Followers

February 28, 2010

baby WAZ sefamily men’visit’….

cuti maulidur rasul aku diamanahkan untuk menjemput MIL n SIL di kota dam, seksyen 8 ke rumah. as usual en.nahar tak kira PH ker, weekend ker kalau dia kena keje, tetap kena keje. dgn azam dan tekad di dada berseorangan ditemani 4 ATM yg sedia ada meredah sempadan PJ selatan, ke PJ utara.

perjalanan memakan masa hampir 45min. sudah pesan sama kakshida sila get ready, pasal aku sampai jer terus amik terus nak zasss balik. kira aku tak naik dahla umah beliau. dah setel urusan mengambil MIL n SIL, terus terjah stesen bas jalan duta lak. mau amik tiket bas MIL nak balik loqstaq esoknya. luckily, tiket ke loqstaq bas mara liner still available pukul 9.15am. tapau lunch sesiap kat situ terus zasss plak balik umah.

pada malamnya, achusiti sefamily plak dtg umah. bibik sibuk nak dtg tgk umah aku. umah kakshida dia sudah biasa pergi. WAZ pun seronok jer dpt jumpa sepupu sepapat bermain riang gembira. usai maghrib mereka pun pulang.

P2260067_640x480 P2260068_640x480

P2260070_640x480

:: susah nau  nak amik pic dedua budak nih ::

aahnwaz

:: pada firasat aku, muka mereka ni ada sikit sama kan kan kan ::

February 25, 2010

facebook : ketahui siapa removed kamu dari friend list….

 fb

smlm, sesajalaaa dok layan fb kat umah pas setel keje-keje umah dan memberi anak-anak makan. sekali ternampak kat recent activities kkwn ada a few friends yg become fan pada KETAHUI SIAPA REMOVED KAMU dari friend list. sajala aku klik jadi fan app ni.  bila aku bukak, ada mcm forum gitu. semua pun pakat-pakat like i care ke kena remove.

haaa sebut kes remove-remove dari friend list ni, aku pun ada gak buat dekat a few ppl yg out of the blue tetiba request mau jadi kawan. ada yg aku accept, ada yg aku hold dan ada gak aku ignore. kes yg aku accept ni pun, ada jugak tak salah aku, aku terpaksa remove once aku accept. WHY? pasal aku rasa mereka-mereka ini ada motif lain me’request’ org sesuka hati. kalau tanya aku naper aku ada facebook? senang jer jawapannya. aku nak cari balik kkwn lama, kkwn baru dan ber’networking’ secara mudah. (kkwn di sini bererti aku kenal samada kenal rapat, pernah kenal or kenal di blog).

fb2

:: 23 friend requests yg aku tak rasa nak accept, tapi rasa cam sayang nak ignore, caner??? ::

bila dah jadi kawan, time nak mengomen pun aku agak-agak gaklaaa. kalau aku rasa status seseorg tu sesuai untuk aku komen, then baru aku komen. idokla aku memberi komen secara mengkhinzir buta. nak kata, aku nak sibuk-sibuk buka wall org kerap-kerap pun, aku rasa aku bnyk sibuk bukak wall sendiri jerla kot. tu pun kalau dpt notifications sesapa tag, komen di gambar or status aku.

dan yg paling best, aku jugak penah kena remove dari friend list org yg aku kenal. kenal jugaklaaaaa. aku dapat tau aku kena remove pun setelah dia mengwar-warkan kat wall yg dia sedang ‘membersihkan’ friend list dia. heh. takpola, dia takmo kawan ngan aku pong, org lain ramai lagi nak kawan ngan aku. masak elah nya, ada ker org nak kawan ngan aku nih???? heeeeee……. :)

February 24, 2010

acara ni, aku jer leh...kakros takleh. acara apakah???


:: mega lanes, endah parade sri petaling ::


dah takleh karoks, aku pun melututla kat kakros mau lepas gian kat boling. huhuhu dah lama ooooo tak main boling. dok plan-plan jer ngan beradiktiri nak main, tapi tak tau masa bilakah. jadinya, kakros pun ok jerla. dia hanya jadi pemerhati di kusi pemain simpanan. sesambil cek fb dia pakai iphone aku. heh.

masa nak bayar kat kaunter selamber jer aku tanya adik kaunter tu, kalau ada student kad leh dpt rate student tak? adik tu pun mintakla kad student aku yg dah samar-samar tu. yessss dia kasi. maka aku dpt la rate student RM2.80 per game. yeahoooo jimat-jimat. tq adik kaunter. lap u lah. kami dpt lane no. 12. pas tukar kasut segala berkobar-kobarla key-in nama kat board. io-io jer ko tini, cam la hebat nau.

korang bayangkan, berapa jerla aku leh score. dah la main sorang-sorang. pehtu ko baling berturut-turut lak tu. takder pause. pastilah ko kepenatan dan score ko pun takkan best nyerla. haaaa karang kalau aku benti-benti kesian lak kat kakros. dia mesti bosan. dahla takleh main aku lak drag dia lelama kat situ. ek eh, apa aku melalut ni daaaaa. kalau ko dah tak hebat tu, admit jerla. takyah nak bermacam-macam alasan tini ooiii. hihihihingussss....



:: kakros tolong snap2 pic aku ::



:: see...yan, jgn risau kaktin tak hebat mana pun ::



:: mencorot uolls ::



:: ek-eh ujung-ujung ado spare lak ::



:: semangat...semangat ::




:: jadiklaaa ado 2 spare, kata nak lepas gian jer ::

udah setel kat boling, kami ke suatu tempat lain lak. kali ni aku plak nak makan. since kakros dah makan kat kopitiam tadi. tempat yg kami tuju sebuah shopping mall lain plak. zasssss....

February 23, 2010

video clip wali band - cari jodoh (chorus)... versi najihah

video

Wali Band – Cari Jodoh

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

reff:
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hati ku
Siapa yang mau


haihhh..budak² mmg cepat pikap lagu² segini.

terima jerlaaaa....


attended en.nahar’s gathering @restoran nelayan, titiwangsa

knowing en.nahar yg sker bikin seprais tu kkdg naek hangin gakla. manataknya, di tengahari ahad yg permai. time tu almost noon. dia calling-calling hp aku dari opis beliau. katanya soh siap-siap skang mau ke kenduri. aku pun, apalaga tau jer nak kuar pastilah dan dan cargas. tapi, ada lagi pesanan beliau. katanya pakai jeans jer. peh, lagi la syioook.

dah setel aku siapin anak-anak. turn aku plak la. grab jer jeans mana ado ngan blouse. nak pakai t-shirt cam keji sgtla kan. kok yer pun katanya leh pakai jeans. fatihah masih tido lam buai. takper, fatihah kasi last kopek. sempatla aku snap-snap pic budak-budak bertiga nan bertuah itu.

P2210080

sesampai jer en.nahar kat umah. dia sibuk nak mandi segala la plak. so ok, kasi can. aku pun dah sesiap segala botol susu n pampers bekalan. fatihah pun dah siap tukar baju. masih saspens…..kenduri apakah??? kenduri siapakah??? di manakah???

aku tanya jer kenduri ni katner. pendek jer jopannya. gombak. ok fine. aku pun lilek-lilek jerla kat sebelah sampailaaa dia belok kat simpang titiwangsa. to cut it short katanya, gathering x-mcD mcm yg penah dia attend dulu. aku pun oooo kan jerla.

P2210092 :: mereka ::

lunch buffet. food ok ok jerla. yg penting en.nahar nampak laaa mau berdunia dgn org gak skang. so, kasi la dia can kanna. aku pun dpt jumpa kawan baru. farah, wife fendi. si farah ni pun punya 3 cahayamata yg kesemuanya jugak perempuan. elok jer kami satu table. tak pepasal kena usik en.nahar dan fendi ‘lemah’ pasal semua anak pompuan. apakah??? hehehehe so sapa yg punya ramai lelaki gagah la gitu??? layaaannnsss….yg penting abis gathering en.nahar menyambung kembali pekerjaannya di kantor. sekian.

P2210086 :: antara yg hadir ::

P2210088 :: aku dan farah ::

P2210091

:: my heart, my soul errrkkk…. heh ::

abis acara gomoi, acara lepas gian lak....

setel minum-minum peluk cium di rumah maktok sikembar, aku ngan kakros apa lagi. mereka-reka la rancangan mau kemana plak. apatah lagi la, kami berdua hanya berdua. diulang, BERDUA sahaja. heh. heaven oooo dpt jenjalan seperti bujang-bujangan. sesekali boleh la. kalau seselalu aku rasa pasti yg ada naik hantu. heh, sapa lagi en.nahar laaaa. hihihihi.

oleh kerana, kamu berada di sekitar sg. besi sana dan jalan terdekat mau pulang ke rumah adalah melalui bukit jalil makanya teringat zaman sekolah-sekolah dulu. ponteng kelas pehtu pakat-pakat buat kelas kat endah parade, sri petaling sana. hah, korang tau apo ada kat endah parade tu??? jom aku gitau.

ok, dah kata ko jalan ngan makbuyong peknen 3bulan. pasti ko akan rasa hazab sikit. pasal asal jalan sikit dia mengah. asal jalan sikit dia dahaga. asal jalan sikit dia lapo. haaa tang bab lapo tu ko takleh lengah-lengah karang dia gigil kepala lutut susah. tapi, seb baik aku leh bekap dia drive so takder la masalah sgt di situ. memasing saling kaver mengaver gitu.

ikut kehendak kakros dia nak karoks. hah! idea yg bernas. so, kami terjahla itu e-box. kalau ikut pakej dia offer 3jam for 2-pax RM36. tapi, apa gila ko nak dok lenggak lam tu lelama. mau mati kejung. dah lah, kami berdua jer. so, kakros kata takper pas kami makan jap karang kami dtg lagi.

turun ke k4 makan kat kopitiam situ. kakros jer makan aku gi jalan-jalan dlm k4. kot kot la ada menatang-menatang apa aku leh grab. tapi takdo, so selamat wang ringgit di situ. pas abis makan terus terjah balik e-box ting 5 atas sana.



:: e-box karaoke ::



:: harga pakej ::

tapi nasib kami agak malang. pasal, kami decide takmo amik pakej hat 3jam tu. rasa cam muntah darah lak ko nak melalak sampai 3jam lam tu. so, kami tanya la kalau mau takat sejam ke 2jam jer ker. memula dia kata kalau hourly ada la for 2-pax RM15 sejam. hah...okla tu. pehtu itu amoi angkat tipon call sapa tah. dan membawa berita yg agak mendukacitakan buat kami. katanya, aritu still consider CNY public holiday. dan dan rate bertukar jadi up sekaliganda. pehhhh ko jgn gila-gila amoi. ko ingat ko hebat leh mempermainkan pasaan kastemer ko sesker ati. awas ko amoi, nanti musim cuti raya, ko nak makan ketupat cicah rendang aku cas ko 2kali ganda lak. ek eh...tetiba aku feel-feel penjual ketupat rendang. heh.

oleh kerana sudah kuciwa di e-box. kami berdua pun membawa ati yg lara ke suatu tempat. huk..huk..huk....



:: jeng..jeng...jeng ::

February 22, 2010

mode menciwi dgn windows live writer lagi…heh

frog1

so, skang sonang la nak letak watermark sesiap dekat sebarang pic. oh! hidup aku bertambah ceria dgn adonya windows live writer nih. heh.

org dah lama ado, ko baru terkial-kial zamihartini oooiii…takper, at least aku mencuba kan. so, new lesson learnt today. ngeh…..

entry testing….

tetiba rasa tak tau nak tulis apa…

org ado windows live writer, aku pun nak.

seb baik sonang jer donlod segala, so kasi zassss

aku fatihah maya's wed

gambar ni adiktiriboboysulung kot yg amik, di perkarangan masjid.

attend akadnikah maya. kira ala-ala eksklusip gakla pic ni. heh.

kalau menjadi ini entry, dan sesiapa lagi rasa tetiba teringin gak mau ada live writer ini, sila terjah link blog maya di atas ya.

chalow.

video si kembar : amar vs amira

last week, aku amik cuti satu hari. kekonon mau balik kampung. tetapi memandangkan ibu mertua mmg ado di KL ni, makanya hasrat mau pulang terpaksa dibekukan dulu. walaupunnn aku rindu bangat sama loqstaq. tapi, aku tak sesiakan cuti itu. aku ngan kakros sepakat terjah sg.besi sana. mau menggomoi si kembar yg sudah bersatu setelah bb amira dibenarkan pulang pada hari sebelumnya.



:: kakros yg soh amik pic ni ::

perjalanan kami ke sg. besi penuh onak dan duri (baca : sesat barat). kata tak penah pi pun situ. lalu jer penah. walaupun achikmimi tak dok lam kem, aku soh gak kakros masuk kem. motip???

alhamdulillah, sampai gakla. tanpa berlengah, terus la menerjah itu 2beradik kembar. wuiiihhh syiook. ko bayangkan, selalu pun kita bersalin ada sorang jer bb kenit. ini tergolek depan ko 2 org. sepasang lak tu. kkdg rasa cam tak percaya. tapi, dah benda nyata. percayalaaaaahhh....

pas gomoi-gomoi ini budak-budak aku n kakros ada misi lain yg perlu dilunaskan. so, kepada sapa-sapa nak tau apa misi kami...nantikan.



:: sembang adikbadik ::



:: cute kan mereka? ::



:: amira agak agresif, berbanding abangnya amar ::



:: auntie njang dan nur amira sofea ::






:: si pink dan si biru ::



video

:: layan video amira keriau ::


February 19, 2010

kalau sudah ditakdirkan IA menjadi milikku, insya-Allah IA kekal menjadi milikku...

peristiwa ni bebetul menyentap hati naluri aku. pendek kata, darah secamca takdak lam badan dah. huhuhuhu....alkisah di suatu pagi di hari khamis. as usual siap-siapkan budak-budak mau anto neseri. maka berduyun la turun lif menuju ke kereta.

sampai jer kat keta, mulala menyusun mereka kasi port elok-elok. karang ada yg bergaduh tarik rambut segala. mana dgn beg baju, beg sekolah, baju sekolah di hanger. peh, mau pening gakla. tapi, apa yg boleh diungkapkan inilah pengorbanan *ayat cliche*. heh.

enjin kereta dihidupkan. while waiting, 2-3 mins...walaupun aku penah jer baca untuk apa kita kononnya nak panaskan enjin keta tu. katanya nak jaga enjin. ye ker??? ok ok berbalik pada citer aku nih. pas seminit on kan ekon. selang bbrp min aku pun masuk gear jalan.

standardla nak kuar gate, malas nak touch kad angkat tangan jer kat guard. ambik masa oooo nak scroll the window down, then nak touch lagi. budak-budak semua pun aku ajo soh angkat gak tangan kat gad tu. heh. oleh kerana, aku perlu membelok ke kanan, makanya aku kena la make sure kiri kanan jalan tiada kereta. kena extra careful, keta bnyk di park di bahu-bahu jalan. ini menyukarkan pemandu berhemah seperti aku untuk kuar dari simpang. melalut lagi.

bila dah pasti tiada kereta kiri dan kanan jalan, aku pun nak tekan minyak laa nak zasss. sekali aku terdengar sesuatu. aku intai kat cermin sisi. rupanya pak gad tadi berlari-lari menepuk bontot aku keta. aku apa lagi cuak aarrrr. seingat aku, aku dah make sure sumer pintu keta ditutup rapat. elok jer aku bukak pintu. pak gad tersebut meninggikan suara. marah-marah. yer dia patut marah, aku cuai. aiyoooo henbeg aka klac nine west aku elok jer port atas bumbung keta uolls. mampossss....sampai centu sekali. berulang kali aku ucap terima kasih sama itu pak gad. rupanya masih ada yg sayang mahu ambil berat antara satu sama lain. toche tochedoa.



:: jom skodeng apo ado lam klac tu ::
:: penuh ngan kertas/slip bank/resit ::



:: tapi, janganlaaaa ilang bebenda nih huhuhu ::


February 18, 2010

di carrefour bukit rimau, fatihah didera lagi...

cuti CNY, mmg la panjang. tapi aku??? asiklaaa dok di rumah saja. sila salahkan en.nahar. dia yg takmo bergerak kemana-mana. kesian kan aku. tapi, takperla janji berbahagia sudah. *ayat pasrah*

ari ahad, kakros n family datang rumah. dia pun dlm mode membosankan diri. kena plak ngah peknen, lagi la kemalasan mau drive ke sana kemari. tetiba dia sudah kasi idea mau kidnapped ppgs balik ke rumahnya, jadi tinggal fatihah jerla dgn aku.

kekonon, dah tinggal fatihah leh la aku ayat en.nahar kuar dating ke kan. tgk wayang ke hapa. takdonyaaaa takat gi makan kat pantai dalam nun jer, pehtu balik tgk gelanggang rajalawak. apakah??? sungguh tidak warna warni idupku. tapi takper, as long as tak kaco periuk nasi org lain sudahla kan.

esoknya, sekitar jam 11am sudah siap-siap mau ke klang menjemput sarah, aaliyah n najihah sekalian makan nasi tengahari terus di rumah kakros. pastila sodap bila mana dpt makan free nasi panaih-panaih. kebetulan kakros call kata dia tak dpt cari petai. soh kami tgk-tgkkan masa otw nak dtg klang. aku pun, pasang ayat la mau ajak en.nahar benti pyramid dulu ker. singgah jusco ke kejap. sudahnyer, hampehhhh takmo nyer dia. katanya malas nak jalan. chet.

akhirnya, kami terpesong jua. termenyinggah carrefour bukit rimau yg baru seminggu beroperasi. jadikler....janji ada petai habuan peneman sambal tumis udang kakros. cari punya cari kat bahagian sayur-sayur tu. adaaaala sebungkus lagi. tapi tu pun hidup segan mati takmo. dgn mahalnya. so, kensel beli petai. proceed dgn beli buah-buahan peneman kuah rojak kakros.

hah, carrefour ni pelik sikit. sapa mau troli sila amik sesiap kat bawah kerana di atas kelak tiada benda berunsurkan troli. raga yg beroda adolaaa. memandangkan kitorang nak beli pun ala-ala jer, makanya kami amik jerla raga tu. aku fokus nak masukkan fatihah lam troli dah oleh kerana tak amik troli sesiap tadi kat bawah masukkan jer dia lam raga nih. ala, dia pun bukannya berat sgt. so, just nice dia kat dalam tu. behave lak tu lam raga tu. so, tugas ayah taaaarrriiikkk.....



:: tarik jangan tak tarik ::



:: tah apa yg dikuis oleh fatihah tu ::



:: ayah yg sentiasa selamber ::



:: feel-feel atas upih nyioq ek a-ah ::



:: fatihah setia dgn sipar sebelah berlain dia tu...heh ::

kisah dinner dan air 3 layer

lately ni, balik keje jer aku mesti tapau sesiap dinner for da kids. yesss...aku dah tak masak malam. bukan tak sempat. tapi aku malas. aku malas nak berkungfu kuntau dgn fatihah kat dapur. asal masuk dapur jer nak masak, dia pun sibuklaaaa nak masuk celah kangkang aku. nak masuk balik dalam perut aku balik gamaknya.

selalu pun aku akan tapau nasi putih ngan lauk 2 jenis. diorg paling suka kalau lauk tu ada sup-sup sikit. tetambah fatihah kalau boleh makan nasi, kalah kita yg besar nih.




restoran masputra taman sri manja antara restoran yg acapkali aku akan singgah bila aku balik keje. selain layanan yg mesra, food dia sedap dan juga harganya yang berpatutan. bukan nak cerita pasal makanan lain, tapi aku nak cerita pasal air 3 layer. atau kalau dalam menu restoran masputra ni dipanggil air teh 3 rasa special.



:: ada menu sarapan pagi juga::



:: pelangi 3 rasa dan teh 3 rasa special ::
:: lagi detail boleh klik kat sini ::



memula aku ingat, hanya wujud teh 3 rasa saja. rupanya ada kopi dan pelangi juga 3 rasa. kalau yg kopi tu kopi laaaa ada lapisan susu dan air gula merah. yg pelangi tu plak mendernyer? bila aku recce recce rupanya pelangi tu air sirap. kiranya lapisan satu sirap, kendian susu dan bawah air gula merah la kot. dan bila digaul mungkin rasanya ala-ala sirap bandung gamaknya.

aku lum try lagi pelangi 3 rasa. takut tak kena kehendak tekak. so, pada hari berkenaan aku up segelas teh 3 rasa special sementara tggu sup ayam sayur dimasak.



:: air aku ::



:: abisssshhhh ::

so far, rasa teh tu ok-ok laaaa. just nice. aku dah pekena teh ni 2 kali kat kedai ni. cuma yg aku leh compare teh 3 rasa kat kedai ni ngan maju junction, kedai ni agak 'pure' manakala kat maju junction rasa dia agak 'lite'. both pun aku suka. tapi idokla suka sampai nak pekena hari-hari. kiranya kalau teringin takyahla susah-susah nak ke maju junction sana, kodai bakang rumah aku ni pun ado. restoran masputra adalah sejenis restoran melayu. sekian.



:: peh, tambahan 30 sen kalau kita tapau air hebat...hebat... ::
:: rega plastik ngan straw la kot nooooo ::

February 17, 2010

kisah sikembar amar dan amira

rasanya rata-rata pun sudah maklum yg achikmimi sudah selamat bersalin sepasang kembar. apabila kata putus diambil kembar tersebut telah diberi nama mohammad amar sofian dan nur amira sofea. tapi, setelah hampir 3minggu amira kekal di hospital kerana berat badannya yg tidak mengizinkan untuk pulang bersama-sama si abang.



:: baby amar ::

dan, dalam tempoh itu jugakla achikmimi atau kkdg achikrizal berulang-alik ke hospital untuk menghantar susu. lately ni, syukur kepada Allah kerana berat amira konsisten bertambah 500gm menjadikan berat total nya hampir 2kg. (masa dilahirkan hanya sekitar 1.21kg jer gitu).



:: baby amira ::

alhamdulilah, pada tarikh 16feb 2010 baby amira sudah dibenarkan pulang bersama saudara kembarnya baby amar. pic ini dikirim oleh achikmimi. rasanya inilah pic pertama mereka bersama setelah hampir 3minggu dilahirkan. syukur yg teramat sangat dipanjatkan ke-hadrat Ilahi juga kepada saudara-mara, sahabat handai yg mendoakan kesihatan si kembar juga achikmimi. terima kasih. amin.



:: si biru dan si pink ::

blogger-emoticon.blogspot.com


kopi jantan vs kopi betina


si isteri : abang, tetiba rasa nak minum air coke....

si suami : ishk, umo dah 30 lebih, tak elok minum air tu....

si isteri : dah tu, abg beli kopi jantan jer...kopi betina tak beli....(baca : kacip fatimah)sengihnampakgigi

heart my community