Followers

November 24, 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan


duit dah selamat en.nahar collect kat sekolah.
anak ada 2 org bersekolah, makanya dapat lah RM200.
syukur. Alhamdulillah.
bolehlah tampung kat mana-mana.
tapi, kalau nk beli ipad lagi seketul tak cukup kot.
#ekeh.

November 22, 2011

Ibu Emas Milik Malaysia : Sukan SEA 26

alhamdulillah.
syukur ke hadrat ilahi.
malaysia dapat mengekalkan kilauan emas bagi acara bolasepak.
especially menewaskan indonesia di laman sendiri.
itu bonus.
seperti yg semua sedia maklum,
indonesia begitu bnyk bermain drama.
tak kiralah dari penonton maupun pemain.

yg paling aku tak puas ati, si bonai tu.
tiap kali ada free-kick, corner-kick dia mesti mai pgg2 jaring.
kot yer pon nak psikologi kan, perlewww kewww???

maruah malaysia dijulang bilamana khairul fahmi che mat
menangkis keluar cubaan sepakan penalty dari ferdinand.
dan akhirnya baddrol bakhtiar menyumbat sepakan kemenangan
buat malaysia. yeahooo!!!
berbaloi-baloi aku tidoq malam neh. heh.
TAHNIAH MALAYSIA!
TAHNIAH HARIMAU MUDA!



:: tak sabo nak dpt medal memasing ::



:: extra-kiss to the hero. heh ::



:: baddrol bakhtiar yg sentiasa low-profile ::

dah jom tidoQ.


November 19, 2011

Final Sukan Sea 26 : Malaysia vs Indonesia

semua pon pasti tertunggu-tunggu aksi final bolasepak sukan sea kali ini.
bakal bertemu pasukan malaysia menentang indonesia.

malaysia mara ke akhir setelah menumpaskan myanmar 1-0.
manakala indonesia pula mengalahkan vietnam dengan 2-0.

semoga harimau dapat membaham garuda nanti.
chaiyok! chaiyok!

November 18, 2011

Garrett Popcorn @KLCC

idea tercetus bilamana membosan.
ajak maya teman gi klcc.
semata-mata nak grab this popcorn.
teringin nak rasa katanya sedap melampau.

kami sampai klcc n selamat parking within 10min jer gitu.
terus gegas masuk suria.
sementara tggu q, kami pon pilih-pilih la
which flavour nak beli.

kalau dalam paper beg ceklat tu,
itu for gourmet popcorn.
dan kalau dalam paper beg belang biru plak,
itu for caramel crisp semata.
kaktin amik the chicago mix 3bgks (small).
bersamaan RM16 each.
maya plak amik caramelcrisp cashew = RM19 sbgks (small).
sedap tu mmglah sedap tak terperi.
tapi lelama makan muak kot.
caramel dia melampau.
rangup dan manis sekali.



:: tips : utk rasa popcorn garrett sebenar sila amik perisa caramel crisp sahaja ::



:: ini box for 1 gallon and 2 gallon ::
:: cantiks. rega dia pon lawa. hiks ::



:: sengih tak boleh blah ::

settled kat popcorn.
ternampak macaroon plak.
pakat-pakat teringin nak rasa.
dah alang-alang jumpa, zass jerlah.
mampos seketul natang bulat ni = RM3.90.
kalau kali 4, korang kiralah sendiri yer.




:: yg kaler putih tu perisa hazelnut = sedapppsss ::

termenyinggah pulak cold-storage.
cari lunch.
beli salad jer. campow 3 jenis.
salad buah, kentang n coleslaw.
balik bedal kat opis.



keta kaktin takder ekon uolls.
balik dari klcc tempuh jem. hazzabbb.
pastu peluh pon menitik tap...tap...tap...
nangisssss.....



muka serius giler driving.
muahahahhaa....

November 17, 2011

Sukan SEA 26 : Malaysia vs Indonesia

indonesia tewas 1 - 0 kepada malaysia.
gol malaysia di jaringkan oleh syahrul azwari pada minit-17.
dan malaysia berjaya menjadi peneraju kumpulan a
dalam saingan sukan sea pada tahun ini.
syabas harimau kerana menewaskan sang garuda.

Bergambar-mesra dgn Lann A to Z

wahahaha. sila jangan muntah dengan tajuk kaktin yer.
dan sorry en.lann pasai guna nama en.lann di tajuk entry saya ini.

di opis kaktin ada anjurkan acara sempena bulan bahasa kebangsaan.
antaranya ialah sessi mendeklamasikan sajak dan teater.
asalanya kaktin tak amik tau pon,
memandangkan acara dijalankan di bangunan sasana sana.
tapi, melihatkan admin lann sudah pos status mengatakan beliau
akan berada di SK sempena menjayakan acara itu
kaktin pon apalaga berjanji-setia dengan maya mau ke sana.

sesampai jer kami di tempat kejadian.
kaktin pon on roaming device cari muka lann.
hampa. takdok.
ishk, mananya. walhal kaktin mmg sampai situ dah agak lewat pon.
fine. takper. kita fokus pada puisi pekin dulu.
boleh tahan eh muka mamat ni.
rupanya dia lah pelakon al-hijab masa scene pertama.
giler terkesan kaktin dgn scene tu.
takut nak terpengsan.


:: kaktin, en.lann and en.shahrin ::



:: sedondon plak kami yer ;p ::

ok berbalik pada citer asal kita.
tggu-punya-tggu akhirnya sampai jua en.lann.
kaktin pon, terus bertukar tempat duduk.
duduk bebetul sebelah beliau.
uuuiiii sapa tak suka wei.
artis feveret ni, masa zaman remaja.
pastilah rasa bertuah juga.
lagian suara beliau masih seperti dulu.
lemak merdu.
dia perform lagu DARJAT.
lagi double suka.


:: kelakar kehkehkeh ::



:: DARJAT ::

baguslah artis mcm lann nih.
tak sombong. dia juga suka bermesra dengan peminat di fb.
pastu, dia ada rasa tanggungjawab nak 'recognize' penyokong dia.
kalau macam ni lah semua artis kat malaysia kan,
pasti boleh ngetop sampai bila-bila.
peace!

kaktin takleh lama-lama kat sini.
pas abis jer lann perform, terus kaktin cabot.
nak kena gegas sampai kat court mau standby
sebagai pemain simpanan volleybal MITeam.
hikhikhik.
kami dapat second place yer.
yeayyy....nnt kaktin citer apa hadiahnya.
tahniah semua yg terlibat.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NORAZLAN AZIZ vs SITI NUR AIN

Kasut Baru KakTin dari Payless ShoeSource, Sunway Pyramid

pada dasarnya, kaktin berminat dgn satu wedges di sini.
tapi bila kaktin repeat visit, terbeli pattern lain pulok.

high heels ceklat.
dibeli sempena mau berdinner di convention centre.
ek eh, convention centre pon berlokasi di sini.
ahaa ni la citer di siang hari sebelum ber dinner di malam hari itu.
tergedik-gedik nak jugak beli kasut baru.


 *pic kodai kredit di SINI ---- boleh klik kalau mau tau details pasal ini kodai 

kasut kaktin di design oleh christian siriano.
dan pada pandangan mata kaktin ia sgtlah cantik.
kalau tak cantik di mata korang, kaktin takleh nak paksalah yer.


nah amik kau.
pic segedang-gedang alam.



dan ini dia, first time kasut itu digayakan di malam pesona tradisional kontemporari.
dan jangan korang tanya tema bajuku itu yer.
itu tema asal boleh.
layansszzz.....

November 16, 2011

Nuffnang vs Buffered Earnings

aik. tetiba cek acc kat nuffnang japni,
ada 3 BE.
mesti kena keje kuek.
update...update...update.

adoiiyaii. kalaulah income nuffnang mencanak kan best.
berangan la ko kaktin.
blog ko pon asek bersawang jer.
ada ati nak income nuffnang mencanak kan.

yerla, eden torai la neh.
zassss......


:: posen-posen jer pon. sobsss ::



November 15, 2011

Atlit Memanah OKU No. 1 Dunia Meninggal Dunia

terkejut dapat panggilan kakros tadi.
menangis-nangis bagitau Salam dah takder.
aku pon terkejut jugak.
terus aku google pasal dia di internet.
wah, rupanya dia terpilih untuk ke London
dalam Sukan Paralimpik tahun depan.

semoga dia tenang dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
Al-Fatihah.



:: Muhamad Salam Sidek ::


November 13, 2011

Tak Faham

supposedly, malam ni kaktin attend annual dinner.
tapi tah cemana, undangan dari pihak pengurusan datang mengatakan
kaktin kena attend dinner tersebut pada malam pertama.
so, kaktin attended dahla smlm.
bertempat di sunway convention centre.


kaktin tak pasti, adakah kaktin yg salah tanda
atau pihak pengurusan yg salah key-in dlm sistem.
abis berterabur perancangan yg sudah dibuat selama bbrp minggu.

tapi, nak kata apa lagi.
dinner dah selamat pon kaktin join.
yg penting pengacara majlis si boboi afdlin sgt kelakar.
tergeletek isi perut kaktin.


penyanyi jemputan plak faizal tahir.
dia tak paham, kenapa para hadirin sgt bersopan santun.
walhal, dia mengharapkan (mungkinlah) crowd yg
memenuhi stage ketika dia menyanyi.
semua seperti tak semangat dan stay put di tempat memasing.
termasuk kaktin.
adakah kerana governor tidak mengumumkan sebrg bonus?
juga tidak mengumumkan sebarang berita yg boleh menggembirakan semua?
jadinya semua pon tak semangat. gitu? entah.
mungkin...mungkin...mungkin.

pada siang harinya, kaktin visit pyramid.
cari sesuatu nak dipakai.
ada jer baju kurung yg belum dipakai lam lemari.
tapi tahlah, tak rasa nak pakai baju kurung kot.
lain yg dicari, lain yg kaktin dapat.
di pyramid, kaktin dpt sepasang kasut ceklat.
pastu terus kuar meninggalkan pyramid menuju ke amcorp mall.

knowing amcorp mall yg penuh dgn kedai baju tradisional.
kata pon tema dinner adalah 'pesona tradisional kontemporari'.
terjebak membeli baju di butik DIVA iaitu sejenis butik menjual bebaju bertema bollywood.
dah berkenan tu zasss jerlah.

gambar kaktin tk dpt nak disiarkan kerana kaktin sgt tidak semenggah.
tgklah, kalau ada gambar kaktin dari kamera paparazzi lain yg semenggah,
kaktin tepek sini yo ;p

November 08, 2011

Hidangan Istimewa di Pagi AidilAdha

tah apa mimpi en.nahar,
malam raya tu dia beli brg-brg memasak.
tapi idokla dia yg nak memasak yer,
pastilah kaktin jua.

kekiranya bebahan tu mcm program masterchef kat tv.
ewah, kaktin baru pestaim tgk citer tu tetiba feel-feel peserta kan.
dia nak kaktin masak sweet n sour siakap mcm mak kaktin buat.
gulp. cabaran...cabaran.

so sesudah subuh bangun siap-siap kuarkan ikan dari esbok.
pas iron baju melayu en.nahar dia pon ke masjid menunaikan solat sunat.
kaktin pon bertungkus-lumus di dapur.
ingat! dalam masa satu jam mesti setel.
hey, kau ingat ini apa? kot yer pon jgnla sampai centu sekali.
hihihihi ok ok lupakan kisah masterchef tu yer.

pas siang ikan siakap, basuh sayur-mayur plak.
kaktin paling suka ada lada benggala aka capsicum itu.
kalau makan pizza, mesti itu yg kaktin kutip makan.




taraaaa inilah hasilnya.
siakap sweet n sour resipi ibunda aka cikgusalmah.
alhamdulillah rasanya tidak menghampakan.



kasi close-up sikit.
yang paling penting en.nahar makan nasi
lalu menghabiskan kesemuanya sekali di pagi yg hening itu.
sekian.

November 07, 2011

Seven Eleven equals to 10 terrific years. Apa yang Aku Dapat?

7 sebelas 2001.
kaktin join bank.
arini 7 sebelas 2011 = 10 tahun sudah.
mcm kejap jer masa berlalu.
10 tahun yg penuh dgn macam-macam.
bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yg dilimpahinya.

apa yg kaktin dapat?
kaktin dapat en.nahar, kaktin dapat 4 angels,
sahabat dan alhamduilillah rezeki kesihatan yg baik.

rezeki anak-anak la tu.
semoga dapat bertemu lagi 10 tahun dan seterusnya. Amin.

cuti tahunan bertambah.
hadiah emas lagi dan lagi dan lagi. heh.

November 05, 2011

SALAM AIDILADHA : Akibat Check-in di FB, tak memasal kena anto lemang :)

assalammualaikum.
salam aidiladha semorang.
kaktin tak balik kampung atas sebab-sebab peribadi.
makanya beraya di kotaraya saja.

petang tadi, tetengah dok browse FB
ternampak en.ghaz check-in kat taman dato' harun.
beli lemang katanya.
terus kaktin minta dia sebatang.
tak memasal kan. kena cari plak rumah kaktin.
ala, kalau ikutkan TDH dgn umah kaktin dokek jer.
cuma en.ghaz jer yg tak biasa.
kalau dah rezeki tu kan, cemana susah pon
pasti dapat punya.

sehingga entry ni ditaip,
kaktin sedang kenyang lahap lemang + rendang daging
hasil belian en.ghaz. burrppp....
TAKBIR!



:: pos-pos dengan keta baru beliau ::



:: en.ghaz dan en.ikhwan. THANKYOU! ::



:: lemang dan rendang panas-panas. nyummmm ::

November 04, 2011

November 02, 2011

Prektis Volleyball Sampai Lebam

nak dijadikan citer, kaktin tersenarai
dalam sepuluh pemain wanita dmiteam.
so, perlawanan pertama menentang dmrak pada isnin lepas.

gigih la beli kasut sukan baru, trackbottom baru dan
paling tergigih ialah membeli bolatampar baru.
best ooo volleyball.
pasal ko ada objek nak di hentam.
kiranya kalau ko geramkan sesapa,
ko anggap jer bola tu dia n ko pukul lelaju.
tapi kena bajet gak, jgn sampai kuar gelanggang.
nnt pihak lawan dpt poin. gitu.

berbalik pada kisah perlawanan pertama tadi.
dah boleh agak pon, akan memanaskan bangku simpanan jer.
tapi kalau soh main pon takmo kot.
takuiittt player dmrak haibat-haibat.
serve semua jenis overhead yg sipi jer dari net tu.
dan pastilah kelajuan bola tersebut tak terjangkau
oleh kaktin yg dah berbelas tahun tinggal arena pertamparan.



sesampai di gym bertemankan adiktirigugurl terus la warming up.
pics pon kredit to her. tolong snapkan. tq darling.
stretching lebih kurang pastu berlari satu court.
pastu prektis serve, pasal servis kaktin masih ke laut. heh.



pastu, kapten pasukan panggil kasi briefing sikit.
kira ramai gakla player dmiteam pasal ada reserve.
dmrak player cukup-cukup jer.
tapi terbaek-terbaek!
eh, dmiteam pon hebat wei.
semua main jenis passing 3.
pastu setting, n spike.
pastilah i kenot uolls.
katapon badan dah berat nak lompat gimanalah.
#alasan.

:: kami hebat sebagai penyokong. go MI go! ::



sudahnya, lebam yg aku dpt.
ni kes pektis servis jer pon.
kekekeke padan muko.
next match ari jumaat ni.
lawan dnsy plak.
good luck dmiteam!

heart my community