Followers

December 22, 2010

19 Dis 2010 - Arwah Hafiz Dalam Kenangan...Al-Fatihah


benda dah jadi.
nak boleh kata apa lagi.
kena redha dan pasrah jerla.
yes, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
walau apa dan siapa pun kita,
memang tak dapat menolak ketentuan Ilahi.
Al-fatihah semoga engkau tenang di sana.
AMIN.


December 21, 2010

Beg Backpack cap Samsonite :)

sejak kaktin ada netbook, agak jarang la kaktin bawak ia bersama.
pertama-tama pasal ia takder beg yg sesuai untuk menjadi
perantaraan kesenangan kaktin nak usung.
so, sejak dari itu kaktin simpan niat mau grab satu
beg netbook provided ia adalah backpack.

chop nak tanya, kalau beg yg jenis sandang belakang
org panggil backpack saja ker atau beg backpack?
kiranya term backpack itu saja dah merujuk kepada
beg sandang belakang, gitu?
errrmmm....pada kaktin lah, kaktin senang menggunakan
term beg backpack. pada pemahaman korang lak?




ok, berbalik pada citer beg backpack ni ha.
kaktin penah tawaf aeon bukit tinggi nk cari beg
yg memenuhi kriteria.
tapi, katanya kalau netbook 10" tu biasanya
takder backpack. selalunya jenis hand-carry.
alaaa takmo, takmo kaktin nk yg sandang bakang gak.
tapi tula, takder.

sabtu lepas, jalan-jalan dating ngan en.nahar kat midV.
nak tgk wayang citer hantu kaklimah.
memandangkan waktu tayangan kul 11.30am,
kami masih ada satu jam sblm waktu tayangan
kasi masuk studio R.
en.nahar belek kasut, kaktin belek beg sengihnampakgigi.
kaktin amik masa dlm 15min jer terus kenan.
en.nahar belek kasut makan jam.


:: di persimpangan dilema ::



:: yang ni pun cun ::


las las dia tak jadi beli pasai tak puas ati.
tak cukup masa membelek.
ishk, rugi ooo kaktin nak banjer hehehe.
dia dpt satu topi puma ferrari jer.
ada discount 30%.
itu pun kami mcm tertipu gak.
papan tanda tulis up to 40%.
kami nmpk yg 40% tu jer.
rupanya tak, 30% jer. ishk ishk ishk.
taktik meniaga katanya.


:: kaktin nyer love ::

so, lepas ni takder alasan la takleh usung netbook eh kaktin.
usung jangan tak usung.


Suka Duka 19 Disember...

19 Dis 2007 - ayah mertuaku kembali ke rahmatullah...
19 Dis 2008 - baby adlan dilahirkan...
19 Dis 2009 - shaheir diijabkabulkan...
19 Dis 2010 - hafiz kembali ke rahmatullah...

suka duka kehidupan....

December 18, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah...bako bako!


:: sekadar gambar hiasan ::

first time dalam 5-6 tahun kami bergelar suami isteri
*kalau tak silap la* en.nahar mau ikut aku tgk wayang.
uuuiii harus excited ooooo.
aku sajes nak tgk filem di atas.
dia tak banyak bunyi.
so, tadi pagi kami dating berdua gi midV.
anak-anak anto neseri japs.

nasib baik sungguh, kami awal.
amik breakfast kat mcD.
kaktin amik hotcakes. nyum..nyum...
en.nahar makan set filet.
sesudah makan terus terjah gsc mau q.
setel dpt tiket sekitar jam 10.30am.
show kul 11.30am so masih ada sejam ronda-ronda.
itu yg terjebak beli beg di studio R.

kelakar wei citer nih.
mmg gelak sesado.
tapi yg tak boleh blah, ada budak jantan sebelah
kaktin asiiikkk la dok jadi narrator tak bertauliah.
kau kenapa?? taula ko dah tgk sekali.
tapi perlu ker kali kedua tengok mulut kau tak berenti
bercerita lepas ni gini, lepas tu gitu.
aiyoooo first time ooo tgk wayang naik hantootension!
selalu dok baca blog org, org lain jer yg ada masalah
dengan patron lain, kali ni giliran kaktin lak. ishk...

pada mulanya kaktin agak berbelah bagi
mau nonton ini filem.
pasal, katanya ada sing-kro-nai-sesyen dengan
filem zombie kg. pisang dan man laksa.
aiyooo both citer di atas kaktin mmg kenot go!
tapi, citer ini hantu kak limah balik rumah ken go ken go...heeeee
moh ler kita pi tengok filem ni wei!
kita bako! bako! kita bako jer....
itulah dulu tak amik english education...
hahahaha mampos kelakar!

December 12, 2010

Siapa Ramzul?

hah siapa ramzul?
tula, memula aku pun tak pasti.
siapakah ramzul yg hebat diperkatakan semasa
pertandingan akhir bolasepak piala emas raja-raja smlm.
boleh dikatakan setiap ayat pengulas, pasti terselit nama beliau.
oooo rupanya beliau striker pasukan Kelantan.

makanya kaktin pun gigih la nak tengok rupaparas dia.
oooo patutla. hensemsengihnampakgigi.
tapi memang bingit gakla tinger.
kenapa eh, asal star jer mesti hensem?
ok berbalik pada siapa ramzul nih.
asik asik ramzul. asik asik ramzul.
masakelahnya, kot yer star naper tak sumbat gol
pun sehinggalah beliau dikeluarkan pada
minit berapa tah tak ingat.
tupun, pengulas masih memetik² nama beliau.
boleh tak, lengkali pengulas be fair to everybody.
petikla nama pemain yang lain sama.
sentappp ooo kalau diorg tau nama diorg tak disebut.
walhal main sama-sama penat. *ok emosi*

keputusan perlawanan Kelantan vs Kedah =
4 - 3 alaa tendangan penalti pun.
takderla gah nar. hahaha kaktin sakit ati senarnya.
90min pertama seri 0 - 0, tambahan masa 30min pun
masih 0 - 0. Kedah kalau sepak penalti memang BALAQ!
huhuhuhu....



:: muhammad ramzul zahini adenan ::
*ehsan dari fb beliau kenyit*


heart my community