Followers

June 29, 2012

Akibat Terpengaruh



ini semua rye punya pasai.
baca entry dia. dia bgtau elianto ada sale.
makanya tersinggah di elianto, the mall lalu terbeli.
memandangkan ada offer beli RM50 ke atas, dapat free eye shadow.
tak toghah nak amik kaler apa, pepel pon pepel laaa.
sapa nak eye shadow tu?

 

June 27, 2012

WW : Live Your Life Be Free


:: soar like an eagle ::


June 24, 2012

REDHA?


:: INSYAALLAH  ::

June 23, 2012

Punca Kekalahan Malaysia di tangan Korea


kaktin tak pasan, sambil sokong malaysia tapi pakai tiset korea.
kehkehkeh. tq to double A for this lovely shirt :)

Malaysia 2 : Korea 3

gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Tamil Arasu.
perlawanan kelayakan piala afc 2013.


Sony Vaio Y Series (Silver) untuk Dijual - SOLD!

EDITED : tadi, dapat panggilan dari nombor tak dikenali.
bertanyakan pasal ini vaio.
lupa daaaa. itu vaio sudah selamat di jual.
almost a month pon.
n japni gak, kaktin baru delete itu iklan dari mudah.my.
hehehehe. pasni berkira-kira mau letgo ipad.
sapa mau sila angkat tangan!

setelah ditimbang-tara, difikir, ditelek, dibelek dan sepetak suara pon dicapai.
i wanna let go my notebook.

11.6 inch VAIO Y Series (Silver)

VAIO Y Series (YB) is a mobile PC featuring 11.6-inch high-resolution screen and AMD Dual-Core Processor combined with discrete-class graphics — great for viewing video and playing games. Enjoy your free time or boost your productivity with this handy PC. Styled in Silver for a bright, cool look.
  • AMD Dual-Core E-450 APU with AMD Radeon™ HD 6320 Graphics
  • Genuine Windows® 7 Starter 32-bit
  • 11.6 inch wide (WXGA: 1366x768) TFT colour display (VAIO Display, LED backlight)
  • Compact and light weight: 1.46 kg
  • Isolation keyboard for comfortable typing
  • HDMI Output
kaktin beli ni bulan 8 tahun lepas.
kiranya belum setahun lah.
alasan nak jual adalah kerana,
kaktin tak guna sangat pon.
since kaktin ada 2 ketul ipad n pc kat rumah.
kalau nak online mmg prefer on ipad or pc jer.
makanya ini lappy terdampar sajalah.
the best part, itu dvd player pon masih cantik dlm plastik.
belum bukak-bukak.
condition sgt tip-top.
oh ya, kaktin jua sudah install microsoft office 2007.
sapa beli mmg senang lah. mmg boleh terus guna.


 

:: ini objek yang sebenar ::



KLIK SINI kalau nak tgk lebih jelas image/spec.



:: ini pulak free-gift yg diiring bersama :: 

ada sesapa berminat boleh email ke sarahaaliyah@yahoo.com.
masa kaktin beli tahun lepas harga asal RM1799.
sekarang standard retail price adalah RM1499.
dan harga kaktin nk jual adalah RM1299 (nego).
mari mari beli.



June 15, 2012

June 14, 2012

Hadiah Hari Lahirku :)



dimulakan dengan 2 desserts marvellous ini.
dessert ini datangnya bersama buffet on my birthday itu.
dessert kan manis. so, mari memaniskan diri.



ini ialah pressie dari adik-beradiktiriku yg disayangi.
comel huh? kaktin takmo kek betul. dah tak larat makan.
makanya dapat cuppies-sabun-wangi.
yeayyyy so comels! TQ



pakej bersama kad.
bisa gugur airmata oh membacanya.
 


me love uolls jua.
muahssss ;)



last but not least.
hadiah dari bos lelaki kaktin.
smlm bos pompuan buat seprais potong kek.
hari ini dapat hadiah perfume pulak.
alhamdulillah.
terima kasih semua :)

 

June 13, 2012

13 June itu tarikh saya dilahirkan pada tahun....


terharu. hiba. gembira. perasaan ini semua bercampur-baur.
yer arini harijadi saya.
start dari midnite dah ada yg wish di wall fb saya.
dan kemudian sambung menyambung sampailah ke saat sekarang.
saya sangat hargai ucapan-ucapan kalian semua.
percayalah. hiks.

bermula dengan acara makan-makan adik-beradiktiri.
makan tengahari di lanai kijang.
diorg belanja. ada mini buffet.
tema makanan tak sure.
tapi ada nasi tomato/kari kambing/ayam bla..bla..bla.
pastu ada dessert juga buah-buahan.
maya n payiet kasi kaktin kad dan juga hadiah lagi.
oh! bahagianya ku rasa.
punya orang-orang yg benar-benar hargai kehadiran kita.
me love u both very much :)




balik opis, boss kaktin baru masuk.
ada meeting separuh hari kat luar.
2 meetings back-to-back.
di peluknya kaktin. macam nak nangis oiiii.
dah la sepagi kaktin dah nangis. #eh?
awat kau nangis kaktin. takper abaikan.
pas peluk-peluk wish bagai, kaktin stat keje mcm biasa balik.
mmg tak xpac apa-apa dah.
sekali en.ghaz panggil katanya bos kaktin cari memo.
katanya lagi, memo tu dah lama dia kasi naper tak bg cecepat.
beria dia soh kaktin pi bagi sendiri sama bos kaktin.
serius, mmg tak jangka apa-apa berdebo lagi ada takut kena haruk.
sesampai kat sebelah. SURPRISE! SURPRISE!
huhuhu sekali lagi nak nangis....uhuks.
ghaz jahat!
dah jom layan gegambar.

 :: me with kaklong ::


:: me with my bos kecik yg besaq. hakhakhak ::


:: terima kasih semorang kerana meraikan saya :)) ::

oh ya, tahun ini genaplah usia kaktin yg ke 24 tahun.
alhamdulillah. muahahahaha



June 11, 2012

LadyGhaGha dah Ada Bloglist uollss


seprais seprais.
sekali visit ini blog diva,
sudah ada bloglist di tetepi blognya.
lagi rasa honored bila blog kaktin pon ada.
best best. tapi under tajuk tak boleh blah.
kertew pon kertew lah.
kertew yet gojes sokayyy jer kot.
ok mak berangan.
apa-apa pon, tq yer rai kerana mengiktiraf diriku ini.
dari lubuk hati yang paling dalam. heh. over.

saja printscreen bagi dapat muka bambam yg comel itu.
budak ni kalau dapat kat aku mmg sesia ja kena tokak.
hahahha suka-suka hati ja nak tokak anak org.


June 10, 2012

KRU The Great : 20 Tahun - Suatu Mania


yeahoo.
sudah memiliki album KRU yang satu ini.
bila pi belek kat speedy, rupanya ada 3 cd untuk RM27.90.
so ok la kot kan.
setiap cd consists of 15 songs each.
semua lelagu depa yg ngetop-ngetop la of kos.
meh kaktin list kan meh.
lagu-lagu dalam album ini :

CD 1 :
hanya kau
20/20
generasiku
cherrina
janji tinggal janji
mengerti
inikah ertinya cinta
kru is wild (makin' my stand)
awas (lp mix)
di dalam dilema (latin mix)
untukmu
negatif
malam kita
2
emilia

CD 2 :
i'll be waiting
apa saja
ooh! la! la!
semuanya ok
balada hati
fanatik (feat. indigo & elite)
getaran jiwa (feat. tan sri p. ramlee)
maniamedley
the way we jam
for you
more than forever
jangan lafazkan
penjunjung namaku
luarbiasa
formula

CD 3 :
with u
bidadari
saat kupejamkan mata
impak maksima
sayang
perpisahan terasing
mahaguru
babe
di hatimu
terhangat di pasaran
berenti beres
c'mon lah
bua hal lagi
ya habibati
ganas

hah, amacam?
mari-mari punyai satu cd ini :D


June 06, 2012

WW : Masak dengan Gelagat Manusia



*senyummmm :)) *

 

Sambutan Hari Lahir Berduet

yang sebenar-benarnya, nak sambut birthday si kakak pulak.
sarah nurfarahin mohd nahar yg ke-9.
tapi dah disebabkan order kek choc moist melethop dari SINI,
makanya letak jerlah 2-2 nama jugak pon.
aaliyah on 3rd june, sarah plak on 6th june.
kami potong kek semalam.




serius sedap giler keknya.
kalau rasa nak try, boleh usha blog beliau yg di link kan kat atas.
mulanya kaktin plan nak potong di neseri saja,
tapi pk macam tak best plak.
mesti kaktin takder.
nanti takder gambar.

oh ya, lilin 8 & 9 tu tak dapat nak dinyalakan.
kerana, mengikut kata najihah pasang-pasang n tiup-tiup lilin ni budaya org english.
bila kaktin tanya, who said so?
dia kata cikgu di tadika beliau.
makanya kita takyah nyalakan. yer.
sekadar hiasan gitu.




:: najihah, amar, sarah n aaliyah ::




:: fatihah aka tangteng ::



:: si kembar amar & amira ::

kaktin jemput adik kaktin bersama kembarnya.
adik bongsu kaktin dan jiran kaktin, amin.
walaupon menunya kek itu semata. kehkehkeh.
tak kisahlah. janji semua hepi. dapat potong kek.
nanti bulan 8 ada double celebration lagi.
kita potong n makan kek lagi yer anak-anak :)





June 05, 2012

Sabtu & Ahad yang FULL

cuti sekolah jer pasti akan ada yang tanya.
'eh, tak cuti ker bawa anak jalan'

ya itu soalan standard di musim cuti sekolah.
kaktin mmg takder plan kemana-mana pon.
makanya demi memenuhkan aktiviti cuti sekolah,
kita enjoy weekend jerlah.
jadi ler, dari takdo yer dak.

hari sabtu sekitar jam 10am, sarapan dulu di mamak.
makan nasi lemak dan roti canai.
minum oren jus pepagi. layan.
setel sarapan, gerak ke IKEA.
mau cuba nasib di smaland nyer.
kata pon tempat free kan.
possibility orang meramai pasti tinggi.
nak dijadikan cerita, takder org.
senang la kaktin bolos ke4-4 pranita dalam situ.
sejam, kaktin reronda kosong lam IKEA.
dapat laundry basket, lilin wangi n lilin holder.



abis jer acara di smaland, kami singgah mekdi.
makan ais krim kon sorang satu pastu terus balik rumah.




esoknya ahad, 3 jun birthday aaliyah.
masih mengekalkan sarapan di mamak smlm.
arini semua nekad makan roti canai.
pastu terus zasss ke sogo.
check-in kan diorg kat starz garden tingkat 7 sogo.
itu cashier tak percaya fatihah aka tangteng sudah pon 4 tahun.
yer anak saya sangat kenit.
nak buat cemana, saiz org asia kot. heh.
dalam masa sejam, kaktin pi cari kek.
beli kek sempoi-sempoi jer.
nak potong di rumah n ngap ngap sendiri.
abistu, balik rumah tapau KFC 9 ketul.
tak abis membawa ke dinner.
perut halus kot kami-kami ni.



:: tempatnya boleh tahan ::


 :: tangteng yang melasak, tak padan haluih ::


 :: sudut membaca ::


:: say cheeeseee teng! ::


:: kek black forest strawberry dari four leaves sogo ::

sekian cerita weekend kaktin :)


June 03, 2012

Happy Birthday, Aaliyah



today 3rd june 2012 marks as her 8th birthday anniversary.
my second child in the family.
she is a good girl, not much in talking and a concern sister to her lil sister.
i will always pray for you my dear.

semoga aaliyah membesar menjadi org yang berguna,
tahu menghormati ibu-bapa dan org lain. Amin.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.


June 02, 2012

Pop Phone, bukan K-Pop

2-3 hari lepas ada gak pasan pasai invoice
himpunan sejuta belia yg katanya order artis k-pop
sampai mencecah jutaan belanja di FB.
pastu ada gak diskusi dengan payiet pasal ni.
kaktin kata, alaaa ini baru tgk kos perbelanjaan.
belum tengok kos pendapatan lagi.
gila ke hapa buat event tak untung wei.
sekali, arini terbaca yang kos belanja artis k-pop
tu ada penaja.
tapi takpalah, apa-apa jerlah.
kita toksah mengkelai sudah.
mmg tak nampak apa perlunya artis k-pop tu mai.
bnyk lagi belia seni tanahair yg lebih manis diketengahkan.
tak payah belanja juta-juta ringgit pon.

my main point bukan nak cerita pasal artis k-pop ni.
nak cerita pasai pop phone.
korang penah dengar tak pop phone.

 :: pic hasil google an ::


 :: pic sendiri ;p ::

alkisah, last week berduet dengan teman sekantor ke plaza low yatt.
kaktin dengan plaza ni, mmg tak biasa.
susah nak sampai ooiiii.
kami mai ni pon, memanjat 2 jenis keretapi.
satu lrt tukar erl plak.
teman kaktin ni nak beli wayar extension untuk apple tv nya.
sesudah selesai urusan beli belah di plaza low yatt,
dedua org wajib singgah macstudio.
kat sini la kaktin try test pop phone ni.
macam cool lah.
tapi mahei, makanya kemsalam sat dulu.
nanti-nanti ada bajet kita rembat.
sesudah itu kita makan sushi dulu.


sejak-sejak sogo/themall ketiadaan sushi.
kaktin sangatlah susah mau makan.
mmg takder outlet sushi especially sushi king
di persekitaran opis kaktin tu.
dah ado depan mata kita makan jer tanpa memperdulikan warna pinggan.
kaktin amik epal jus.
sedap la haih epal jus nya dengan sari koktail buah-buahan tambahan.
pas makan, apa lagi pulang ke kantor dengan perasaan puas!
hahahahahaha.


 :: tangteng sedang merakam lagu terbaru beliau ::

kaktin beli earfon ni ha kat lowyatt.
murah RM15 jer pon seketoi.
dengan harapan nak layan video memalam takmo bising.
manakala anak-anak rembat buat main game.
so that, kaktin tak dengar.
sabau jerlah.


heart my community