Followers

September 28, 2011

Makan-makan di Kg. Melayu Kepong

pada awalnya plan nak ke kepong ni dgn maya.
tapi hujung-hujung tak jadi pasal en.nahar tak keje.
sekalian en.nahar ajak mau ke rumah kak shida di kota dam sana,
makanya kami membawa haluan memasing.

kami keluar sekitar jam sebelas.
sampai kota dam sekitar jam doblas.
lepak-lepak makan kuih n minom terus zasss ke kepong.
dari kota dam ke kepong kejap jer pon.
traffic ok-ok masa pegi.
masa balik hazzzaabbb.

sampai jer depan pintu rumah ayu,
nmpk shahril ngah sembang ngan zikri.
pastu nampak ayu. salam peluk ciom bagai.
baru nampak naja.
terus cari rashid. gomoi-gomoi dia kejap.
baru cari port makan.
ada satey, nasi daging, laksa dan paling best ada coklat fountain.
makan dengan buah-buahan, marshmellow. kelllasss.
ayu, nasi daging n air asam tomato hang terbaeeekk!!!
dah setel makan, anak-anak mula la naik tocang.
melasak. tak menahan aku.
jenuh kepong la depa.
last-last depa pi port depan tv like nobody bisnes.
aiyaarrkkk bikin aku kemaluan oooo.
okla, janji dok dendiam sudah.



elok nak balik, yong plak sampai.
berduet dengan en.zizi. aik, dengki aku yong.
hang boleh bercengkerama berdua saja. hehehe.



ayu bekalkan ang-pau erra fazira dekat anak-anak.
tau ler reporter hiburan. ang pau pun tema selebriti gitu kan.
tq ayu for the invitation and the ang-paus!

RALAT : satu gambar pon takder amik dgn ayu, naja or yong.
menciiikkk!!!!

Cuti Hari Malaysia

standardlah kaktin anak beranak,
asal cuti jer mesti sesiap awal pagi cargasss.
pegila memana pon, nak-nak en.nahar keje.
lagi ler laju kami.

cuti hari malaysia lepas, seawal pagi sampai midveli.
plan asalnya macam nak tgk wayang.
mungkin citer hantu bonceng.
memandangkan belum bekpes secara formal,
makanya kami zasss jer kat pizza hut.
terus up set yg ada pizza, spaghetti x 2, soup and air.


bebudak tu hadap soup jer dah kenyang memasing.
makanya tapau jer lebih bawak balik.

korang yg biasa pegi pizza hut mesti tau kan.
diorg ada letakkan buttons untuk call/bill/cancel.
masa kami dah setel tu, kaktin pon tekan lah button call.
adalah dekat 5-6 kali, tapi haraaammm sekor pon tak datang.
dahla kami port kat ujung kedai.
pastu org bukan ramai pon.
last-last kenala panggil manual jugak.
kaktin sound juga dekat adik cashier.
'dik, button tu cam tak practical jer.
akak tekan dekat 6kali takder sapa respond pon'
#sentaphatimaknak. heh.


pas abis kat pizza, masuk kedai speedy.
nak cari dvd. tapi takder yg best.
masuk lak carrefour. pon sama takder arah tujuan.
sudahnya belum kul doblas kami dah balik rumah.
eh, kata nak tengok wayang.
yer kami tgk hantu bonceng kat rumah jer.
sekian.

September 27, 2011

Open House Opis KakTin

hari selasa lepas, opis kaktin wat openhouse.
kaktin mmg tak penah miss open house opis.
eh, tapi penah kot miss taun 2008.
beranakkan si fatihah. errmmm ye ker.
ok abaikan.
ini tahun ke-10 kaktin meraikan open house di sini.

seawal pagi hangkut 3 beradik bersama ke opis.
tunggu sampai kul doblas acara makan-makan bermula.
tepat jam doblas, roger maya mau makan sama2.
tahun ni dpt commemorative coins as a duit raya for kids.
jua dapat goodie bag each yg penuh dengan makanan.
suka la budak-budak tu.


kami dapat meja bebetul sebelah meja governor.
she is gorgeous as always.
walaupun tengah makan satey. hiks.



ag dave nyer turn salam-salam time kami sampai.



inilah kami. ini first trip kaktin dengan anak-anak.
dengan maya n sarah besar.
setel makan zasss kaktin anto diorg pulang.




eh sebelum pulang, harus cium tangan akak-akak neh.
dapat wang besar...wang besar.



tq dill and kakshima.
auntie maya pon kasi wang besar jugak. tq. tq.

tetengah drive pulang, ghaz roger ajak teman dia makan.
ok ok gimme 20mins.
sesampai semula di opis, berduet plak dgn ghaz.
kali ni kami dalam kafe plak.

  
ghaz ni nama jer org kampung, durian tak lalu.
pastu siap terkena dengan satu kuih roll berintikan durian.
yg aku sua kat atas tu puff berintikan durian. uuiiihh orgasma oooo.
pendek kata, for me apa yg berunsurkan durian semua pon sodappp.



nah. inilah rupaparas durian roll tu.
digoreng fresh-fresh di tempat kejadian.

boring dok dalam kafe, kami keluar plak.
kali ni dilla plak join.
tempat kat luar dah bnyk yg kosong.



kaktin makan buah jer kali ni.
sesambil lepak menciwi gadget baru ghaz.



tengok betapa meriah nyer umat di majlis ini.



tema pada tahun ini beraya di kampung kot.
belasah jer. yg penting menu ada sikit kelainan
dan semua pon sedap sedap.
amboi, sekali update gambaq melambak-lambak.
mementang dah terror copy location dari pics di fb sana. hiks.

terima kasih governor, terima kasih bnyk-bnyk :)

Memoyo jer...ingat aku nk percaya?

Elehhh io io jer mengayat.
Dah takder keje kot kan?
Heh aku pon tgh takder keje ni
sesambil tggu tren komuter zass jerla satu entry
poyo di pagi hari...

September 26, 2011

Hari Sedih KakTin. Di Hari Jumaat. Haih.


wira buruk kena bolos.
kunci diumpil pastu dvd player + smartag kena rembat.
nasib...nasib....


September 22, 2011

Syawal 6 : Beraya Di Sekolah Jumpa Cecikgu and Repeat Reunion. Hiks.

syawal ke-6 kaktin bawa fatihah jer.
kekakaks tinggal rumah atok.
as usual, mirza jemput kaktin di rumah
terus ke smk sultanah asma.
kebetulan plak aritu ada majlis hari raya.
so, takderla kekok sangat pasal semua memurid pakai baju raya.



banyak gila perubahan.
sayu jer hati bila melangkah masuk ke sekolah,
selepas berbelas tahun tinggai. sobbbsss...



ini di kaki lima bilik guru.
bilik guru masih berlokasi yang sama macam dulu-dulu.



cikgu kunor yg berbaju kurung dot-dot ni satu batch dengan kaktin dulu.
pastu, cikgu rusli yg berbaju kuning tu plak,
cikgu kami dulu.
skang dah jadi rakan seperjawatan di sekolah yg sama.
unik kan?



ini plak cikgu harum awang.
cikgu ni menten jerrr senyum dia dari dulu.
cikgu favourite ramai neh. yerla katapon hensem kan. heh.



cikgu jamilah.
cikgu yg bertanggungjawab menjadikan math kaktin terbaek ikut pencapaian peribadi.
muahaha yerla tak sangka oooo dapat C3. walaupuuunnn.
skang dah jadi cikgu kanan. dah ada bilik sendiri.
tahniah cikgu dan terima kasih jua.



yang penting pos-pos.
setel di sekolah, zasss kami ke rumah aida azmira.
main terjah jer nih.
kawan rilek dok lepak atas sofa layan BB.
dok keloi hoi-hoi dari luaq. hihihih.
sepakat nak kompol plak kat rumah chechah,
pasai aritu tak sempat borak lelama.
sebelum tu, kami ke rumah zurain.
zurain kawan sekelas aku yg tak jumpa-jumpa lepas form 5.
bestnya dapat jumpa kkwn lama.
tq to mirza yg tak jemu-jemu layan aku.
tq tq tq.


pos pos lagi kat rumah chechah.
eh ni tak cukup korum.


ahaaaa ni baru cukup.
eh, gambo baby chechah mana?
sudahnya pepakat syiok sendiri jer.
dari kanan sitinoor aka chechah, aku, teacher kunor, datin mira dgn elsa, datin amal dan jua datin mirza.
ampooonn uollss, next next year ada rezeki ada jodoh kita jumpa lagi na.
saya enjooiicesss!!!!

September 21, 2011

Syawal 5 : Jenjalan Shopping Malls @AlorSetar

bila dah 'malls' ada 's', makanya ia tidak satu la kan.
ia banyak.
hehehe kami merantau satu loqstaq di raya kelima.

memula kami pi sentosa mall.
yg parkingnya hanya 60 sen jer sekali masuk.
tapi takdak hasil apa-apa.
kendian kami singgah city plaza plak.
parking kat sini 50 sen jer sekali masuk.
kat sini kami dapat casing for phone memasing.

eh, sapa kami tu.
adik lelaki kaktin sefamily.
kaktin dapat casing iphone 4 semurah 3 ketul = RM12.
skang, boleh tukar-tukar ikut tema baju.
muahahaha tak boleh blah!
end up kami di star parade mau lunch.
parking kat sini mahal sikit singgit doposen sekali masuk.
yet still murah la kot compared dengan themall.
motip compare dengan themall??? hiks.
sesambil lunch anak-anak plak bergumbira di playground dalam mcD.

kat sinilah kaktin dpt 3ketul mouse tanpa wayar berkenaan.
sekian.

Wordless Wednesday : 9th Wedding Anniversary :)



September 20, 2011

Syawal 4 : Beraya Sendiri Tanpa En.Nahar

cheh, tajuk tak boleh blah.
en.nahar balik bukit pinang, ada hal lain.
so, kaktin n anak-anak join rombongan kakros beraya.

  
baju cotton raya ni suppose dipadankan dengan tudung fareeda.
tapi memalas nak godek tudung tu, zasss jerla tudung ni.


mak-mak jer menggediks amik pic bagai.
anak-anak dah dikejarkan masuk lam keta.
kami mau ke kuala nerang visit nenek belah ayah.
sekalian rumah mak sedara jua.



kalau dah kata budak KL tukan.
jumpa ayam pon menjakun.
ligan ayam tak cukup tanah.
mula-mula depa ligan ayam, ujung-ujung ayam ligan depa.
kejadian ni di rumah maksu solehah di kg. rambutan, kuala nerang.

dari kuala nerang, kami zasss pulak ke jitra.
umah paktam im.
best pasai ramai kat situ.
makngah bashah, pakcik yang dan sepupu sepapat.


diakhiri dengan pos-pos with my beloved kazen.
achaammm!!!!

Syawal 3 : Di Bumi Alor Setar, Kedah.

memula en.nahar kata raya ketiga baru boleh balik kedah.
tapi on raya kedua dia dah nekad, nak balik awal
dari kantor n terus balik loqstaq.
pepagi raya kedua tu kaktin just rilek-rilek jer kat rumah.
lepas zohor gitu, en.nahar balik siap-siap terus berangkat.
kami sampai bukit pinang bebetul maghrib.
mandi-mandi tukar baju bagai lepak jer.
esok nya, pepagi balik kuala kedah.



tengahari kami pi open-house kat jitra.
sedara belah en.nahar.
setel kat situ, zasss plak pi umah che chah.
mau tengok newborn baby dia di taman malaysia, loqstaq.
sesambil ber reunion. ada amal, baya, mirza n ofkos tuan rumah chechah.


dekat rumah chechah macam terbatas sikit nak pot-pet lelebih.
pasai ada en.suami memasing.
dengan anak-anak kaktin yg melasak. ishk.
lepas kat sini, kami ke rumah en.azhar plak.


lepak-lepak, sembang-sembang, makan-makan.
dah abis, minta diri mau pulang.
eh, tapi tak ingat balik kola ke bukit pinang.
ermermerm belasah jerla.
ok sekian cerita raya ketiga. hiks.

September 19, 2011

Lirik Lagu GANTUNG by Melly Goeslaw

  • Gantung



    Ku harus menemui cintaku
    Mencari tahu hubungan kita
    Apa masih atau tlah berakhir

    Chorus:
    Kau menggantungkan hubungan ini
    Kau diamkan aku tanpa sebab
    Maunya apa ku harus bagaimana
    Kasih
       Sampai kapan kau gantung
       Cerita cintaku memberi harapan
       Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
       Dan meninggalkan dirimu

    Detik-detik waktu pun terbuang
    Teganya kau menggantung cintaku
    Bicaralah biar semua pasti

    Chorus

    Tentunya hubungan cinta denganmu
    Membuat ku sakit
    Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
    Dan meninggalkan dirimu

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

(Korus)
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih..

Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

(Ulang Korus)
Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu



skang ni tengah minat giler dengan lagu ni.
yer, mmg la mcm takder kena mengena...
tapi i still can feel it.
boleh repeat lagu ni 48kali sepanjang jalan
pegi dan balik dari keje. heh. over.



Tudung Fareeda Pertama

fine. mulanya tak berminat langsung dgn tudung neh.
mungkin pasal ia sgt meriahuolls.
yep. cantik memang cantik.
tapi pada pandangan kaktin ia hanya
sesuai digayakan oleh pembaca berita jer.

eh, naper pembaca berita?
entah. itu je yg kaktin fikirkan.

kaktin beli pon pasal nak matching dgn baju raya cotton
yg kaktin beli di jualan bazar ramadan opis.
mmg express shopping di fareeda, the mall.
bawa baju tunjuk sama promoter terus dia rekemen.
kaktin pon try2 zasss bayar, balik.



digayakan pada pagi raya pertama.
pastu pada photoshoot di sasana kijang sana.



post pics ni kat fb, ramai plak yg berkenan dgn tudung nih.
katanya warna ia adalah cantik.
betul ke cantik? hiks. TQ uolls :)

Model Photoshoot @Sasana Kijang

dapat email notification mcm short notice jugak.
mintak kerjasama untuk join photoshoot nih.
dah dpt kebenaran bos, makanya on friday lepas
berduet dengan maya seawal kul 10am tertonggok di SK.


sementara tunggu models yg lain sampai,
heh model la sangat kaktin pon pos-pos syok sendiri.
yerla, bukan senang nak mai SK nih walaupun sekangkang
kera jer dari HQ.
 

almost satu bilding SK kami jelajah.
kaktin pon amik kesempatan jumpa kkwn opis lama kaktin.
antaranya en.azhar bots. heh.


lepas satu port, satu port kami pos-pos.
sampailah noon. lunch time.
terus berdesup ke the curve mau lunch di TGIF.
setel makan, singgah ikea tapau karipap dan tutti frutti.
nyummmyy!!!


terima kasih semua.....:))

September 18, 2011

1 Syawal : PJ - Taman Melati - Ampang - Cheras - Taman Melati - PJ

wowowowo tgk ke itenarary tu cam io-io bona beraya.
sesampai jer kat taman melati, makndak sefamily bersiap nak kuar beraya.
kaktin, tanpa rasa bersalah mau follow.
dah la nak follow, takmo drive lak tu. hiks.
alaaa achucikyah kan ada alza. boleh jer muat kami-kami yg cecomel neh.

dari taman melati zasss ke ampang.
rumah paklang kimi.
mau tgk org baru.
baby paklang kimi n maklang azreen.
kimi ni kira sepupu kaktinlah.
anak makndak.
makndak adik mak kaktin.
kami memang rapat.
dari zaman belajaq, sampailah dah beranak pinak.
thank you makndak n family :)

:: paklang kimi merenung anakonda sulungnya ::


:: nur maisarah binti mohd. hakimi ::


:: achucikyah, belajaq pegang baby no :) ::


:: yg ni takyah belajaq, dah terror hihihi ::


:: cucu perempuan pertama makndak, selepas 5 org lelaki sebelum ini ::

:: welcome dear :) ::

setel di ampang, zasss ke cheras.
di cheras dah tak larat nak snap pic dah.
acara makan jerlah.
semua pon adik-badik belah pakndak.
sampai balik taman melati sekitar jam 4pm.
rehat-rehat sat, zasss balik PJ.


Lawatan Tak Sempat Belajar ke Museum and Art Gallery, Sasana Kijang BNM

pepagi tadi, ber bbm dengan amin.
ajak dia memeriahkan majlis ke MAG.
dia on jer. just bawa anak teruna dia yg sulung.
sikenit ameer tinggai dengan apak kat rumah.
so, zassss ajer lah.

memula cam konpius pasai jalan masuk dedua pon tutup.
seb baik sarjan norzan kuar dari guard house.
rupanya jalan masuk ada sikit yg perlu dibaiki.
so, selamatlah kami masuk.



sampai kat level 2 muzium, anak-anak terus berlari-larian.
mak-mak just boleh tengok gitu-gitu jer.
aku dok fokus ke fatihah la, takut dia lari kemana-mana.


abis segenap pelosok kat numismatic tu kami jelajah.
belek-belek duit dari seluruh dunia.
duit malaysia dari pelbagai siri dsb.

terima kasih pada puan siti ramlah yg bnyk bagi petunjuk tadi.
dari memula tapak sasana hinggalah menjadi bilding yg gah sekarang.
asal bentuk sasana adalah dari cengkerang siput.
dan juga elemen-elemen songket diadaptasikan di sini.



:: yang penting post ::




budak-budak ni, org soh tgk duit diorg lagi gemar berlari-lari.
last-last port depan neh.
tengok duit RM5.


ini budak paling tak makan saman.
jenuh kepong dia. berlari jer kejenya. haisshh.
dah kena marah, tersemon dia kat situ. hiks.


penat berlari kita terjah kafe nya pulak.
varieties of food dgn harga yg berpatutan.


ice blended mocha tu RM1.50 jer segelas.
nasi lemak pakej dengan jus stoberi = RM5.80.
ada rendang ayam, telur + ikan bilis.
sokayy la kot kan.


so, pada sesapa yg taktau nak bawa anak jenjalan
boleh konsider ini money museum yer.
tak perlu belanja memahal.
kat sini semua pon just nice!
mari...mari...mari.....

p/s : nnt kita mai lain amin. kita pi lanai kijang plak.
budak kecek takleh masuk lanai :)


heart my community