Followers

July 31, 2011

Budak ASMA Memang Over!

Yer yer tidak dinafikan kami bekas budak n
Budak-budak ASMA memang over.
Tak abis -abis lagi kaktin nak citer
pasal SAS Band ni.

Apa itu SAS Band?
It is stands for Sultanah Asma School Band.
Kan bebaru ni kaktin pegi sorak untuk NatComp.
Dan tak sesia SASBand juara.

Sambung plak kat Stadium Bolasepak Cheras dalam
World Championship Marching Show Bands 2011.
Sekali lagi pengorbanan kaktin n my fren Erma meredah
Kelompo memalam buta berbaloi.

SASBand dinobatkan sebagai juara Dunia.
Dengan merangkul gold - honours = 94.1 points,
Best music award, best performance and
World championship sekaligus menewaskan
14 pasukan lain termasuk dari Thailand, Indonesia,
Taiwan, Rep Chec, China dan bbrp pasukan/sekolah
tempatan.

Kami bekas pelajar dan pelajar-pelajar SAS sgt
Berbangga dengan kejayaan ini.
Semoga dengan pancaragam jugalah dapat
meneruskan ikatan persahabatan sesama ASMArian
tak kira dimana kita berada.

Proud to be ASMArian!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Aktiviti Pagi Ahad, Sehari Sebelum Ramadhan

alkisah, masa balik kedah itu ari
ada tapaukan seplastik ikan bilis.
ikan bilis terbaek dari langkawi.
tapi yg belum kopeks lah.
aiyaarrkk dah dekat sebulan lebih lam peti ais.
so, pepagi ni dgn tekad dan azam
mau kasi kopek kasi abis.



di pertengahan kopekan,
keloi la anak-anak daraku kasi dtg tolong.
mau juga diorg bersimpuh lalu bertanya itu ini.
cemana mau kopek, mana nak letak.
apa yg nak diambil.
walaupun mata  tu kejap-kejap tgk tv.



dan yang pasti sekejapan siap sudah satu plastik ikan bilis
dikopek dan bersedia untuk digoreng.
menu bulan posa ikan bilis hari-hari pon sodapppp.

July 24, 2011

Sedih Lah!

kenaper eh?
kenaper?
kenaper bloggers skang suka nak gaduh.
*gaduh dalam ertikata lain membagi-sesama-sendiri*
dah tu plak kkwn rapat aku lak tu.
penat. letih. serik kot. haisshhhh....

ya Allah tolong lah. tolonglah aku ya Allah.
bnyk benda nak luah kat sini.
tapi aku kena jaga hati bnyk pihak.
semuaaaa pon kkwn aku.
cuma satu jer harapan aku skang ni,
dunia blogging, bukanlah segala-galanya.
tak payahlah kita nak beria sgt wahai adik-adik,
kakak-kakak, abang-abang. uhuks :(

July 23, 2011

Senario The Movie : Ops Pocot - Hampessss

balik dari dating dgn en.nahar, lepak-lepak jap.
cukup time, kuar plak p amik anak-anak.
kaktin nak pi tgk wayang, en.nahar takmo.
standardla dia.
sudahnya bawak jer 3 org, as usual fatihah en.nahar jaga. heh.

sampai pyramid terus dpt parking. fuh. syukur.
terus terjah kaunter tiket @tgv.
mulanya nak tgk mr poppers penguin,
tapi show lambat sgt.
senario nyer show just on time.
lucky me boleh guna voucher birthday from nuffnang.
walaupun filem ni baru jer lagi rilisnya.

citer tak boleh blah oooiiii.
aku gelak pasai aku dgr ada budak laki bakang aku dok gelak.
nnt kang apa jadah tgk citer kelakar tapi tak gelak.
dok tggu jer, bila laaaa nak abis.
budak-budak dah menggelinjat nk ke jamban.
haisshhh potong btul la.

pusing-pusing dlm pyramid.
apa pun tak dpt.
cuma dpt 3 bgks biskut marks n spencer jer.
ada offer. tu pon 3 bgks = RM30. heh.
dah sedap, zasss jerlah.
nak makan, tapi semua tpt memenuh.
pizza penuh, kfc penuh, mekdi penuh.
sudahnya balik makan kfc berhampiran rumah jer.
sekian.


:: sinyooommm ::


Pagi Sabtu saya

Pada awalnya diarahkan ke pejabat.
Sudahnya dapat arahan tak payah.
Fine. Anak- anak dah selamat di nursery.
Makanya aku berduet dgn en.nahar.
Jalan-jalan merempit cari makan.





Setel kat kedai mamak.
Kami ke giant kejap.





Itu ajerlah kisah pagi Sabtu saya.
Amacam? Best tak hihihi

- Posted using BlogPress from my iPad

July 20, 2011

Maxis Blackberry Playbook Exclusive Bloggers' Workshop

ini entry takder kena mengena dengan kaktin.
entry ni sekadar nak share-share dengan korang.
pada sesapa yg rasa miss this event,
and nak tau apa itu blackberry playbook
korang leh klik-klik kat SINI.

ini mamat sudah bolos itu workshop ooo.
dpt banyak goodies n free trial itu blackberry playbook
secara LIVE!!!
kaktin sgt menjeles oooo.

apa lagi, klik SINI yer :))

July 18, 2011

Malaysia National Band Competition 2011 - SMK Sultanah Asma JUARA!


Tahniah.
berbaloi sungguh kaktin pi stadium smlm.
semata-mata nak tgk event ni.
dahla SAS perform last sekali.

Best Performance! Best Percussion! and Champion!
yeayyy semua tu SAS bolot.
tahniah. tahniah. tahniah.
saya sangat berbangga menjadi warga ASMARIAN!
weeehoooo!!!


layansszzzz....


July 16, 2011

Ehemmm

Test. Test.
Peace!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Flat 3A - Seram Melampau!


:: sayalah penerbit filem ini ::

dok tak dok, pepagi alam zasss pi klang.
kakros beli tiket online.
dok meroyan kat status dia nak tgk citer nih.
nak tak nak layankan jerla.

adala beberapa ketul org lam panggung
katapon show pertama kul 11am.
kami p tolong bukak pintu panggung.

cerita ni mmg dah tau, cerita seram.
tapi tak plak xpac seram yg melampau.
walaupun ada here n there ke-tidak-ada-logikanya.
tapi, melethoppps.

every scene penuh dgn adegan saspens.
tapi knowing me yg tgk citer hantu pon gelak,
kaktin menten gelak. muahhahhaha.
ending cerita mmg tak sangkalah begitu.
korang, kalau rasa nak pi tgk n layan citer seram.
dipersilakan tengok citer ni yer :)


:: girls power! ::


July 13, 2011

Top Dad's Cleaning Service

chop chop.
ini bukan entry nak promote perkhidmatan cuci-cuci.
syana, akak tak tipon-tipon awak sampai sudah kan.
bukan apa, en.suami akak @ en.nahar bersungguh²
menolak permintaan akak yg satu ini.
permintaan untuk mengambil servis cuci-cuci
rumah 3jam untuk RM50.

semalam akak hi-lite lagi sekali.
akak kata ke dia, 3hrs for RM50 jer pon bang oooiii.
dia diam apa tak kata.
tetiba dia bangun dari ngadap pc.
masuk bilik air.
tuang sabun lam baldi, rejam-rejam mop.
pastu terus dia mop satu rumah, sental 2-2 bilik air.
setel kerja-kerja tu sumer dia sound akak.
"siap. bak mai RM50".

huhuhuhu. sampai mcm tu sekali.
akak pasrah. akak pasrah.

July 09, 2011

Aku Tau Kau Penat, Tapi Agak-agak La!

arini sabtu.
seharian siang dok umah jer.
tetiba malam, rasa nak keluar.
nak tgk wayang n nak guna voucher yg nuffnang kasi tu.
so ke pyramid la kita.
aku, sarah, aaliyah n najihah saja.
fatihah di rumah. apaknya jaga.

sampai pyramid, kaunter tgv melaut org.
sampai giliran kaktin, ada 3 seat kosong.
nak tgk transformers : 3D.
tu pon seat dia scattered merata-rata.
mana boleh. sapa nak tgkkan anak-anak kaktin neh.
so, ke A&W la kita. minum-minum float
memandangkan baru pas makan nasi kat rumah.

setel makan, jenjalan.
terrrrmasuk jusco. nak beli toiletteries sikit.
sampai turn nak bayar, dah pasan dah.
cashier tu mcm muka memasam melayan pak arab sebelum kaktin.
pastu, si najihah ni plak aktif terlampau.
dia pi tinjau petty cash minah tu.
apa lagi, minah tu tolak bahu dia.
macam kan budak tu nak curi duit dalam pettycash tu.
uish, panas...panas.
kaktin jeling jer minah tu. hey! anak aku tu baru 5 tahun.
ada potensi ker nak cilok duit kau ha!
geram...geram. kaktin capai bbrg kasi jelingan ke dia sedas.
tarak sekolah punya budak. huh.

July 08, 2011

CONTEST : Di Mana Saya Jumpa Jodoh Saya?

kuehbakar sedang adakan contest.
hadiah lumayan, siap dia nak bukukan lagi kisah yg best.
jomlah kita try ramai-ramai sengihnampakgigi.

ENTRY 1 : NAHARTINI - cemana berkenalan?

1hb May 1999. tarikh ni telah membawa aku bertemu seseorg yg amat bermakna dalam idup aku. sapa lagi. en.nahar lalove. pada tarikh tersebut, aku bersama 3 lagi rakan (kakija, ayu n noor) telah menghadiri jemputan perkahwinan member se praktikal di Motorola, seremban. (skang dah jadi ONN semiconductor). kenduri berlangsung di Mantin, N9. member yg dimaksudkan tu bernama mohd. nazrin osman.

berbalik pada citer aku n en.nahar. habis jer kenduri kami berempat pun nak balik la ke umah sewa. masa ni, kami di semester 2, di Fakulti Bahasa Moden, UPM. umah sewa kami masa tu di serdang raya, seri kembangan. masa dlm keta otw, just nak kuar exit serdang, kami yg masa tu adalah anak² dara yg tgh menggewdiks (kecuali sorang si noor dah kawin) sudah notis, satu wira putih yg dipenuhi dgn jejaka² muda belia. hmmm, kalau dah uda bertemu dara kan, what did u expect? harusla pasaan darah muda mula bergelora (wakakaka aiyok, ayat tak boleh blah)gatai.

kejap² wira tu potong keta kami. kejap² wira tu slow, kami plak potong keta tu. aik, melawan nampak. tup tup aku sudah dpt satu idea, aku angkat henpon nokia bagak kepunyaan member aku kakija selaku driver pada hari kejadian (yg masa tu tgh famous dgn line 017-ADAM). sambil kereta bersaing² atas hi-way PLUS tu, aku mula memberi nombor hp tersebut. dgn hanya mengangkat isyarat jaripeace jer harusla sumer² jejaka dlm wira itu memberi perhatian. takmo miss satu nombor pungelakguling.

dan, elok jer keta kami membelok kuar dari hi-way (exit UPM), hp tersebut sudah berbunyi......jelir

ENTRY 2 : NAHARTINI - detik perkenalan dan perjumpaan

dup dap dup dap jantung bila tgk ke skrin hp tu. no tidak dikenali. sah mesti no diorg nyerla. oleh kerana tuan punya hp masih driving, aku ler yg jawab bagi pihak kan. memula yg berckp di sana adalah member dia. mesran jaworld. dah layan sembang ngan mesran seround, tup tup dok dgr ada org sibuk nak berckp gak kat blakang (en.nahar latu). mesran pun kata la kat aku ni ada member dia nak ckp ngan budak yg dok depan, sebelah driver. hah hoh, sapa lagi. aku la tu.

so, aku pun berdebo²love la pasal ada special request nk berckp ngan aku kan *gewdixsss*. aku pun ckp la. aku dah tak ingat la bijik butir perbualan kami. yg aku tau, dia kata nanti dia balik umah dia call semula hp nih. (mesti tuan punya hp sudah kasi jelingan maut la kot). masa tu sapa ada hp kira hebat la. aku masa tu takder hp. samala en.nahar pun takder. yerla, bayangkanla member aku ada hp tu pun. hp bapaknyer beso. dahla beso, berat plak tu. adik sikit pada bata buat umah tu. wakakakak ampun kakija, kalau takder hp hang aku pun takleh kenai ngan nahar kan.

petang tu, tgh layan tv hp kakija pun menjeritla. en.nahar call dari fixline umah sewa dia kat pandan indah. sembang punya sembang dia ajak jumpa. aku tanpa rasa bersalah kasi jer address umah aku kat serdang raya tu. masa tu aku pk. ala, takat mana sgt dia leh cari umah sewa aku nih. kalau tak bebetul mmg takkan jumpa nyer.

upernyer tanggapan aku silap. dalam kul 6pm centu, hp kakija menjerit lagi. en.nahar call dari public phone berdekatan. dia kata dia dah jumpa umah yg ada keta kami naik tadi apasal tak kuar. nangih huwaaaa...cemana plak dia leh jumpa umah nih. takoooottt gigitjari. tula, masa buat tak pk kan. dah org tu dtg mula la takut nak jumpa. setelah kena paksa ngan ayu n kakija, aku pun kuar gakla jumpa dia. dating pertama la kira tusengihnampakgigi.


p/s ayu n noor kata, masa tu muka en.nahar macam wahid senario, dan kebetulan member opis dia pun mmg gelar dia nahario...gelakguling

fikir errmmm...amacam??
ada serupa wahid senario ker??



Aku Dalam Dilema : Perlukah Ku Buang Saja?

saya sangat memerlukan pendapatan kkwn.
lately nih, saya gemar memakai kemeja dan berseluar ke office.
adala sikit koleksi kemeja saya dari raoul dan cuffz.
tapi, masalahnya kolar baju kemeja-kemeja itu kkdg
menjadikan teknik pemakaian tudung saya menjadi huru-hara.
perlukah ku buang saja kolar-kolar itu?

tapi masih dalam dilema kerana mengambil kira faktor sayang
akan kemeja-kemeja berkenaan. uhuks.



emosi...emosi....HELP!

July 06, 2011

CUFFZ Megasale 2011



motip sangat.
dah la berjaman tak update, tetiba update citer pasal sale.
so, pada sesapa yg berminat moh ler kita memeriahkan
preview sale CUFFZ ni yer. jom jom :)

heart my community