Followers

April 30, 2009

bersiaran secara LIVE dari ZEN hotel, alor star

halu!!!
aku skang ada kat hotel ZEN bersebelahan sekolah men. keat hwa, alor star.
hotel baru. aku amik family suite RM118/nite.
bilik just nice untuk kami 6 beranak.
budak² ngah tido tuh leh la aku poya² jap.
skang ni, aku tgh bertenet pakai internet centre diorg.
quite interesting.
sesapa yg terlepas ke loq staq nenanti, leh try ini hotel.

taggin' by ERINHAKIM

aku kena tagged ngan ibu mengandung sorang nih.
walopon perut dia dah 8bulan, tapi dia adalah menten chomey, kurus langsing gitu.

1st, download your favourite photo using effects at photofunia.



aik, naper 2 ketul. sukatila. kata blog aku kan. dah plak kena jawab tag.
gambo first gambo aku.
yg second tu gambo en.nahar ngan bb fatihah.
dah gambar dah siap diphotofunia kan, aku zass jerla.

1. Do you think you are HOT?
heh. tak HOT langsung. pasal aku ni kategori org cool² gitu.

2. Why do you like these picture?
dah terang kat atas.

3. When was the last time you ate pizza?
ermm. dah ilang ingatan la plak.
tapi rasa baru ni jer dah makan pizza.

4. The last song you listen to?
lagu apa ek?
kalau skang ni, aku tak mendengar apa² lagu.

5. What are you doing right now besides this?
melayan si najihah yg suka nau mengaco time aku bloggin.

6. What name u prefer besides yours
takder kot. dah sker jer nama aku nih.

7. Peoples to tag:
alah, yg ni aku nak skip la.
sesapa rasa nak wat leh kopipes soklan berikutnyer yer.

8. Who is no.1?
9. No. 3 is having relationship with?
10. Say something about no.5
11. How about no.4?
12. Who is no.2?
13. Others No 6, 7 & 8

zasssss.....

blogger-emoticon.blogspot.com

April 29, 2009

TAG wajib JAWAB - kata MYA

1. bila anda start menulis blog? (bg la tarikh yg specific)
start tulis blog pada 10 September 2007.

so sekarang blog aku sudah berumur 1 tahun 4 bulan.
blog aku yang mula-mula sekali mmg blog ni.

2. terangkan kenapa anda berblogging (kalu ada cite disebalik kisah anda mula berbloging nie pun..citekan jer..)
aku berblog sebab memula dulu rasa nak share citer pasal anak² jer. nak monitor tumbesaran diorg. tapi sekarang, tema sudah ke laut. campur baur kekdahnyer.

3. nyatakan blog pertama yg anda bace(kalu masih ingat)
kalau tak salah aku ada 2 blog ni jer yg rajin aku bukak baca.

blog aemiey

blog maya

sebab utama aku sker baca blog diorg ni pasal first, aku kenal diorg. diorg merangkap junior aku kat PPD. tup tup diorg masuk bank plak keje sini. dah tu boleh plak masyuk, ala² kamceng gitu. dah aku pun terjebak jugak serba sedikit ngan aktiviti diorg.

4. letakkan n3 pertama dlm blog anda(means ur 1st entry la)
aku kasi link jerla. kalau rajin g jengah baca sendiri. katanya baru berkecimpung kan time tu. harusla entry pun alakad jer.

5. huraikan entry tersebut(cite la sikit knp tulis entry tu)
eh, ada plak soklan nih. aku dah jawab kat soklan atas.

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda.



aku suka gambar ni pasal, nmpk background gambar ni kabur. yer masa ni en.nahar tgh speeding. dgn bantuan kamera ala² canggih gakla dpt plak captured imej aku n dia stabil gitu. zass jerla.

7. harapan anda
aku harap, aku akan sentiasa ada kedrat mau menyambung aktiviti bloggin' aku ni. nak nak aku dah leh cash-out wit nuffnang. kihkihkih. bes bes...motivasi tuh.

8. pas tag nie pada sape yg anda nk...
standardla. sesapa rasa dia lum wat tag ni, sila-sila pengantin baru yer.

April 28, 2009

award : from farah @jeddah

insya-Allah, by da time korang baca entry ni aku mungkin dah otw balik kedah.
doaindoa aku n family selamat yer!!!



FARAH dearie,

thank you, weih!!!

April 27, 2009

aku akan bercuti 28hb Apr - 3hb Mei

salam semua kawan².
aku bakal bercuti *refer kat tajuk atas*.
tetapi, aku gigih siapkan entry auto-publish seketul sehari.
jadila yer.
sumer entry pun berkisar tag n award.
korang rajin² la singgah yer.
korang mmg kebabomm!!!

blogger-emoticon.blogspot.com


April 26, 2009

ahad : makan tengahari di rumah KAKROS@jln kebun,klang

layan pics jerla.
lunch di rumah kakros.



fatihah ketiduran.
3 org kakaknya dah ada kat sana.
makanya kami ber4 saja.



sesampai jer, apa lagi. terus terkammm!!!
kakros wat tomyam campow, kerabu telur dan sambal tumis udang petai.
marvellous!!!
sarah makan paling banyak.
3 kali tambah ko.



sebbaik, masa tgh layan makan fatihah tido lagi.
dapat la aku menikmati sepenuh perhatian.
bangun jer dia, terus membuat pelbagai aksi.
achikmimi, layankan jerla.



bila dah berkumpul, harus wat 3G call ke bonda di Kedah.
sukala dia nengokkan anak/menantu/cucu berkumpul.
sabo..sabo selasa ni insya-Allah sampaila kami.

blogger-emoticon.blogspot.com


djepoi : ole² BANDUNG vs quotation


jumaat mlm, djepoi dtg. setelkan quo.
insya-Allah dlm masa terdekat ni dah leh apply.
pehtu sekalian, dia pun kasila ole² BANDUNG yg dijanjikan.
kain songket PRADA, beg dan t-shirt.
tq..tqsembah.

April 25, 2009

aktiviti sabtu aku

ala, standardla wiken aku. kalau tak cite pasal anak² citer pasal aku g soping. tapi takder la soping beria. sekadar melepaskan batuk ehem ehem. as usual, kalau ada plan aku akan gitau neseri nak tinggalkan ppgs sekerat ari. pas dah anto mereka berdesup aku n achikmimi dgn takdak tujuan zasss jerla. kami ke IOI mall.

memula kata mau nengok wayang the uninvited kat midveli, tetiba plan bertukar berboling saja kat IOI mall. sampai IOI lane sumer fully booked. ada tonemen dari agensi apa aku kurang peksa. makanya kami jenjalan jerla dlm tu. kami explore sampai bangunan baru dia. nanti bila dah sempurna IOI mall, aku rasa leh celen segala mall yg sedia ada.

ala korang mesti takmo baca citer aku pepanjang kan. nanti bila aku tulis aku beli tu, beli ni kalau tak tepek gambo tanya lak. so, aku tepek jerla hasil yg aku dpt arini. takder mender pun yg aku beli. jom nengok pic.



2 lai rompers fatihah
(sedih, pasai fatihah tak dak nombor dlm baby cute contest mama_aqish, so beli sendiri jerla sob..sob..sedih),
sepsg baju najihah from FOS.
seketul shampoo n conditioner head n shoulders, seketul roll on rexona.
4 items from elianto, 3 ketul perfums n seketul bb cream.
2 ketul perfums yg pendek tu for en.nahar.
akunyer seketul yg kaler merah tu jersengihnampakgigi.


April 24, 2009

FRIENDS are...

uhukkk....

blogger-emoticon.blogspot.com


kisah SELIPAR MERAH

aritukan ada citer, aku bawak keta sebelah pakai kasut sebelah tak pakai. dan akibat dari itu kaki aku ala² cramp. gini, keta aku tu clutch dia adalah sgt keras. katanya keta enjin TURBO harus la clutch keras. dah kalau pakai kasut tumit tinggi segala, mau tekan clutch kan mestila tak selesa. dan bilamana dgn berkaki ayam memijak clutch makanya abis la urat² aku sudah lari. kata sudah beranak 4, harusla dalaman badan pun dah tak stabil. hikssengihnampakgigi.

makanya arini aku spare satu sipar lam keta. buat aku pakai semasa memandu since kasut driving aku tertinggal kat opis PJ. kalau nengokkan rupaparas sipar ni sungguhla menarik tertarik kebabommm!! pasal kalernyer merah. aku selalu gak, pakai pantsuit lawa² *lawa ker?* tak pun, pakai baju kurung cecantik *cantik ker?* pakai sipar merah nih. mmg la sipar tu yg org pandang dulu. tapi aku tak kesah pun, pentingkan selesa dari 'grooming²' nih. korang layan jerlasiul.



sipar ni cap EDWIN tau.
beli kat amcorp mall RM30ihikhik.
beli masa sarat ngandungkan FATIHAH.
kekonon nak selesa laaaa.


p/s citer lama, publish dari draft.

kisah AYAH pulak...

lunch hour. terlupa henpon aku in silent mode. naik opis dato', cek² ada msg. bukak msg. from DADDY, berbunyi gini:

'Muka hg x nmpk pun'

aku pun bersedia mau reply dlm kekonpiusan. nak nampak muka aku kat mana pun. ishk, sekali dah reply dgn soklan tu msg failed plak. sekalian cek kedit tinggai 6sen. apakahtension???

dgn tanpa rasa bersalah, angkat tipon opis call la terus ayah. kot kot la urgent n importan kan. so ginila sembang kami anak-beranak.

aku : hello ayah, apa dia muka cek tak nampak kat mana? tak paham.

ayah : errrkk...haaa ni ayah ngan mak dok tgk kat tv ni. hari setiausaha depa dok tunjuk rata²
*suara background mak, dgr sayup²*
mak : ala, dia tak pi la tu. tu yg tak cerita apa tu.

aku : alahai ayah, kok yer pun cek ni seketeri takkan la sumer function seketeri cek nak join kot. hahahah apa la ayah nih.

ayah : mana la nak p tau. bla..bla..bla..

sambung citer pasal kami nak balik kenduri minggu depan.

adeh, kelakar gak pak aku nih. boleh plak dok usha kot kot ada muka aku kat tv tu sempena seketeri lunch. adoiyaiii......gelakguling

April 23, 2009

hari kedua bertugas di HQ *ala² inspektor sahab gitu*

sampai hq pagi seperti biasa. on lappy n pc dato'. sementara tggu loading sumer tu aku turun g kafe jap. turun kafe hq senang, sehelai sepinggang pun aci kalau rasa perlu bawak la henpon. janji pas kerja ada pasal kafe hq mengamalkan 'cashless term'. tapi idokla bermakna free. bayo dgn pas keje/kad cooga/touch n go. kalau pakai pas keje ujung bulan tolak gaji. kalau kad² lain tu kira ala² debit kad la.

aku amik kotiau goreng + condiments and air nescafe tarik = RM2.50. memula aku dok ngan group JPS. ada kakpip, ana, kaksuhaiza, kakatiah n kaksidah. gebang², motivasi, muhasabah segala. bila dah sumer ala² mau ngundur diri, aku terpandangla sorang umat nih. mamat ni dulu kira boleh la diklasifikasikan sebagai besfren aku gak. ngan kakpah sepiah. aku terus terjah dia kat meja makan.

as usual, nampak jer memasing. pakat gelak/ketawa besar. tah apa yg lucu tah. kihkihkih. aku curi² amik pic dia. malu konon, piiirah. aku nampak ko skang cam lain sikit la konain. first, dulu ko botak skang ala² dah banyak rambut. pehtu idung ko 'zizan rajalawak' sgt. pehtu aku rasa samting la ngan muka ko gak. tahla, mungkin gak perasaan aku jer kot. tapi, perlu ker aku kena kisahkan kau danny ooiii.

mamat ni nama penuh dia DANNY ZULKARNAIN aka RIKKIE aka KONAIN (nama ni tok dia panggil katanya). seorang eksekutif kanan yg masih single. comey. dan yg paling penting seorg SE yg bijak gitu. apa² pun all da best to you my dear friend. walopon lunch kita arini tak jadi, lengkali la yer. insya-Allah ada rezeki, umur panjang tak kemana.


eleh, lexla rikkie.
malu² kuda plak.

sekitar jam 9am aku naik opis. arini nyer dugaan mau tggu lunch adalah hebat. dgn pc yg separa function, dgn keadaan di opis itu adalah sunyi. huhuhu, lambat siot. end up lunch date pun dimeterai dgn siapa lagi kalau bukan adiktiri aku sorang nih.

oleh kerana smlm dah g sogo, arini kami set lunch kat kafe jerla. aku amik set western deep fried chicken with cheese + ice lemon tea n tapai ice cream. maya plak amik bakso + ice choc n daging dendeng satu portion. pehtu kami order blueberry cheese tart plak untuk hi-tea. cewah, macam opis itu bapak kami yg punya kan.

hi-tea, turun sekejap. mau try donut kafe yg diwar²kan kemeletopan nyer. rezeki aku lagi. bertembung ngan kakdina. dia sua kad touch n go dia. soh aku bayo donut ngan kad dia tu. sudahnyer rezeki maya gak. apa² pun kakdina, terima kasih yg tak terhingga. aku adalah sgt beruntung kenal dgn ko kakdina. dan bila dato' selamat jumpa visitor dia, aku pun cargasss pulang dgn gumbira. sekian.

blogger-emoticon.blogspot.com

BUBURIA di panas rembang

balik dari opis, pas amik achikmimi terus dia kata dia lapo. katanya lagi, ada member dia sudah pomot satu gerai tepi jalan. jual pelbagai jenis bubur. ekceli, gerai ni selalu dah kitorang tego masa lalu lalang balik keje mau g amik ppgs. tapi tak berkesempatan mau singgah. since sudah ada testimoni kata sedap dan boleh makan kat situ, sekalian kami pun singgah.

cuaca adalah sangat menerik. aku dgn selamber pakai kot bagai rilek jer lepak tepi jalan layan bubur nasi. rasa not bad. terus aku tapau lagi 2 bekas + 1 bekas bubur pulut itam for da kids. errrmm, pehtu zasss la ke neseri ngamik itu budak². apa lagi la rutin harian aku kalau tak ituuuuu jer kan. hiks.



'BUBURIA, bubur istimewa'...
nila lagu yg aku cipta khas untuk gerai nih.
asal lalu nampak jer gerai ni, kami pun nyanyi la lagu tujelir.


lunch kami di PASAR IKAN

serius lama aku tak dating ngan my beloved fren neh. FIFIE. so, sepeberadaan aku di hq aku pun setla lunch date ngan dia. sekonyong² ke sogo, dgn tujuan mau cari perfume for men, sudahnyer takder hasil terus terjah PASAR IKAN manhanttan mau makan. kami amik set promo satu pehtu add on a few side dish la. air plak sepakat amik ice lemon tea.

oleh sebab food adalah sgt oily not good for health, terpaksa tapau bawak balik. katanya sayang rezeki kan. tak baik membazir. takmo takmotakbole.



seronok sggh ibu kepada si kembar imeer n iesta nih.
walopon %&*_)(*^ ko beso beb, tapi ko ttp menten vog da vass gitu.
percayalah.



eh, aku puji ikhlas nih.
bukan nak soh ko banjer ke haper.
tapi, ko banjer jugak dan aku pun berbalik pada konsep pasrah n redha.
a zillion thanxes to you my fren.
next time turn aku plak belanja mu taucium.

April 22, 2009

koleksi FERRARI vs gif² from THAILAND = rezeki

masuk jer opis dato' dmd kat hq, dan dan aku tingat yg aku ada parcel menanti kat unit mel. pas bekpes terus ke situ. bertegur sapa lebih kurang ngan cikmat, parcel yg aku tunggu² sudah berada di tangan. terus naik balik ting 17, mau menyambung tugassenyum.

masuk jer dato' ke dalam meeting, apa lagi 'bukak time!!!'. terus aku bukak parcel tu. jeng..jeng..jeng..yeahooo!!! koleksi FERRARI from SHELL. tq!!! from somban wif lovelove.



air epal, beli kat kafe.
parcel itu dan koleksi itu.



dan, ini plak seorang bonda.
tapi dia bukan sebarang bonda, tapi dia BONDAROCK.
hehehe, aku dpt fridge magnet n ole² from phuket.
tq beb!!!

bolehla kalau nak disimpulkan arini adalah ari rezeki, bukan takat dpt sesemua ini di atas ada lagi. kalau nak tau, next entry plssengihnampakgigi!!!

bosan tahap tehapa²

pc akak yg aku ganti nih. apa benda pun takleh login!!!
huwaaaaa....
aku adalah kebosanan.
ini pun aku pakai pc kat reception.
uhuk..uhuk...
pasrah n redha.
anybody ada lappy, yg boleh aku pinjam skang?
kat sini ada wi-fi full bar.
pakai henpon jerla.

otw balik dari HQ ke pasar malam seri manja


balik dari hq, aku rasa tak bes plak drive ber kasut tinggi segala. aku sempat bukak sebelah jer. lagi sebelah tak sempat, pasal jalan smooth. sampai kat tepik lite tepi kl sentral sana, aku pun amik la gamboihikhik.

dah amik achikmimi dari opis, kami zass ke pasar malam. sampai pasar malam, kaki aku kat buku lali tu seolah² cramp. urgghhh, mencik tau. aku nak soping pun tak selesa. kesudahannya, aku beli ayam goreng 2 ketul, kebab seketul. terus pulang amik budak² kat neseri.penat

April 21, 2009

petang aku : dari PJ membawak ke KL

huhuhu....penatnyer. tadi tepat kul 4pm, zasss ke HQ. esok, kalau takder aral aku kena rilif kat AG's ofis. so, PA dia nak kasi briefing sikitla. sesampai jer kat parking metro, parking adalah penuh. aku terpaksa masuk ke basement. kulu kilir takder parking yg sesuai, end up aku double park. terus cari lif, naik ting 17penat.

dah setel briefing, aku terus ke kafe. ada dating ngan minah n mamat nih. mamat ni ala² penah berjanji mau banjer ice choc yg katanya hebat dan manthop itu. apa lagi, aku amik coklat fudge kek se slice + ice choc segelas. mya plak, amik ice choc segelas + sandwich tuna. sesampai jer si mamat itu, dia hanya mengadap kami jer. pong pang pong pang citer, gelak ketawa lebih kurang dan sumer pun si mamat aka jocko suprianto yg bayo. thank you. ala, aku congak² lam palaotak aku sumer tu RM10 pun tak sampai kan. takat tolak payslip ko tu, takder efeknyer. so, next time leh banjer lagiihikhik.



bukan air n kek jer dia banjer,
dpt souvenir lagi dari BALI.
tq beb!!sengihnampakgigi



katanya gadoh.
ala, takat sikit² nyer kes, kira setel jer la kan.
beria si maya ni, apa yg dia gebangkan pun aku tak taugatai.


TERKINI : berita tengahari

video
kena letak subtitle la kot kan.
aku pun tak paham :p

aku = imsomnia, semalam

skang aku di opis. layan mata yg masih ada sisa kantukngantuk. smlm takleh tido akibat terlebih layan tenet. makanya mata udah merajuk takmo tido. around kul 11pm centu aku on tv lam bilik. jeles nengok fatihah yg beradu dgn aman sekali tanpa sebarang gerakan.

aku layan shaolin soccer kat tv3. gambaq tehapa. dan dan tingat aku penah tgk filem tu kat wayang terminal one, semban suatu masa dahulu. kalau tak salah p dgn en.gan kot. dlm tehapa² tu boleh plak aku gelak sorang²gelakguling. aku peminat stephen chow. kebnykan filem dia aku leh layan. mcm god of cookery, kungfu hustle, shaolin soccer yg terbaru tak salah aku CJ7. dia ni wat citer katanya kalau dah tak logik tu, biar tak logik terus. layan jerla.

dlm dok asyik nengok itu filem tetiba perut berkeroncong. pegi ke dapow telek² aku jumpa la 2 ketul zip mini ni. ngap ajerla, dari takder kan. pehtu sesambil aku kaco fatihah tido. aku snap gambo dia lam gelap tu. dah abis shaolin soccer, aku layan plak THE NANNY kat tv 702. siri ni pun, tgkla brp kali aku sker jer. si fran tu body melertzzz. haih, sebila la leh dpt body cenggitu pun. eh..eh..syukur dgn apa yg ada zamihartini. yer yer Alhamdulillahdoa.



si 'gila' gilestephen chow.



dlm gelap, snap pic zip mini.



fatihah layan tido, sampai flash kamera hp aku lip lap² pun dia tak jaga.
tido sampai ternganga mulut².
heavennyer dia tidorindu!


heart my community