Followers

March 31, 2010

youkoso SAKATA san. Hait!

ecey cey cey cey. sila abaikan tajuk di atas. kekonon cas japanese la sesekali. kisah ni berlaku di waktu makan tengahari. as usual, aku dan beradiktiri pasti tak kering gusi mencari tempat-tempat makan yang xtravaganza sikit bila berkumpul. kalau tak berkumpul is either ke kafe or kupang jerla.

lokasi kejadian di dalam bangunan Maju Junction. sepetak suara takmo makan kat foodcourt lagi. so, makanya mesti terjah tempat lain. since, aritu si nikolas penah entrykan makan kat restoran sakata iaitu sejenis restoran jepun kami pun zasssss jerla.

menu

pilih punya pilih, aku order salmon teriyaki + california roll. adik beradik lain ada yg amik set mee, udang tempura n ayam teriyaki. memula pakat-pakat dpt tuala basah + green tea sorang secawan. dulu, masa aku memula kenal green tea haiyooo tak lepas tekak aku nih, tapi bila dah biasa rasa cam bes plak sesekali sip sip itu green tea. nyum nyum.

towel appertizer

pehtu datang set appertizer *sila rujuk gambar*. aku tak tau nama saintifik 2-2 tu. yg pasti dedua pun mmg sedap melampau.

dah setel appertizer, dtg la main course yg kami tggu-tggu itu. peeerrghhhh salmon teriyaki aku tu mmg terbaeeekkk termantthoppp. so, pasni kalau rasa tingin nak makan salmon boleh la terjah ini sakata.

akumakan :: pos pos kekonon pakai chopstick ::

salmon

:: set makanan aku salmon teriyaki + california roll ::

foodies

:: makanan mereka ::

kamihappy

:: kami happy!!! ::

kamiber4

:: burrpppp…kenyang sudah ::

akumya

:: posing macam dtg dari jauh jer….::

masa pos-pos ngan maya for pic di atas, ada segerombolan minah2 mana tah, siap jeling-jeling. heh. alaaa rilek laaa kami ada blog maaaaa mau updet. kalau takder pic, tak seri plak la blog kami ni. i’m sorrrryyy!!!!

March 29, 2010

laa illah ha illallah....

video

umur fatihah dah nk masuk 2 tahun bulan ogos nih.
tapi, ckp apa sepatah pun tak tau lagi.
tapi, terima dan buat arahan kita tu kira dia leh paham la.
contoh : buang pampers dlm tong dan letakkan botol susu lepas minum atas meja.
yg dia tau nyanyi lagu2 yg biasa dia dgr.
berkhatib la illah ha illallah yg paling dia suka.
layannnssszz....


Majlis Kenduri Akikah Anak-anak Ayu Shakila di Kg. Melayu Kepong

pada mulanya, standardla en.nahar agak bertimbang-tara mau attend ke tak…mau attend ke tak. sudahnya, akibat sudah melampau tido di siang hari tepat pukul 4.45pm kami pun bersetuju laaa ke rumah ayu di kepong sana.

sesampai di area kepong, aku on GARMIN en.nahar. tapi en.nahar degil takmo dgr ckp garmin tu. dibantainya ikut suka ati jantung buah pinggang dia. kekonon terror la. sudahnyer ada la dekat 15min dok pusing-pusing FRIM tu. las las baru nak dgr ckp makcik garmin dan syukur, akhirnya sampai jua.

kata majlis kul 5pm dah abis, makanya kami tetamu pukul 5.15pm nak xpac apa kan. ala bukan nak makan sangat pun tapi more nak jumpa si ayu ni ha. last jumpa masa dia p tgk aku bersalinkan si fatihah di tawakal setaun lebih yg sudah. kata peknen, tapi perut tak brp nmpk lagi laaa. rupanya baru 3bulan lebih. patut tak berapa nampak.

ayu ni reporter paper utusan. sementelah aku masuk jer rumah dia seorg umat ni sedang bersiap nak balik. ek eh…seperti ku kenal. antara blogger cum reporter yg terawal aku kenal di alam blog. si JUAN DANZA. so apalaga, kasi snap-snap seround. heh.

P3270074_360x480

langkah kanan jugak anak-anak aku bilamana time kami sampai ni, si abg clown tgh bersiap-siap nak balik. kata duty end kul 5pm kan. tapi, memandangkan anak-anak aku yg ramai tu, dia rela jer layan. syabas abg clown. walaupun rupaparasmu ni ditutupi dgn mekap clown itu, tapi aku syak ko sepertinya comel kan..kan..kan…

P3270072_640x480

P3270073_640x480

sementara tggu si shahril *husband ayu* membancuh air yg entah keberapa kali tu, aku pun snap-snap la pic anak-beranak dgn si balqis qistina. debabnya anak hang ayu. walaupun baru berusia 3 tahun. kalah anak-anak aku. masa ni anak dia yg lelaki tu dah letih dan sudah beradu.

P3270077_640x480 :: susah nau nak soh bergambar jer pun ::

P3270080_640x480

bila keadaan dah agak reda, kami pun membawak diri menuju ke meja makan. si ayu sampai tak berenti langsung. lepas satu satu di servenya kami anak beranak. ekceli nak menyembang jer pun ngan dia, tapi dah kata tuan rumah kan kenala layan. masa ni selain aku, ada lagi tetamu lain. so, layanan kena diberikan sama rata. tak cukup dgn makan, ditapaunya plak for kami sefamily. naik segan lak aku. dah la sampai lambat. ishk…tapi rezeki kan. tak elok ditolak. so grabbbbb….for ayu shakila thank you for da invitation. nasi beriani gam tu sangat la sedapnya. tak kurang jugak trifel yg hang cedokkan. bikin sendiri ka??? take good care of urself n family eh. ada rezeki kita berjumpa lagi. chalow betty….

P3270081_640x480

:: aku n ayu. aku yg standard menggemok ::

March 28, 2010

cubaan pertama : pemisahan fatihah dari n*n*n :)

aku rasa dah sampai masa nya aku latih fatihah ‘away’ dari ‘diriku’. bukan apa, nak kata susu takder ada jer lagi. cumanya aku takmo dia asyik masyuk sampai besar sok. dan aku pun leh la ‘free’ sikit. ini asiklaaa pas menyusu botol pun still mau gak lagi ‘candu’ dia tu. ishk…nak buat keje apa pun kkdg rasa terbatas.

so, wiken aritu aku pun try la apply satu teknik nih. selalu dgr org tetua kata letak benda yg berwarna or yg berbau kuat. so, that bila dia tgk/bau lain mcm dia akan pelik dan insya-Allah dia takkan mintak lagi. aku masa tu tak pk lain, terus sambar lipstik kasi letak pehtu bila dia mintak aku kata ‘sakit..sakit..darah’ hahaha bijak dak aku. moh kita tgk aksi-aksi dia masa mau dan selepas kecewa bila ‘candu’ dia sudah ‘luka-berdarah’….

P3260084

:: aksi sondolan standardla ::

P3260085

:: cepatla bu, naaakkk ::

P3260088

:: tidaaaakkk ::

P3260089

:: huwaaaaaa!!! ::

pehtu aku ingat berjayala guna taktik ‘luka-berdarah’. takdonya, tetapppp disondol dan digrab sendiri. uuurrrgghhh a-ah…a-ah…haih…pasrah.

ada lagi tak tips-tips lain yg boleh dikongsikan untuk melepaskan anak-anak kita dari ‘menggonggong’ pls..pls..pls…..

this is your chance to SHOW OFF your kitchen!!!

entry ini dipetik dari blog djepoi8787.blogspot.com

mari..mari...

gua ada berita baik buat semua pembaca blog gua nih...

kepada sesiapa yg rasa nak tunjukkan dapur masing-masing di tv...

yaaa...di televisyen, korang bolehlah emailkan kepada gua gambar dapur korang ke

epoi8787@yahoo.com

priority diberikan kepada dapur jenis 'island' dan mempunyai ruang makan yg agak luas.

:: sekadar contoh ::

:: kalau dapur mcm ni, senangla nak bikin shooting rancangan masak-memasak gitu kan ::

tapi, tak kisah laaaa korang email dulu pic dapur korang tu. bukan peluang air liur jer beb, pasti ada habuannya. bukan setakat dapur korang jer glamer habuan RM500 per sekali shooting pun dpt beb.

so, apa tunggu lagi. sila sila emailkan details n pic dapur korang. penjelasan lanjut akan diberikan kepada yg shortlisted. company besar yg menaja rancangan ni. so, jangan berlengah lagi jom jom email gua jom....zassssss

March 25, 2010

Electrical Usage at Home...

Hi everyone!
Do you know what contributes to your monthly electricity bill?
For those in Semenanjung Malaysia , TNB’s tariff is approximately 30 sen to 45 sen per kilowatt-hour (kWh), depending on your usage.
The more you use, the more expensive the rates!
Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every hour.
(The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour means that you will be paying about RM 20 a month if you leave it on for 24 hours a day!)

Appliances Estimated Cost (sen/hour)

Fluorescent lights

1

Wireless Router

1
ASTRO decoder + dish 2
Table Fan 2
Incandescent lights 3
Ceiling Fan 3
Computer (laptop) 5
CRT (normal) TV (21 inch) 3
LCD TV (32 inch) 7
Computer (desktop) 9
Plasma TV (42 inch) 10
Washing Machine 15
Vacuum Cleaner 17
Electrical Clothes Iron 33
Electric Hot Plate 46
Air Conditioning 46
Electric Water Kettle 50

yer yer...kena pikir2 kan balik meletakkan ASTRO kita dlm standby mode ek??? hmmmmm....

kredit dari email kak adina….zasssss

March 23, 2010

lunch aku selera resaksa…

smlm lunch dgn beradiktiri di kafe. memandangkan aku dlm mode emosi tak brp stabil, makanya aku order jer apa rasa nak makan. lagipun, masa bayar kelak just touch your pass kat kaunter and go, zassss setel.

tauhu

memula kasi order appertizer. appertizer la sgt. mmg aritu sudah terbayang-bayang, kalau dtg kafe mau makan tauhu bakar. so 5-5 ketul selamat dlm perut aku. tanpa kasi/share ngan sesapa.

burger

ini plak, main course aku la kiranya untuk hari tu. set burger ayam. tapi daging ayam dia rasa sesuatu. rasa cam ada yg tak kena. so, daging ayam dan telur goreng terdampar jerla. hanya berusik bbrp cicipan. hah, tapi buah mangga yg kat sebelah yg kenit tu sgt sedap. lemak berkrim sehingga habis seketul kenit tu aku baham. masih dlm mode nak makan lagi. pk pk end up order jerla eskem.

eskem

eskem vanila dipartnerkan dgn eskem stoberi. sgt melethop meledak jiwa raga. tapi bila part nak membayar tu, agak misteri kerana, itu adiktirigugurl juga membeli eskem. cuma yg lain sikit, dia ada tapai jer pun secoet. tapi beza harga sangat melampau weih. eskem aku ni hanya RM1.50 manakala tapai eskem maya mencecah RM5 dlm kuantiti yg sama. ishk..ishk..ishk…tak patut tak patut.

jus

diakhiri dengan jus amra aka kedondong yg masih dlm carta terbaeeekkk wok. cukup sifat laaa ini jus. selalu dtg kafe pun, pasti order ini jus. dan, total lunch aku untuk semua-semua berjumlah……RM14.10. touch n go. burrrpppp…… 

March 22, 2010

Lady Driver

Last week ari rabu, en.nahar anto aku direct ke office. memula dia soh aku naik komuter jer. apa barang naik komuter. pasti ramai dowh bertolak-tolak. takmo takmo. ek eh, dia cuti lak tu anto jer laaaaa. ok ok dia anto.

otw lepas anto anak-anak ke neseri, aku pun kasi la dia tips ikut jalan mana yg tak berapa jem. memula kuar ikut sri sentosa, naik jalan templer masuk balik jalan gasing then amik balik federal hiway. dia ikut jerla. sampai la dah lepas midveli satu satria sudah potong kiri. agak tercabar la kot gamaknya terus en.nahar bersuara :

en.nahar : peh, tak padan pompuan bawak laju giler. potong kiri lak tu.

kaktin : takut terlewat masuk opis kot….

en.nahar : wah, siap masuk lorong bas tuuuu….kalau ada polis kat depan kena la tu…

kaktin : *walaupun isteri awak pun buat juga hari-hari* < ------- kata kaktin lam ati. heh

March 19, 2010

English IDIOMs

Sempena kelas bahasa inggeris yg kaktin sedang hadiri skang, bebaru ni kaktin kena present. kaktin pilih tajuk presentation kaktin tu 3 english idioms. jom kita tengok apakah yg dimaksudkan dgn idiom.

Slide1

Good afternoon to all my colleagues and friends,

First and foremost, I would like to thank all of you for taking your time off today to listen to my humble presentation.

Today, I will talk about English idiom. What is idiom? An idiom is an expression that has a meaning apart from the meanings of its individual words.

There are actually thousands of English idioms, but for the purpose of my presentation today, I've chosen only 3 which are; go over your head, give the green light and have your head in the clouds.

Should you have any question, please feel free to interrupt me throughout my presentation, or otherwise, you may raise your question, if any, at the end of the presentation i.e.during the Q&A session.

Slide2

Well, now, lets' move on to my first idiom go over your head. It means if someone goes over your head, they go to someone with more authority than you in order to get something that you would normally grant, possible because they think you won’t give it to them.

Example : he knew I wouldn’t give him time off, so he went over my head and asked my boss.

Slide3

Secondly, give the green light idiom. This idiom means, if you give something the green light, you give permission for it to be done, or allow it to happen.

Example : as soon as our Director gives us the green light, we’ll start drafting the guideline.

Slide4

Last but not list, have your head in the clouds. Meaning, if someone has their head in the clouds, they are out of touch with the everyday world and can be unrealistic or naïve as a result.

Example : Janette must have her head in the clouds if she thinks her insurance company is going to pay the full cost of renovating and refurnishing her house.

Script and all the slides, kaktin bikin sendiri mengikut kreativiti dgn mencilok gegambar dari internet. kekonon nak kasi clear picture la kan. pehtu at the end of the presentation kaktin ado buat simple quiz katanya nak uji tahap engagement audience ngan presentation kaktin ni. walaupun adoooo gitu.

Slide5

tapi, alhamdulillah teacher kaktin puji² gakla. dia leh nampak effort yg kaktin curahkan dkt presentation nih. alahai, ni bukan presentation serious pun. kiranya more to nak asah points yg teacher ajo untuk presentation yg berkesan gitu. a good presentation kena ada opening, body n closing. closing selalunya ialah Q n A session gitu. so, kepada sesapa yg ada rasa nak buat presentation, boleh la amik tips dari kaktin yg tak seberapa ini. chalow.

cerita aku di hari ahad pulak

ini cerita wiken bila tah, aku dah lupa. aiyooo lupa publish. so, kasi zasss jerla ek.

bangun pagi kasi setelkan kain baju. kerah PPGs soh lipat kain baju diorg. si sarah pandai, dia kata ngan adik-adik soh lipat baju memasing. kes dia pun malas nak lipat bbnyk. setel baju-baju diorg masuk almari, aku kasi basuh baju lain plak. pehtu kutip semua baju-baju sekolah sarah n aaliyah kasi iron. tingat payiet pesan, kalau takmo letih weekdays iron sesiap baju sekolah weekend. alaaaa ko boleh la, auntie ko buatkan kan kan. hehehehehe.

tengahari lak, aku kasi layan CSI. NY n MIAMI. sesambil tu, en.nahar kasi kakak-kakak tido kat bilik. aku lak layan fatihah kat depan. sementelah fatihah dah tido awal tu, so dia pastilah takmo tido dah. layan movie lak channel AXN. tajuk WIND CHILL.

Wind Chill Pictures, Images and Photos

wind chill Pictures, Images and Photos

agak scary movie la citer ni. dah la pelakon dia takder nama spesifik. ujung-ujung dia letak GIRL n GUY jer. apakah??? tapi okla, since aku leh layan dari awal hingga abis. sapa nak baca SYNOPSIS klik jer link tu. mmg rajin org tu taip almost exactly apa yg terjadi dlm 1hr n 30min film ni.

March 12, 2010

alamak aiii…cemana leh terlebih bayar ni???

smlm, ada buat transaction bayar kedit kad aku guna mb2u. ingat-ingat lupa la amount nyer. pehtu jap ni, cek la kat citibank online. sekali inilah hasilnya…

citibank

nasib baik terlebih posen-posen jer, kalau tak terpaksala swipe lagi…haihhhhh

March 08, 2010

wiken ku yg sentiasa membosankan….

aku kan..kan..kan..sebenaqnya tak tau nak update apa kat blog nih. kalau tgk kepada last entry aku post 2 mac lepas. peh, berjinggut gakla aku tinggai tanpa update. nak kata takdak bahan, ada jugakla. tapi nak kata ada pun mcm tak berapa interesting pun bahannya. balik-balik cerita yg sama.

hari sabtu lepas, tenet bikin hal. tak taula mungkin P1 jer kot. aku call customer service. she keeps on telling me yg line arini outage, congested tu jer. malas aku nak bertekak lelebih. aku yer kan jerla. so, mmg 24hrs aku tanpa tenet ari sabtu tu.

CM3:: cake mania 3 ::

so, aku main game jerla. game cake mania 3 ni duluuuu aku gila betul main. tp aku main just gitu-gitu jer. memandangkan smlm takleh online, aku sudah set misi mau main dgn mendapat semua bakery super goal. kira paling scorer la. sempat abis 1 setengah level jer. pehtu dah bosan. selang seli ngan main freecell. game mudah. heh.

malamnya, berkobar-kobar tggu pukul 8:45pm. instinct aku kuat mengatakan ada ‘live’ game SELANGOR vs KEDAH. yezzzaaa ada pun. layan. walaupun kedah kalah 4 – 0 di tangan selangor tapi aku tak kesah. bukan aku main pun. kalah menang adat permainan gitu. *statement cliche*

abis game, aku tukar-tukar channel. lagi terjumpa plak 2 movies di 104 n 105. ‘puaka topeng putih’ n ‘che eton pinki’. las las layan ‘puaka topeng putih’. mengisahkan 4 org sahabat pegi mana tah. masuk utan dgn syarat no ‘cellphone’ bengong. kalau aku la, cellphone tu benda pertama aku nak kendong. tak tau permulaan, pasal tgk dah suku jalan. tapi ok laaa for malay film. terkejut-terkejut gakla. ujung-ujung semua mati.

setel movie, korang rasa aku buat apa plak. haiyoooo tidolaaa lagi la mau tanya. heh. tergolek tido ngan budak-budak dpn tv dan mengabaikan suami di bilik. sekian.

March 02, 2010

kaki-kaki kecil yg bakal menakluk donia…

kaki kecil

kredit untuk adik aku wadi, untuk gambar di atas. dia post gambar ni kat fb dia. pehtu kami adikberadik pakat2 komen. tapi serius laaa aku tak menahan tgk kaki tembam yg belah kiri atas tu. itu kaki milik anak kedua dia. baby adham. pehtu yg kaki kecik dua mengadap tu pastilah milik si kembar achikmimi. amar n amira. yg lagi satu tu kaki adam anak sulung wadi abang pada adham. chilll…

komen

:: unik tak nama2 kami adikberadik? ::

adham n mama:: ini dia pemilik kaki montel tersebut. baby adham dan mamanya ::

mommies day out : siapa yg makan CABAI, dialah terasa ORGAS*Anya...huahuahua

dah lama aku dok minta kuar without kids dari en.nahar. last week dia kasi, aku lak malas. sementelah kakshida ada kat umah, aku ajak dia berduet ngan aku kuar. bukan mintak lama pun dlm 2-3 jam. en.nahar lak cuti ari sabtu tu. pas anto MIL naik bas di jalan duta, aku ngan kakshida pun kuarla. destinasi kami ke midV.

kakshida adalah kakak sulung en.nahar dan achusiti. dia surirumah sepenuh masa. plak tu sgt terror memasak. u name it. masakan kampung, western semua dia terror.

sesampai di midV, kami parking keta kat parking premier the gardens. aku sker parking ni. tak sesak dan kau tkyah jalan jauh-jauh, panas-panas kat basement utk sampai dlm bilding mall. parking ni bebetul selevel dgn signature cinema dan red box.

mula tu aku usha gak movie apa yg terhampir waktu tayangannya. ahah! citer valentines day. tapi kakshida kurang setuju. katanya baik masa tu kita jalan-jalan dan makan dari tonggok lam wayang. lagian tiket untuk sorang menjangkau RM22.

aku pun pk betul gak. terus kami decide mau makan di chilis. nyum nyum.dah lama tak makan kat sini. kami umpama kastemer pertama pada hari tersebut. belek-belek menu main order jer. aku amik fajita trio dgn jus epal dan jus mango.

P2270075_640x480 P2270076_640x480

:: belek-belek menu ::

P2270077_640x480

:: fajita trio ::

P2270079_640x480 P2270080_640x480

:: the condiment ::

P2270081_640x480 :: my fajita ::

cecara mau makan fajita. memula, lapik pinggan anda dgn ‘kulit popiah’ seperti di atas. masukkan daging, ayam dan juga udang digaul bersama ‘condiment’ yg disertakan. ada mayo, buah apa tak tau yg kaler ijo diblend lumat, cheese yg diracik juga salad. sebagai seorg melayu, aku pasti akan letakkan sos cili jugak. typical malay. dah setel semua tu, kasi lipat zasss masuk mulut. uuurrrgghhhh orgasma!

setel di chilis kasi zasssss ice blended mocha beli satu percuma satu di san francisco lak. dah tu tapau big apple donut sorang 6 ketul pulang sudah.

donut

:: pic kedit to google ::

March 01, 2010

bulan MAC : selamat hari lahir MOTHER n MOTHER in law

peh, entry pakej nih. masuk mac jer, 1hb dan 2hb adalah tarikh-tarikh yg perlu diingati. 1hb mac harijadi mak aka cikgu salmah manakala 2hb mac plak harijadi ibumertuaku aka pn.jamillah. kalau tak salah, mereka dilahirkan pada tahun yg sama juga tahun 1949.

apa-apa pun, SELAMAT HARI LAHIR buat kedua-dua ibunda ku. semoga panjang umur, murah rezeki dan kami-kami sayang anda berdua.

Image1433SDC19896

:: mak dan mak ::

dari SINGAPURA ke PADANG BESAR mendarat di AUSTRALIA

peh, tajuk tak boleh blah. mcm bnyk nau laaa tempat aku berjalan. walhal dpt ole-ole jer pun. ok stret to the point. dpt fridge magnet from singapore. azhar kasi. mungkin gak aku mintak. heh, kat fb la tapi. tapi kira dia ingat gakla kat kawan dia ni kan. kihkihkih thanx botak!

P2230067

P2230068

P2230070

:: alang-alang amik pic FM, ternampak lak muka sendiri kat cermin. kasi zasss sekalian ::

ole-ole kedua ni dtgnya dari adiktiriboboybongsu. ekceli dia join beradiktiri yg lain ke perlis sana. dibelinya aku hiasan pensil gedang ni 2 ketul. oleh kerana ia 2 ketul, makanya aku simpan jer. takyah kasi budak-budak. almaklumlah, anak ada 4. budak…mana nak reti share-share benda. tq nikolas!!!

P2240058 :: biasa hiasan kayak gini, gantung la cantik kan? ::

next….wah feel-feel artis lak, ramai peminat kasi souvenir. dpt tpt letak cawan n keychain bugs bunny from aussie. so cuteeeee…mendalah-mendalah tu lah. bukan si pemberi souvenir. hihihihi … ada cerita di sebalik souvenir2 ni. kata si pemberi souvenir, ekceli dia bajet nak kasi FM laaaa…dia ingat mendalah 4 segi tu FM, sekali bila beli dah balik bilik baru pasan, itu mendalah adalah tempat lapik cawan. errrkkk aku pun tak sure function mendalah tu. tapi since benda free org kasi from australia lak tu dan cantik…terima jerla dgn redha dan bersyukur. ada gak org ingat kat kita kanna. tq jocko!!! ok itu jer nak citer untuk entry kali ni. chalow.

P2240062

P2240063

:: aku gumbira segumbira rupa itu bugs bunny ::

heart my community