Followers

December 31, 2009

Fatihah at pantai mc




Harap2 takder pa per la. Amin...

- Posted using BlogPress from my iPhone

December 29, 2009

Fatihah domam...




Cepat sembuh sayang...haih


- Posted using BlogPress from my iPhone

najihah nyaris lemas...adoiiii

sampai jer kat kawasan parking desa waterpark tu, parking adalah memenuh. memikirkan membawa muatan berat (achikmimi) makanya kenala cari jugak parking yg sehampir mungkin dgn pintu masuk. pehtu, terus q beli tiket.

katanya, budak 2.5ft free. ingat kot nak beli tiket for sarah jerla, sekali ukur-ukur aaliyah n najihah pun melepasi ketinggian itu. tapi, aku ngelat gak. aku beli tiket for sarah n aaliyah jer. so, adult satu = RM20, children 2 = RM14 x 2. so, masuklah kami beramai-ramai ke dlm sana.

elok jer aku portkan bbrg segala dan buka baju budak-budak tu, najihah terus jer meluru masuk dlm air. aku ingat kot air tu cetek, sekali aku nmpk dia udah tenggelam timbul. adoiiii aku dah panik sekalian nampak lifeguard sudah terjun dan menarik najihah naik. aiiiyookk kalau en.nahar tau ni habissss. najihah oooii awatla yg kamu ni caih sangat. huhuhuhu...tapi dia rilek jer, sikit tak nangis.



:: this pic taken just after the lifeguard rescued her ::
:: huhuhu ::


:: dedua org ni pun tak sesabo,
seb baik dah pakai sesiap baju mandi just tanggal baju luar jer ::



December 28, 2009

cuti-cuti desa waterpark!!! yeahoooo...


last week achikmimi n achikrizal adala menyuarakan hasrat mau beramai-ramai ke desa waterpark sana. memula aku takder la excited nau nak ikut, tapi memikirkan budak-budak aku zasss jerla. setelah cadangan diterima oleh pihak en.nahar makanya ari sabtu lepas segerombolan terjah desa waterpark.

seawal pagi, achikmimi n achikrizal sampai. kata umah aku ngan desa waterpark kentut pun dgr kan so takderla masak elah sgt diorg dari sg. besi datang menjemput kami. mana en.nahar? haaa soklan yg bijak. standardla en.nahar skang hari-hari pun keje. jgn kata hari sabtu jer dia keje, hari ahad pun oooii keje jugak. hari krismas punnnn adoiiii. takper takper dah keje kan. keje jerla.

sebelum terus ke tempat yg dituju, achikrizal sudah memeningkan paler semua org dlm kereta itu dgn berpusing-pusing ngelak tol hanya kerana mau ke petronas hala sunway sana nak boh NGV. walhal amount yg dimasukkan dlm NGV ketanya kala itu hanyalah RM5.63 saja. adoiii kalau tau gini nyer susah nak boh gas tadi, baiklah amik wit boh jer petrol biasa kat stesen-stesen minyak berdekatan. heh.



:: ini budak sudah pandai cari gadoh,
jgn sesapa dok kat bahagian tengah gini...
ini tempat aku yg punyer!! ::



ala-ala to do list gakla....

checklist lagi oooiii..selagi anak-anak tak masuk sekolah kan. ingat kot huru hara pasai nak masuk darjah satu jer, upernyer si aaliyah pun huru hara gak. katanya, taun ni aaliyah kena tukar tadika. las yr setadika ngan sarah kat tadika perpaduan sana, tapi taun ni neseri advise tukar ke tadika KEMAS bersebelahan jer ngan neseri. so senang diorg nak pantau. lagipun pepagi terus anto jer dia kat neseri.

aku tanya en.nahar dia ok ok jerla. dah kena cari baju sekolah lain plak. nasib baik senang jer smlm pegi kedai baju tajuk KARNIVAL terus angkat 2psg. itupun pasal dah takder stok, kalau tak aku angkat jer terus 5psg. heh. dah setel baju sekolah aaliyah, cari tudung sarah lak. nak yg jenis kain j-C tu. yg selapis jer. cari-cari jumpa. terus amik 3 lai saiz S. pehtu terus ke pj old town sana mau beli lagi kasut sekolah.

memandangkan kasut sekolah yg 2psg aku beli sebelum ni bersaiz 7, agak ketat untuk sarah makanya aku buat keputusan mau beli saiz 8 plak. seb baik ada saiz 8. terus grab lagi 2psg. kata murah kan. angkat jerla. abis citer. sementelah ada jual beg gak kat kedai kasut tu, zasss jerla seketul beg sekolah for sarah.



:: baju tadik aaliyah ::



:: tudung dan anak tudung sarah ::



:: kasut saiz 7 yg siap dikapurkan ::



:: rasa mcm aku amik beg princess, balik umah jadi hannah montana lak ::
:: balooonn ::



:: tayang sokin lagi. heh ::

December 26, 2009

Lepas satu...satu

Yerla kata anak aku yg sulung nk masuk darjah satu kan pastilah otak ni asyik pk jer apa lagi yg belum.

Kasut sekolah siap basuh dan dikapurkan. Baju sekolah lak siap serba 5 psg. Senang takyah pk nk basuh tgh minggu. Baju sekolah mak jaitkan. Thanks mom! Buku sekolah setel tinggal lg beg n tudung jer blum.

Smlm dok saja2 kasi setel stokin sekolah lak. Lega seround.



- Posted using BlogPress from my iPhone

December 25, 2009

Adeh...sakit gigi la pulak.

Tapi, jgn pelik dlm dok sakit gigi tu boleh plak mamam 4 ketul durian pan cake. Oh! Sedapnyerrr. Kena plak dgn se mug kopi o. Mmg gu diala bak kata org utara.

Pk punya pk, ishkk kalau tk buat skang bila lg nk buat. Basuh kasut sekolah budak2 dan jemur.




Kasut ni cap Pallas jazz. Cantekkk dan yg penting murah. Aku beli lambak kat kedai cina di pj old town. RM10 jer spsg. So, kalau tgh tahun minta kasut baru pun kira leh layanla kan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

December 23, 2009

coklat sedap menjilat jari


serius. coklat di atas adalah amat sedap sekali. coklat ini adalah buatan rumah (baca home-made). di buat oleh makcik pada adiktiriboboy. 4 biji ni aku dpt free sempena...errkk sempena...hmmm abaikan, yg pasti jika ada sesiapa yg mahu makan coklat tanpa was was bolehla meroger terus tuan pembuat coklat (pn. rafeah) di talian 016-2200 326.

dan saya sudah pun meng'order' setengah kilo coklat di atas untuk dimamam seisi keluarga.

*dlm setiap coklat spt diatas ada mengandungi sebiji badam yg rangup lagi bersari.


December 22, 2009

nak soh jadi bomba ke ayah???

masih kisah ayah lagi. tapi kisah ayah dan fatihah. ayah, kalau bersama-sama asiklaaa nak sakat anak-anak beliau. tapi, betul gak kan. nak sakat sapa lagi. kihkihkih.



:: dah ready ke ayah? ::



:: yeah..yeah..tinggi lagi ayah ::



:: yeayyy sudah berada di puncak ::
:: insya-Allah, kalau takder aral jadi bomba pun bomba laaaa ::
:: janji leh berada di puncak kejayaan :) ::

ayah yang pekak

ibu : kakak, ayah mana?

sarah : ayah keluar...

ibu : naper kakak tak ikut?

sarah : sarah panggil dia, dia tak dengar..pekak...

ibu : encem

December 21, 2009

akhirnya, hajat makan @satay station tertunai. alhamdulillah....

pertama-tama mau ucap terima kasih tak terhingga pada suamiku yg terchenta en.nahar kerana sehampir 3 hari aku memujuk rayu mau ke satay station ini akhirnya di petang ahad yg damai termakbul jua impian dan hasratku itu. syukur alhamdulillah.

sebelum memulakan perjalanan, aku sempat meroger seseorang jua ajak join, tapi mungkin masa itu tidak sesuai buat beliau sefamily kot. takper, misi perlu dilaksanakan. bukan apa, yg boleh jugak terjadi ni pasai, achikmimi n achik rizal ado. makanya assistant untuk 'mengepong' itu PPGs ramaila.

dengan menggunakan satu kenderaan saja, yakni wira kedaung aku tu kami pun memulakan pengembaraan. mmg la pengembaraan pasal memasing pun tak tau exact location. bukan takmo on garmin en.nahar, tapi nak test skill daya ingatan beliau memandangkan beliau pernah berkampung di sekitar area pandan sana bertahun-tahun lamanya. tapi, aku ada jugak la godek2 google maps kan. cari clue sana sini.

tanpa sesat, alhamdulillah kami sampai dgn selamat. saja kami pilih pergi awal. kira kedai baru nak start operasi la. dpt duduk dlm umah depan tv lagi.



:: nmpak jer signbod ni, aku terus shout-shout
'haaa sini bang sini' ::
*pic curik dari sini*



:: haa bes kan, dpt seat bebetul dpn tv ::
:: feel-feel tuan rumah pun ada ::



:: budak paling melasak itu ari, haih ::



:: walaupun time tu berita kan, tgk tv mcm tgk konsert akhir AF jer ::




:: sodap weih mee rebus ni...
nyum..nyum ::

masa nak order, en.nahar selamber jer nak kotiau. seb baik aku udah dpt petua sama adiktirigugurl. katanya di situ menu selain satay ado mee rebus sajork. kami semua pun on mee rebus. satay lak aku amik ayam 20, daging 10.



:: kuah satay manthopss ::



:: bilangan satay yg just nice ::


:: lapar ::



:: jus epal asamboi yg terangkattt kat kat ::




:: jus epal 4, milo ais 3. terdampar kekenyangan ::

kesimpulannya. aku mmg puas ati aarrr ngan servis food dan segala2 kat sini. tak sesia la aku pujuk en.nahar dtg. so, pada sesiapa yg lum torai apa lagi moh la weih. dijamin puas hati. chiowwws....

December 20, 2009

Xtvt online terganggu...

...bila en.nahar pun sibuk nk online. Seb baik ada iPhone. Leh gak la update blog n fb.



Dan kalau fatihah tido, dr dok sesaja baik aku pun tido sama lg besss...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sah. Juara berganda. Tahniah!!!

Cerita penuh di berita online hari ini.




- Posted using BlogPress from my iPhone

December 19, 2009

KL World Marching Band Competition 2009 : Congratulations Sultanah Asma School!!!

We are the champion!!!



The spirit is always there.

Fatihah really enjoiceeee...

Time ni kakaks ngah enjoy mandi manda, a-ah amik kesempatan kaler n buku kaler kakaks. Layannsss...








- Posted using BlogPress from my iPhone

Lunch kami...




Peri-medic...peri-medic...
Ngeeeee....

Apsal eh, bila update ngan iPhone takleh insert pic ermmm

Rumah di pagi sabtu yg permai...
Layannsss....



- Posted using BlogPress from my iPhone

December 17, 2009

apa yg saya sudah buat hari ini, yakni hari saya bercuti dan jua di hari gaji + bonus saya...ngeeeee

seawal pagi, bangun nganto bebudak ke neseri.
balik umah, kemas-kemas apa patut.
zassss ke bakal sekolah sarah. beli buku kasi setel.
pegi old town, beli kasut sekolah sarah n aaliyah.
ke maybank update sspn diorg.

sementelah ke midV terus.
masuk paking, ternmpk plak THAI ODYSSEY massage centre.
tak pk panjang, masuk.
masa ngah massage, tingin plak nak wat makeover.
ok, kuar cari kedai makeup lak.

tah cemana, tersangkut kat kaunter estee lauder, ISETAN.
beli RM150 above, dpt mekap freee. zassss.
setel gi mekdi makan. jumpa seseorg kat situ.
setel makan, apa lagi balik laaaaa.

dan sesungguhnya arini aku puas. TITIK.

December 16, 2009

sempena???

di suatu malam.

si isteri : aik, wangi apa ni bang?
(soal si isteri bilamana si suami melangkah keluar dari bilik air. si isteri perasan jer wangian itu bukan datang dari sabun mandi biasa mereka).

si suami : syampu...(dengan selamba si suami menjawab).

si isteri : *weeiiii suamiku botak, syampu aponya sampai berkembuq bau satu bilik tido. aku syak bauan itu adalah dari syampu pantene aku pakej dgn conditionernyer sekali* (jerit si isteri dalam hati).

sempena??? motip??? berwongi-wongi kayak gitu di malam hari....fikir

note : sabun mandi mereka = shower foam milk bath by j n j.

blogger-emoticon.blogspot.com

December 13, 2009

lembaran baru

Dear all,

Today marks my last day in HCDC as I will be attached to JPOM w.e.f. 14 December 2009. Truly, after a 2-and-a-half-year stint here, there have been lots of memories, joy and lessons learnt. I shall also miss the camaraderie in HCDC, which I will always cherish.


I also wish to take this opportunity to express my gratitude to each and everyone of you for your assistance and support all this while. To Pengarah and my fellow section colleagues, it's been a real pleasure to have worked with you & I am grateful for your advice, guidance and support. Also my most sincere apologies if I have in any way crossed the line during my encounters with any of you. I also hope that I have in some way or another, left a positive indelible mark on some of you, regardless how small, just as you have on me.

Once again, terima kasih for the support, guidance and friendship.
Lastly, I wish everyone all the best in your future endevour, and happy holidays.

Kind Regards,
TiNiE


esok bakal menjadikan hari pertama aku bekerja di hq semula. oh! sgt teruja...mendebarkan...penuh semangat baru. harap-harap semua pun berjalan dgn lancar. i missed my good old days di hq dan jua di hcdc. segala kenangan itu takkan dpt aku lupakan.


December 08, 2009

leka nau dua badik ni....


achu bila malas nak layan dedua org ni, dia sanggup kasi game dia ke budak-budak ni. asal dok dendiam sudah.

December 07, 2009

shoes hunting

lepas abis makan kat THAI THAI, sambung balik sesi mencari kasut. dgn tidak semena² terrrmasuk marks n spencer. wuiiiii baju opis kat sini syioookkk sgt cocok ngan saiz tubuh badanku yg menembun ini. heh. dan terrrrbeli sehelai slack. huhuhu dan oleh kerana ada slack baru, kasut baru tetappp la kena beli kan.

pencarian berakhir di jusco di mana sepasang kasut bertajuk PRIMAVERA dgn berdiscount 50% menjadi sasaran. yeaarrgh. and the journey ends now. heh.









:: tengok dan belek yer ::
:: saiz 5 ::

December 04, 2009

bila ku rindu....

video


untuk pengetahuan semua, sarah n aaliyah dah almost 2 weeks ada kat kedah sana. ikut kakros balik kg. dan, bila aku tingat jer kat diorg aku layan la klip video ni. klip ni dirakamkan sempena dia masuk menari masa tabikarama dia tuh. dan aku missed show dia yg tu. bila aku dah tau yg dia menari lagu 'malam pesta muda mudi,' terus la aku cari mp3 lagu tu kat tenet dan zasss donlod. boleh dia pelik lalu bertanya 'mcm mana ibu dpt lagu ni?' hmmmmmm. tapi jgn terkejut towards the end klip video ni udah menjadi klip video lucah. heh. najihah wat tiger show. adoiiii....

blogger-emoticon.blogspot.com


December 03, 2009

org jalan-jalan, aku dpt habuan...heeee

sekembalinya aku dari ber seminar selama seminggu di le meridien, tau jerla kan pastilah meja akan memenuh dgn surat la, buku la..kertas la. tapi the best part hadiah pun tak kurang sepahnyer jugak. heh.



ini magnet nuuun jauh dari nepal sana. souvenir dari kevin. ada kisah yg agak lucu la disebalik magnet ni. gini, kevin ada join team yg diberi nama 'zero degree farenheit'. kira dianggotai oleh staf bnm gakla. sblm diorg berangkat nak panjat one of da gunung kat nepal nuuun, pastilah kena training bagai kan. (tak sure nama gunung tu, yg pasti bukan gunung everest). so, a day sebelum dia pegi aku udah request mau fridge magnet. u olls tau dia n chris gelakkan aku like mad tau. katanya kat situ mana nak cari fridge magnet. heh, yg beno aku pun usik jer. kalau ada apa salahnya kan. tu yg dia jumpa magnet ni dia takleh resist asik tingat aku jer. makanya dia belikan la seketul. thanx KEVIN!



ini plak, keychain. tapi keychain ni bukan dtg dari jauh. tapi, si pemberi keychain bakal meninggalkan bnm. huhuhhu...kecik molek jer orgnya. nama nurul huda tapi panggil hud jer. sangat somel dan manis lagi sopan. keychain ini diberi pada hari terakhir beliau bertugas di bnm. huda, wherever n whatever u do i wish u all the best! thanx for da keychain....



haaaa ini plak datangnya dari the one n only director. seminggu minggu lepas sudah fly ke PNG atas urusan rasmi. so, sekembalinya ke tanahair pastila ada ole-ole yg dibeli untuk diagihkan kepada semua staf. syukur syukur. cekelat tajuk reese tu sgt sedapppp dap dap....lapar



and last but not least ceklat dari ms alexa. from singapore with love. actually sorang 5 ketul jer dpt, tapi since kevin balik dari memanjat sudah kena batuk² yg hebat makanya dia kasi la sama aku portion beliau. for my little ones katanya. heh, jangan sampai umah dah abis semua aku bedal cukup. hihihihi...apa pun thanx you all for the rememberance. murah rezeki aku. amin.

December 02, 2009

makan-makan di THAI THAI pyramid

najihah acapkali dok ajak aku gi singa...jom gi singa, jom gi singa. walaupun last saturday dah pegi ngan en.nahar dan fatihah. nak jugak lagi gi singa (pyramid). memandangkan ari senin lepas achudida mai lepak kat umah, makanya balik jer dari keja terus hangkut najihah n fatihah zasss ke pyramid dgn motip mau mencari kasut baru.

jarak dari umah aku n pyramid ikutkan dekat jer. street ikut npe dlm tak sampai 10min dah sampai. tu pun, kena la tol RM1.60 takpala..sesekali. dah siap parking terus masuk cari-cari butik kasut. yg ada lam palaotak butik ELLE la kot. pasai ELLE kalau wat sale kasut agak gila-gila la.

tapi butik pertama yg aku jumpa apa ke namanya tak ingat. passed. second butik terus ternampak butik ELLE. yesss...tapi, cam rasa tak best lak. nak servey2 lagi. masa ni najihah dah bikin hal.

blogger-emoticon.blogspot.com

malas nak layan dia, terus ajak cari kodai mau makan. terus tertancap ke satu kedai nama THAI THAI. memandangkan perut mmg tgh melapar, makanya masuk jerla.



:: bersama budak yg sgt² notty ::



:: fatihah makan sudu jerla ::



:: kalau soh posing, mmg A1 ::
:: tapi, kalau nangis pun terror ::



:: thai ice tea, achudida punyer ::



:: fruit punch cocktail, aku nyer ::



:: kerabu mangga ::



:: green curry chicken ::



:: budak baik pada hari kejadian ::

kesimpulan makanan di situ ok-ok la. kalau tak ok tak selari plak dgn deco dan layanan high class yg customer dpt. for a try boleh la, kalau nak repeat lagi takyahla...gi jerla gerai-gerai tomyam berdekatan umah anda. hehsengihnampakgigi.

heart my community