Followers

October 28, 2012

2, Berjaya dipatahkan

2 longgar, godek2 kasi patah.
Dan inilah hasilnya :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 11, 2012

H.U.J.A.N

Alhamdulillah.
Hujan lebat.
Hujan rahmat.
Menjalankan rutin biasa
sebagai hamba-Nya, seorang isteri jua ibu kepada anak-anakku.
Putaran roda.
Sempurna.
Syukur.
Alhamdulillah.

p/s : bertabahlah. hujan membawa rahmat. silalah bersyukur :)

Audition bersama Cikgu Shafi

smlm. kaktin terjoin audition.
audition koir bank.
sempena pertandingan koir next month.

pada hari membaca advert kat kijang, takder la rasa apa pon.
sekadar mengimbau kenangan penah join koir poliPD.
mulanya ber koir sempena perhimpunan umno.
pastu melarut-larut masuk pertandingan koir perpaduan peringkat negeri sembilan.
pastu, kami menang ada placing lah.
top 3. tetiba, puan hafizah yang handle koir ni berpindah mengajar ke poli lain.
makanya pasukan koir poliPD pon terkubur.

ada 26 org yg turned-up for the audition.
nak pilih 25 - 30 org, makanya nak tak nak cikgu shafi kena amik gakla semua.
tapi don't worry, i've decided not to proceed due to many other commitments.
takutlah, dah beria masuk tetiba takleh commit kan.
so, better bagi laluan dekat org lain.
tu sebab, masa kena nyanyi sorang-sorang atas stage kaktin
nyanyi 2 baris terakhir jer, lagu alyah tajuk apa tah lagu dia yg glam
awal-awal tu. tu pon, masa pilih lagu ni boleh tak ingat tajuk.
cikgu shafi juga yang bagitau tajuk lagu dan melody. hiks.
tu poooonnn ada hati nak join koir bank. kah!
apa pon, matlamat bergambar dengan cikgu shafi telah menjadi kenyataan.


ok dah. bai.





October 10, 2012

Mencari Erti Sebenar Kehidupan di Lane Boling ;p

last sunday. dipilih secara terpaksa mewakili rumah sukan dalam acara boling.
oh ya, kalau sesapa friend dgn kaktin kat fb pasti boleh tgk pic profile kaktin.
yes. kijang is my rumah sukan.
i love kijang very much #tetiba.
so, demi rumah sukanku makanya kaktin pon OK la to participate.

elok plak anak-anak kakros angkut balik rumah dia.
demi memalas drive, kaktin paksa en.nahar anto naik motor ke sana.
bertempat di sunway megalane, pyramid.
tepat pukul 2.30pm, acara pon dimulakan.
ala, dah nama pon pemain amatur nak plak kena main sampai 5 games
kaktin takmo la beria takut pancit.
dah la masa training minggu sebelumnya main 3 games dah letih cam apa jer.
makanya, kaktin main lite-lite sudah.

kaktin bertrio dgn sabrina n elena.
antara kami bertiga, elena lebih menonjol.
kaktin n sabrina sedang-sedang aja. hiks.
markah kaktin sepanjang 5 games konsisten.
seratus belas-belas. as for me, sokay jer.
markah org lain takyah la bagitau yer.
pasal ini blog kaktin, perlu ker nak jaja markah org lain. tak sesuai.

katapon bidan terjun kan, dah main + main sungguh-sungguh
ikut kemampuan diri itu sudah memadai.
dah kalau team kau mmg hebat kan, player kedaung main pon
ujung-ujung juara gak nak wat caner yer dok.
jangan salahkan takdir. salahkan diri sendiri.
hik hik hik.
yer, kijang juara keseluruhan.
mmg tak sangkalah.
oleh kerana, dah jadi juara makanya mesti dpt hadiah kan.
jom usha ganjaran yg diterima bila dah jadi pemain dan JUARA! yeeehaaaa...

 :: abaikan bontot mak yg lebau itu ::

 :: pom-pom girl kijang. hiks ::


:: elaun RM15. alhamdulillah ::

:: grand prize. syukur ::

apa-apa pon, mmg happy, syukur segala-gala lah.
kerjasama semorang akhirnya berbaloi.
go! go! KIJANG!





October 09, 2012

Lawak Ke Der 2 ?

ramai bagi review Lawak Ke Der 2 lagi kelakar dari Lawak Ke Der ?
kelakar gelak sampai terburai isiperut. katanyalah.
ye ker? bila nak kuar kat astro mustika neh?
tak sabau.

p/s : lagi kelakar siri neverending yang aku tgh follow skang ni. kah!




heart my community