chip, pasai
Bila kita sedut akan ada chip-chip yg rangup dan sedap.
Nyummmm...

P/s : sapa nak planner kaktin yg extra neh? ;p

January 08, 2012

Bukan Entry Promote P1


ini bukan entry promote P1.
tapi sekadar nak kasi kredit la.
tadi on pc, tetiba dapat msg dari
P1 yg quota tenet kaktin dah abis.
boliau. makanya jika mahu boleh
top-up 2GB dgn RM10.
tapi kalau takmo pon takper.
still can browse tapi selow lah sket.

knowing P1 neh dah lama sggh kaktin guna.
idokla dia marvellous beno, tapi jarang sgtlah buat hal.
ala dengan RM49 sebulan ko xpac apa kan.
dengan wi-fi lak tuh.
compared dgn botben mc-cheese dulu, better namploh kali ganda
P1 neh. so, saya mesti pilih!


January 07, 2012

Piala Sumbangsih : Kelantan vs Negeri Sembilan

keputusan perlawanan sumbangsih malam ini
berpihak kepada negeri sembilan dengan jaringan
kelantan 1 : NS 2.
kedua-dua gol NS dijaringkan oleh pemain import
mereka iaitu effa owona.
manakala gol kelantan pula dijaringkan oleh nurshahrul idlan talaha.

tahniah azraai khor dengan kejayaan pertama pada tahun ini.

PS : aku baru tahu PIALA SUMBANGSIH ni ialah perlawanan
permulaan antara juara piala malaysia vs juara liga.
nanti layan liga piala malaysia la plak
KEDAH! KEDAH! KEDAH.
KEDAH pantang kalah. hiks.

heart my community