Followers

January 29, 2010

LIVE : Alhamdulillah, achikmimi selamat melahirkan

Twin kedua kena dok dlm incubator (maybe yg bb girl kot).

Skang tgh tggu twin first n achikmimi masuk wad dari OT.

Sent from my iPhone

akibat terbawak-bawak...

haihhhh..... ni apa kes pepagi dah mengeluh ni??? takder, gini smlm petang balik dari opis. tah apa yg aku pkiaq pun tak tau. rasa cam penuh jer dlm palaotak nih. jalan dari opis as usual kejap ok, kejap jem. sampaiiiilah dekat simpang nak masuk bangsar.

selalupun dekat sini jalan mmg tak banyak keta. seingat aku masa ni tgh layan lagu akhein khuli dari filem mohabbatein. aku dah perasan dah satu motor ni. lagaknya seperti sudah terlajak dari simpang masuk ke bangsar tu. tup tup jer dia sudah pusing dan zasssss potong terus mau masuk ke simpang tu.

aku apalaga, brek menyakaq la *bak kata org kedah*. ishkkkk mmg nasib laaa aku tak langgaq dia. kalau tak mmg mati aih dia. dia pun mesti bajet aku akan brek, sekali aku tak brek. dia pun brek jugaklaaa. tercium la jugak keta aku tu. pehtu dia rilek jer terus masuk simpang. aku tgk dia ok jer jalan, aku pun jalan la.

tapi, yg aku geram tu. perlu ker kau merisikokan nyawa org lain jugak. katalah aku terlanggaq dia mati ka *nauzubillah* dah mati sekian la kisah hidup dia kan. ni, aku yg hidup ni. cemana??? anak-anak aku ramai oooiii. perlu ker nak idup dalam trauma. huhuhu takmo!!!

so, pesanan kepada pengguna jalanraya di luar sana. tolonglah...kalau nak buat kesalahan undang-undang jalanraya tu pk pk la nyawa org lain sama. pk kata kalaulah kita kat tpt mereka yg punya anak ramai, yg punya ibubapa yg sakit ker diorg tgh tanggung. kalau jadi apa-apa kat diorg ni, tak ke kesian dkt mereka-mereka yg bergantung harap dgn si mangsa. dan lagi satu, pk pk kanlah diri sendiri juga. sekian.

January 28, 2010

kepala babi yg dimaksudkan, rupanya di masjid dekat dgn umah aku...huhuhu

petang smlm, dahla dikejutkan dgn satu eksiden mangsa masih berada di tempat kejadian...
terkejut lagi dgn satu insiden ni plak.

masa otw back dari amik budak-budak kat neseri...
aku lalu dpn masjid baru al-tirmizi, taman seri sentosa.
aku tgk ramai giler org. jemaah masjid, polis dan juga 2-3 org cina.
nmpk mcm tgh membincangkan sesuatu.
terus otak aku pk-pk, ni mesti ada kes nih.

balik umah, dekat2 nak tido aku sesajala browse status kkwn kat facebook.
sekali tertancap dkt si luth punya status terus aku buka blog dia baca.
dan sah laaaa kes kepala babi. huhuhuhu......

nak baca cerita plus pic leh klik kat sini.

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras diletak di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletak di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi wang dengan jumlah sama diletak di hadapan pintu masuk perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.

“Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan,” katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dan Ketua Polis Daaerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. – Bernama

Rasbollah berkata, orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). “Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini,” katanya.

Musa pula berkata, tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi

Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

“Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini,” katanya.

Musa berkata, beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid di sekitar kawasan itu supaya insiden serupa tidak berulang.

Katanya, keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut. – Bernama

January 27, 2010

ole-ole dari china vs vietnam


ini gula-gula.
ala, gula-gula mcm gula-gula cap udang tu.
yg kertas dia leh makan tu.
yg penting ia dibeli di perkampungan org islam di china sana dan dijamin halal.
tq to kak ana.



haaa ni lak beg yg sangat mensomel.
jugak dari china.
yg pasti beg ni sgt molek diisi dgn netbook.
hah!!! adakah???
tunggguuuu....
tq to kak rasimah.



dan ini lak from vietnam
dari adiktirigugurl.
mmg dah ckp ngan dia, kalau mau beli souvenir sila beli FM saja.
makanya dpt la aku sepasang FM yg cute ni.
kira-kiranya dia dgn en z la kot. kononnnn.
heh...tq adikku!!!


boleh ker buat entry mcm ni???
balooonnn....

January 26, 2010

lunch dgn adiktiriboboys di tcrs

last week ari apa tah, aku bersama mereka mengambik lunch di the chicken rice shop, the mall. mengenangkan the mall dari opis aku tu berkereta kentut pun leh dgr makanya kami sepetak suara bersetuju ke situ.

haaaa kenapa boboys??? kalau boboys tu plural bermakna lebih dari satu/seorang. haaa nila nak kenalkan adiktiri baru. chey chey io io jerla kan. walaupuuuun. yer aku, payiet n nikolas ber trio bolos ke the mall sana memandangkan pada hari kejadian adiktirigugurl sedang berhoneymoon ke vietnam, makanya kami saja la.

sepetak suara mau makan di the chicken rice shop mengenangkan itu nikolas berperut melayu. asal lunch jer mau makan nasi, asal lunch jer mau makan nasi...hihihihi ampun nikolas. kaktin mintak lalu yer *sambil tunduk lalu depan nikolas*.



:: agenda memilih menu,
walhal amik set jer pun ::



:: senyooommm ::
:: eh, frame spek kita samoooo ::



:: diakhiri dgn gegambar makanan ::

January 25, 2010

apabila kasih ayah + kasih suami = .....



...en.nahar tolong cebukkan fatihah. heh.

yer, gitula bila kasih seorg ayah kepada anaknya dan jua kasih seorg suami kepada isterinya.
sementelah si fatihah beri-beri dan aku plak sgt kemalasan kedaung mau bangun dari pembaringan, makanya en.nahar berpasrahlah mengambilalih tugas tersebut.

terimakasih bang!
lurve u!



:: pakej kasi mandi terussss ::
hikhikhik


January 22, 2010

kisah lunch 2 hari berturut-turut...bersama si diva

2 hari berturut-turut aku lunch dgn diva JPS. nak tau sapa??? biarlah rahsia. hari mula-mula tu disebabkan si konain @rikkie sudah mungkir bahagia janji mau lunch sesama makanya aku ngan si diva jerla kuar. kami lunch kat taman tasik. aku amik set nasi kukus ayam dara + teh o suam.

so, janji yg dimungkiri dikotakan next day nyer. bukan apa, aku mau merasa naik keta si rikkie tu ha. aiyooo melethopss. 2 kali tukar keta tajuk yg sama. tapi, harap keta jer la melertzzz tuan dia tetappp kedaung. *amppooon konain* wakakakaka.

tepat waktu yg dijanjikan kami bertiga pun gerakla ke basement sana. sempat aku snap-snap pic ala-ala paparazzi gitu. heh, yg penting muka si diva tetap tak nampak.



berlainan ngan si rikkie. aku soh dia pos kat keta idaman malayanya ini. senyoooommm suka ko kan. yg penting aku leh jaja pic ko kat blog aku konain. ko sila berpasrah eh.





si konain ni aku kenal sejak join bnm la. mmg kami agak rapat. nak nak tang bergelak besar sesama. wuiiihh aku suka. sesekali gelak kekuat released segala-gala. yg selalu jadi mangsa si diva la. sabo ek kak*teeettt* ko pun sila berpasrah.



aik, ko kata ko bujang konain ni mana mai diaper lam keta ko ni. kantoiiiii!!!! oooo ada anak angkat rupanya. bagus-bagus. sok sok ko amik anak aku gak wat anak angkat ko ek.



:: nak juga pos pic keta si rikkie ::

kali ni, kami lunch kat tugu view cafe. aku penahlah dtg sini duluuuu lama dah dgn si diva gakla masa tu aku masih dgn jps. masa tu cafe tu kenit jer. skang dah expand u olls. food ok ok tapi agak mahal. memontang ko dok lam kawasan jajahan pelancong kemain ko kan demand rega food. tapi takper, arini nyer food ditaja oleh si diva. terima kasih la bbnyak yer.



:: otw balik pas kenyang makan ::
:: nampak nau dagu aku dah berlapis-lapis. balooon ::




:: dan si diva tetap menjadi misteri ::

January 21, 2010

membeli belah dengan mak



semalam, balik dari opis aku amik mak dulu sebelum amik budak².
kami ke pasaraya bintang. memula ingat mau jalan-jalan jer.
ujung² terjebak di kedai baju-bajuan.

aku dapat sehelai jubah dan mak dpt sehelai seluar.
santek amat itu jubah. murah lak tu. gitu jugak suar mak.

mak tak abis-abis mengagum dgn harga yg ditawarkan di kedai tersebut.
mmg murah pun. bebila nanti, aku mau singgah lagi itu kodai.

kami terus langsung masuk bintang. mau beli diaper najihah.
pehtu up sikit jajan buat mereka habuan umpan di kendian hari.
habis shopping, kami entitle untuk draw satu lucky draw sempena CNY.
memula ingat, akan dpt sekotak tisu jer rupanya nasib agak baik.
dpt sebotol cecair breeze yg baru tu. sedapppp amat bau nyer.
tapi still takleh celen bau cecair attack. mmg orgasma ooo bau attack tu.
hikhikhik....


ibu, engkaulah ratu hatiku....

pada yg berkawan dgn aku di facebook pasti tau, last monday mak dtg sini. mulanya nak uruskan hal achikmimi la. asik kena jadi bahan ujikaji jer kat UH sana. tapi, alhamdulillah pepagi selasa tu achikmimi dah leh discharged. cumanya dia kena monitor dia nyer BP di klinik-klinik berdekatan. takut BP dia naik.

berbalik pada kisah mak tadi, sejak mak ada kat umah aku agak kurang tension. walaupun kkdg tension jugak. heh, bukan dgn sapa dgn ATM laaa. adoi, mmg membikin naik darah la hai. especially yg no.3 tuh. tapi apakan daya ku layankan jerla.

balik petang, rumah dah kemas. makan malam siap terhidang tinggal nyam nyam jer. esok petang, ayah lak sampai ngan air asia. dan mereka dijangka pulang jugak dgn pesawat air asia ari senin pagi.

bersyukur dgn apa yg aku ada skang. mak ayah yang masih sihat. adik beradik yg saling mengukuhkan. keluarga, suami dan sahabat yg sentiasa memberi sokongan juga semangat untuk aku meneruskan hari-hari ku ini. terima kasih ya Allah. sesungguhnya aku bersyukur kepada-Mu. amin amin ya rabballalamin.

:: pic di pagi selasa dgn mak ::


January 20, 2010

happy birthday adiktirigugurlzz...yg melertzzz

ari senin, dpt jemputan email...
priavate makan-makan katanya...
makan-makan tersebut ari selasa...
so, apa lagi sesampai jer kat opis zasss ke 3C...
peh, menu mmg manthoppsss...

ado mihun goreng, kuih badak n apam jua embun menitik...
embun menitik??? tapi mana eskem nyer...heeee
lagi sedap embun menitik ni dari yg lanai nyer...heh

aku belasah kesemua di atas, teh tarik melethopss kakijan...
mmg terbaeeekkk aarrr...tq maya...tq staf myclear...*tetiba*
dan aku pun terdampar kekenyangan....



:: kan dah cakap, dia mmg melertzzz ::



:: mihun dan kuih apam ::



:: kuih badak dan sagu gula melaka ::



:: kek from secret recipe ::


makan-makan sempena besday MAYA

19hb jan....merupakan harijadi adiktirigugurlzz yg ke .....teeetttt

dia meng arrangekan satu makan-makan for adik beradik tiri pada hari sblmnya. kira dia membelanjai kami la gitu. bertempat di lanai kijang. ko mau makan apo, ko order saja. pasti dipenuhi. aku decide mau makan bnyk benda tapi dlm kuantiti yg sedikit, makanya aku order rojak buah, soto madura, embun menitik dan minum laici special.

mmg terlantarlahhhh...terbaeeekkkk thanx maya!!!!



:: ini foodies aku yg punyaaa..muahahaha ::



:: yg bertonggengjawab membelanja ::
:: stress giler muka napa nya ::



:: yg terlibat dibelanja ::
:: pun stress jugak kaaa?? ::



:: mine, the red one ::



:: lamb shank - payiet punyerrr ::



:: spagheti - maya nyer ::


menyelit sikit leh....
pic aku di hari kejadian...kekonon mau pakai ala-ala tema pink...
sudahnyaaa...vest dari ms read. heh....
pic kredit to sarah pasal tolong snapkan.
time ni, en.nahar tgk berbuluuu jer...
i'm soriii bang!!!


January 19, 2010

tahniah bro djepoi....


wuihhh...glamsss
bro djepoi kita masyuk paper....
tahniah..tahniah...
semoga lepas2 nih, blog dia semakin digemari dan
yg lagi penting projek haibat2 masyuuukkkk....

bro, komisen takdak ka??? hihihihi

cerita online di sini
kalau nak baca secara 'live' sila dptkan suratkhabar hari ni utusan versi MEGA

tak lupa juga tahniah buat junior ku durra
semoga korang success2 selalu yer...cheers!!!

kasut fatihah...rawksss

ini kisah kasut sipar fatihah. merujuk pada pic, memula aku beli spsg yg kaler putih tu. ada icon ben10. ada citer pasal sipar ni aku penah wat entry once upon a time...jap nak godek hah dah jumpa pun. klik sini kisah kasut ben10.

pehtu, sebelah sudah hilang masa kami jenjalan kat pyramid. kes dukung kasut jatuh sebelah. mengenangkan kasut tu takdola mahal nau, so aku pun tak la ralat. pas pastu aku mula merasakan susah bila dia tidak bersipar since a-ah dah leh jalan. so, aku grab lagi sepsg ala-ala kasut ben10 tu gak. tapi kali ni ada icon superman. kaler biru. tapi mahal sikit yg ni. aku beli kat kedai mana tah dah tak ingat.

nak dijadikan citer di suatu pagi yg permai, fatihah sudah buang sebelah kasut supermannya. huwaaaa!!! so, kenala aku berdukung dia lak pastu. tapi, nasib aku baik gakla bilamana kasut biru dan putih itu masih boleh di match kan. dan hasilnya.....



:: see, ala2 pattern skangla..sebelah kaler lain2 ::



:: heh, pagi ni saya agak ber hanginnn ::



:: tapi cam ok-ok la kan...budak pakai cam cute laa ::
:: tapi, kalau org tua pakai buang tebiat namanya..hahaha ::


January 18, 2010

melawat achikmimi di PPUM

sian achikmimi, sudah seminggu terlantar di wad bersalin PPUM sana. walaupun lum bersalin. last week dia dimasukkan ke labour room kerana mempunyai mild contraction. memandangkan babies masih kecil, doktor tahan dulu. kandungan beliau skang sudah 7bulan gitu.

smlm, kami sekeluarga telah melawat beliau di wad. sesampai di PPUM dan setelah meletak kereta kami sekeluarga sudah sesat barat di dlm itu spital. adoiiiyai, tak taula nak salahkan sapa. kamikah yg tak tau baca signbod, or sapa2kah yg harus dipersalahkan. ada tak sesapa penah sesat dlm ini spital? sila angkat mouse tinggi-tinggi.

hampir 20min gakla dok xplore race dlm bilding akhirnya sampai juala ketemu ngan achikmimi. syukurrr. makanya anak-anaklah yg paling suka. yerla, lama tak jumpa ngan achikmimi. fatihah pun apa lagi, berlari ke sana kemari pasal wad kat situ luas. tak cam wad dia kat pantai sana.

sembang-sembang update apa patut achikmimi kata, kemungkinan esok (hari ni) dah leh discaj. dia pun boring taala dok dlm wad tu. yerla, sapa tak boring ooiii. haaa...tingat satu peristiwa di mana 6 doktor pelatih telah gagal dlm ujian bilamana mereka menjadikan beliau ujikaji. ujung-ujung semua pun failed pasal semua pun kata dia pregnant 'single'. dan dimarahi oleh prof. doctor mereka.

:: pakat-pakat menghabiskan jajan achikmimi ::



:: terbaru diberitahu, doktor mau tahan achikmimi lagi 3weeks...
aiyooooo!!! ::


January 15, 2010

korang rasa boleh tak???...

...kalau, kita tak suka seseorg tu disebabkan dia suka bertanya itu ini *tapi bagi dia, mungkin soalan-soalan dia tak salah*...bagi kita soalan-soalan dia tu mcm terlampau menjurus kepada mau membizi bodi, kalau kita cakap terang-terang kata kita tak suka dia or cara dia, korang rasa dia boleh terima tak???? hmmmmm.....

*kes lebih kepada mau menjaga hati la nih..haihhh*

January 14, 2010

sarah with her new watch...

tiba-tiba ari senin tu, terasa mau belikan sarah jam. niat nak beli yg ok ok sikitla. so, lunch hour bersama-sama beradik tiri zasss ke sogo. makan2 kejap kat food court terus terjah kiosk jam kat tingkat 5. errkk tingkat 5 ke pun..belasah. pilih pi pilih mai, actually tak bnyk choice pun. ado cap FILA with 30% disc. yesss, aku nak dia belajar tgk jam analog instead of digital. so, kasi beli dan terus balik ke opis.

bila petang otw nak balik amik diorg, aku singgah satu kedai nih. kasi beli lagi 2 ketul jam for aaliyah n najihah. harap-harap diorg tak gadoh la kot. kot kot la tgk jam diorg lain dari kakaknya. dan, alhamdulillah, mereka menerima seadanya.



:: sarah pakai sendiri jam ni kat tangannya ::
:: just nice, kata FILA junior kan so ok la kot ::



:: dia tau gakla tgk sikit2 ::
:: 'jarum pendek dekat 7, jarum panjang dekat 9..heh ::



:: menggayakan jam memasing ::



:: dah cam power rangers lak ::


January 13, 2010

she can slide n typed on my iPhone..oh no!!!

video

i just can't realized until last nite, when i see it with my own eyes.
she just can do it by herself.
ingat kot kakak yg on kan, rupanya si kenit ku.
oh!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com


January 11, 2010

hari terakhir fatihah di pantai

kebanyakan semua yg baca blog ni/friend aku kat fb pun dah tau kan. anak kenit aku si fatihah admitted. almost 5 days gakla kami terperuk lam wad spital pantai tu. tapi, kalau korang tanya aku...aku ok jer dok wad jaga org sakit. janji kita tak sakit. tapi, idokla mendoakan soh sakit kan nauzubillah. manataknya cukup time food pun sampai. pehtu kerja tgk movie jer kat star movie. pas satu...satu. bes ooooo layannnsss.

so, pada hari isnin 4hb jan 2010 fatihah pun dibenarkan pulang. pada hari tersebut dia baeeeekkk jer. sedut gas pun tak nangis. lagian mak, ayah n achikrizal ado kan. so, takla dia boring sangat. ada org melayan.



:: sedut jgn tak sedut ::



:: sabo ek, kasi kakak misi buang itu bandage ::



:: cool jer dia, cam tetau jer dah leh balik rumah ::



:: halu A-ah!!! ::

kalau sepanjang stay kat spital kena sedut gas direct dari alat yg lekat kat dinding tu kan, so doctor ada bekalkan 2 inhaler dgn satu aero chamber. continue jer kat umah mengikut aturan yg telah ditetapkan. fatihah, ibu harap fatihah menten sihat la yer sayang. amin.....


jom ke pasar ikan...the manhattan

sejak-sejak pulang ke gagang ke hq nih, aktiviti lunch takkan lengkap kalau tak kuar ke sogo. entah mcm mana, hari ini dpt undangan khas dari seorg sahabat mau lunch together² di sogo. knowing sogo yg takder tpt makan hebat, aku suggest ke fish market jer.

pastilah berjalan kaki dan sesampai ke sogo sudah mengah-mengah. aku dgn mas mmg melapar jugakla. so, kasi order menu yg sharing² tu. pehtu itu adik waitress sudah kasi tgk satu set mender tah offer katanya. zasss amik satu platter for 3-4 dan satu set ikan mahi-mahi. air plak, aku amik tropical breeze, azhar captain quencher dan mas alabama smoothie.

food nak dtg amik masa gak, makanya pakat dok update kisah diri memasing jerla. banyak pun berciter pasal anak-anak memasing. yer, azhar adalah seorg yg bujang..tapi dia sudah punya sorang anak. gimanakah itu?? sila speku..hihihihi.

mas dgn heronya nan seorg yg semakin hari semakin menakal. aku lak biasala dgn heroin² aku la kan. pehtu dok paksa azhar cecepat cari gepren. katanya, dia hanya boleh berkawan dgn isteri²/mak² org jer bahaya kalau dia menjalin hubungan dgn wanita single takut terjerumus.

aiyooo walaupun ko bujang kan per salahnyer terjerumus pun. ishk...tak pehe tak pehe...so, kepada wanita² di luar sana jika anda rasa azhar layak dijadikan suri hidup anda *mampos aku kena tampo ngan si botak ni kang* jgn ragu-ragu hubungilah saya. atau, anda boleh tinggalkan komen di ruangan komen dan saya akan hubungi anda kemudian. laaariiikkk......



:: the manhattan fish market ::




:: mari..mari..saya single n available ::




:: ahli majlis aku dan mas ::




:: giant platter namanya...licin ::




:: our drinks ::




:: ikan mahi-mahi ni pun licin ::

January 10, 2010

minat yg dah lama aku tak buat...



selain dari mengadap movie di saluran STAR movie 24/7 masa menjaga fatihah di wad, aku jugak ada beli seketul novel n seketul magazine. yg takjubnya, novel tu aku leh abiskan dlm masa sehari setengah jer. nmpk nau, fatihah tak kaco kan aku leh membaca kasi abis.

novel di atas ni ha aku beli kat kedai kat spital. yerla, manala tau aku kebosanan kan. walaupun yg lagi bosan ialah fatihah. asikla kena suruh baring tido baring tido. dia pun oleh kerana terbaring terlelap la jugak. kalau lepas kena gas lagi la cepat dia tido. penat meraungla katakan. so, dikesempatan itu aku pun zasss la itu novel kasi abis. ala tipikal novel cintala. frust ngan org tu, cinta ngan org nih. tapi aku rasa jalan cerita dia ok ok laaa fresh gitu. walaupun ada here n there room for improvement. cheyyyy mcm la penah tulis novel. hikhikhik.

sapa-sapa rasa teringin nak pinjam ini novel. kasitau sama saya. aku nih, bukan jenis penyimpan or pengoleksi buku watsoever. so, kalau ada org pinjam tak pulang pun aku ok, as long as aku dah baca buku tu.

heart my community